Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Thursday, November 3, 2011

Hilang dalam ramai.

Dalam keramaian itu, terhimpunnya sekelompok manusia marhaen yang hidupnya berlatarkan pelangi yang warnanya sudah cukup mengimarahkan kegembiraan seisi alam. Mereka berbual riang seolah-olah dunia ini milik mereka sepenuhnya tanpa sedikit rasa bimbang akan hal yang tidak-tidak. Perihal apa sahaja diluah tanpa silu dan itu benar-benar terkesan buat aku. Keakraban mereka penuh dengan kemanisan yang membangkitkan sedikit rasa iri. Riak wajah mereka sudah cukup menggambarkan segalanya. Dalam keramaian itu, aku hilang sungguh-sungguh. Lidah yang azalinya bebas bertutur apa sahaja jadi kelu dan untuk sekian kalinya. Lelah aku mencari ke arah mana ia pergi. Aku jadi orang asing. Asing di tengah-tengah kebahagiaan mereka-mereka yang aku irikan. Ada sesuatu yang berlaku, dan aku tidak tahu apa pokok pangkalnya. Saat aku rasa terasing, kekok dan menyedihkan, tiada siapa sudi hulur bantuan agar nafas yang tadinya tersekat kembali menjadi seperti kebiasaan. Aku cuba berada dalam situasi kebiasaan, tapi ia masih tampak canggung dan menyebalkan. Dan akhirnya, aku kekal hilang dalam ramai.

33 comments:

asip محمد said...

lagu exist..

Penyu said...

okay,penyu baca ulang ulang ulang ulang ulang ulang ulang ulang ulang ulang ulang ulang ulang ulang ulang ulang ulang ulang kali supaya paha,. akhirnya penyu paham. haha. terima kasih atas entri yang punya maksud tersirat. atau, penyu yang susah nak paham? oh noooo ~~

Pocket said...

dik,
kalau nak duduk didalam keramaian,
kena stand out.
berpakaian seperti cleaner or waitress
akan menyebabkan kamu tidak diendahkan :)
heheheh(Ikut suka pocket jer kan)

Pondok Usang said...

kita insan biasa.. =)

Alkisah said...

nice..

eLL said...

hana,

perasaan yang terbiasa berlaku. sabar ok

ORLANDO AHMAD said...

senyum je...

Addin said...

ayat yang sangat sangat indah. mempunyai maksud yang tersirat. if baca sekali memang payah nak faham :) nice !

CassiaSiamea said...

jadi diri sendiri
kadang kadang sendiri lagi selesa
biarpun hilang dari mata
tetap wujud..

reenapple said...

pernah alami...
keep smiling..=)

ghost writer said...

see...kau sendiri yang sebalkan keadaan tuh.saat ada orang yang menghulurkan tangan kau masih hanya tersenyum diam.

cik ciput said...

kau juga boleh cipta susana mcm tu kan? dgn kawan-kawan kau sendiri..kamon cik hana, pentas dunia kau, kau corakkan..biar org lain pula yg rasa iri hati dgn kau..

Fara E's said...

pernah rase (:

wan hamizi said...

terbaik la..nukilan penuh kata makna..membangkitkan seribu kenikmatan pemahaman..hee

ctk said...

wahhhh....maksed dalam tul...nseb baek ct paham...erm...biarkan kita hilang dalam rmai..lama2 nanti mereka tercari2 :)

syahirooAhmad said...

aduh,... jatuh hati aku ngan susnan ayat dan gaya bahasa kau hana..

Daddylicious said...

harus punya keyakinan juga ketabahan tahap tinggi

Akulah Pak Lan said...

Akan tiba satu masa, saat dan ketika. yang lazim pada mata kita, tampak asing. sepayah mana kita cuba untuk bersuara. Namun seakan tenggelam dalam suasana

Cik Jannah said...

waah ! dia ni. makin hebatt,

~Kenanga Suchi~ said...

aku juga terkadang hilang dalam ramai.
gagal mencari diri aku di sebalik mereka.

jeBateja said...

mula2 tgk gambo tu sekali imbas...ingatkan hantu...ahakz

Muhibbuddin said...

kau lelah mencari arah mana ia pergi, mungkin kau cari ditempat kau terasa asing. cuba kau cari ditempat tiada wujudnya asing?

miss inna said...

baca berulang kali...
okey..inna pun pernah mgalami situasi seperti itu...

noraauliyya said...

cuba selesakan diri utk menyertai mereka, kalau tak boleh jugak. jauhkn diri dari keramaian itu..

Pembunuh Tanpa Bayang said...

kewujudan yang tidak pernah di hargai sekeliling.....

♥ MS ♥ said...

ah. ayat memang terbaekk ah! ^_^ kadang-kadang saya macam ni jugak, keseorangan. hilang arah. --"

Elie Lily said...

biar hilang dalam ramai, tapi jangan tenggelam...

sis92 said...

marhaen itu apa ?

nice post dear hana :)

semutsengal said...

ku hilang dalam ramai kala hujan renyai.


LALALALALALLALALA

delarocha said...

seperti halimunan. tiada yg peduli

hanaahmad said...

asip : sedap kan lagu tu. :)

Penyu : hehe, memang sengaja taknak bagi orang faham sangat. :)

Pocket : ini bukan perihal itu encik pocket. ini perihal hubungan sosial yang tidak diendahkan. ah, ntahlah.

Pondok Usang : ya, normal begitu.

Alkisah : :)

eLL : moga aku terus dapat bersabar.

ORLANDO AHMAD : senyum. :)

Addin : er. terima kasih. :)

CassiaSiamea : aku cuba jadi diri sendiri, tapi itulah masalahnya, payah.

reenapple : ya, aku akan cuba bertahan dengan senyuman.

ghost writer : mana ada orang hulurkan tangan Phan? tiada. semuanya masih janggal dan asing.

cik ciput : boleh tapi dalam keseorangan, aku tidak mampu.

Fara E's : sakit kan. :(

wan hamizi : heh, nikmat tak? :)

hanaahmad said...

ctk : aku harap ada yang cari.

syahirooAhmad : maaf, aku tak terniat nak buat kau jatuh hati. :)

Daddylicious : cuba, tapi payah.

PakLan : hmmm...mereka tidak memandang aku sepenuhnya.

Cik Jannah : hey, mana ada.

Kenanga Suchi : itu yang aku alami. hmmm.

jeBateja : haha, hantu dalam keramaian? hehe.

Muhibbuddin : hmmm. ada kebenarannya ya.

miss inna : aku yakin ramai yang pernah mengalaminya.

noraauliyya : cuba sertai, tapi seolah-olah tidak dipandang sepenuhnya.

pembunuh tanpa bayang : sakit.

MS : hmmm. itu yang sedang aku alami.

Elie Lily : aku hampir tenggelam sebenarnya.

sis92 : marhaen tu manusia biasa yang hidup dalam kesederhanaan. macam kita-kita. :)

semutsengal : kau memang sengal. :D

delarocha : menyedihkan gitu.

Anonymous said...

Terima kasih untuk blog yang menarik