Ada dua jenis.
Pertamanya; terlalu merasakan dirinya hebat, orang lain semuanya salah, hidup dengan berprasangka buruk, makanan rujinya adalah kisah buruk orang lain, angkuh dan hidup penuh dengan amarah. Orang sebegini buat aku rasa nak lari jauh-jauh dari sini. Dari lubuk pengalaman pertama yang aku sifatkan sangat bernilai dan mahal.
Keduanya; hidup penuh dengan jiwa yang ceria, berbuat baik dengan semua orang, kawan-kawannya bukan dalam kalangan mereka yang dipilih, sering berprasangka baik, melakukan hal sendiri tanpa mempedulikan hal keburukan orang lain, yakin bahwa manusia ini tidak sempurna termasuk diri sendiri. Orang sebegini pula buat aku ingin terus kekal di sini.
Jika punya pilihan dan kuasa, aku mahu buang jenis yang pertama jauh-jauh dan gantikan semuanya dengan jenis yang kedua. Tapi apa daya yang aku ada? Semua orang berjenis dan mohon doa sahaja moga jenis pertama itu sedar bahawa sifatnya itu menjelikkan dan membuatkan aku loya untuk terus dekat.
Dan sekarang aku pula jadi mangsa keadaan? Jenis apaan kau ini?