Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.
Showing posts with label aku.cinta.hakiki.. Show all posts
Showing posts with label aku.cinta.hakiki.. Show all posts

Sunday, March 4, 2012

Syukur untuk sekian kali.

Syukur, permulaan dua purnama pertama untuk tahun ini sedikit berwarna buat manusia yang jiwanya rapuh, hatinya kaca seperti aku. Sedikit lari dari kebiasaan, masa-masa luang yang sering dirajakan di sini sedikit berkurangan dek kebiasaan yang aku gubah demi satu hal yang lebih positif di dua ribu dua belas ini. Ketepikan perihal itu. Awal ini sahaja, ada beberapa hal yang sudah cukup-cukup mengukir sedikit bunga bahagia buat bekalan hari-hari yang bakal aku lewati. Mudahnya hidup, manusia sebagai makhluk sosial; yakni kelilingnya adalah masyarakat yang harus kita gauli dan mengait tali-tali persahabatan dengan selayaknya, juga sejujurnya. Syukur untuk kedua kalinya, warna dunia aku masih belum kelabu penuh lagi, malah semakin berwarni melebih tujuh warna pelangi sedia ada. Jujurnya, ada hal boleh kita kongsikan di umum, namun ada juga harus disimpan senyap-senyap, biar hanya kita sahaja menjadi tempayan simpanan. Syukur untuk ketiga kalinya, aku punya teman-teman jujur yang yang tidak pernah lupa untuk saling berbagi masa dan ruang untuk aku berkongsi rasa. Tuhan itu sentiasa baik-baik untuk kita, Dia sentiasa ada untuk kita. Jadi, harus menikmati hidup dengan rasa syukur supaya Tuhan tahu, kita tidak pernah lupa tentang erti hidup. Bersenang-senanglah untuk itu. Senyum. :)


#Pre-order untuk buku IFall boleh dibuat sekarang, lanjut ke KeratStudio.

Friday, December 30, 2011

Dunia kita.

Dalam hidup, tiap dari kita ini punya dunia tersendiri yang tiap satunya segalanya elok dikawal dengan indahnya. Dunia kita, cara kita. Makanya, tiap segala kegilaan yang kita suka, pastinya ada jawapan yang tak perlu untuk kita katakan kenapa dan mengapa. Bagi aku, kita tidak perlu punya sebab kukuh kenapa kita sukakan akan hal itu jika ia sudah terpaut di hati. Tak kira dalam lingkungan manusia ataupun kebendaan, ianya kekal punya kelangsungan identiti dan penarik untuk megah berada dalam kotak kegilaan selesa kita. Sama seperti yang lainnya; tiap kita punya kegilaan dalam dunia yang tersendiri, jadi ia bukan sesuatu yang sukar untuk kita saling hormat kegilaan orang lain sepertimana kita mahu dunia kita dihormati semanisnya.

Semakin lumpuh kata-kata. Pulang selepas tenang bersendirian.

Sunday, November 20, 2011

Mudah.

Seharusnya aku perlu lebih awal mencerna tanda-tanda penolakan yang diberikan. Tapi aku dungu, bebal lagi menyedihkan. Ianya mudah dan terangan membentang. Samaada dia lupa ataupun tidak peka; ia tetap beri tanda bahawa aku bukan dalam lingkungan kesukaan ataupun kegemarannya. Luahkan saja seribu kali apa yang mahu diluahkan, jika ia kekal lupa dan tidak peka; bermakna seribu kali itu jugalah dia menyuruh kau diam dan jauh-jauh dari hidupnya. Putus harap? Emangnya riak wajah aku ini pelakon terbaik untuk memapar segala manisan palsu. Tapi riak di hati nampaknya langsung tak memihak pada aku. Hati, awak ni baik sangat. Tidakkah mahu sekali engkau berbohong?

Ketahuilah, jika seribu kali kau berkata perkara yang sama kepada seseorang itu, tapi seribu kali juga dia bertanya soalan yang sama; ini bermakna dia langsung tidak ambil peduli hal kita, malah sebenarnya kita ini langsung tidak dianggap istimewa buat dia. Mudah.

Thursday, November 17, 2011

Kiasan


Kadang-kadang, kita hanya memerlukan daya tangkas otak dan hati untuk memahami kejujuran orang lain melalui kiasan yang cuba mereka sampaikan. Mereka cuma cuba berlapik atas dasar menjaga sekeping hati yang lainnya dengan bahasa halus yang tersopan. Beruntunglah bagi mereka-mereka yang punya hati rapuh dan menangkap apa yang tersirat. Namun, untung juga buat mereka si hati batu; barangkali hendak masuk ke telinga pun belum tentu jadi. Meniti hidup dua puluh empat ini, semegahnya aku masih seperti anak kecil yang hidupnya hanya riang dan menikmati ruang yang ada mengalahkan mereka yang di usia lima. Jujurnya, aku tidak tahu apa dan apa yang harus aku transformkan dari jujur menjadikan diri ini seperti aku sendiri selayaknya atau menjadi orang asing di sisi lainnya. Masih ada yang perlu aku amati dan faham perihal kehendak orang lain. Kita tidak tahu, sebenarnya barangkali kita mendatangkan mual atau kejengkelan bagi pihak yang lain. Barangkali juga, kita punya sikap ini terlalu anak kecil buat usia kita yang puluhan dan barangkali juga, kejujuran kita dalam menjadi diri sendiri itu belum cukup puas untuk orang lain suka. Bila dibilang, jadilah diri sendiri; itu hanya satu ungkapan mudah. Yang payahnya, kita ini hidupnya saling bergantungan dengan mereka-mereka di sekeliling yakni orang-orang yang sayang akan kita, orang yang kekal di samping kita dalam satu-satu masa yang kita tidak ketahui tamatnya bila. Jadi, pabila ada saja kiasan menyatakan ada yang tidak kena yang perlu kita ubah dan buang, jangan dikeraskan hati tapi cubalah fikir jika ia positif. Bukan masalah besar bukan? 

Dan untuk kedua kalinya, aku terhidu kiasan buat diri sendiri yang perlu aku tafsir dan ubah. Aku yakin, jika aku sungguh-sungguh menangkap kejujuran yang disampaikan secara halus dan terhormat itu, pasti lumayan jadinya buat aku. Ini bukan lagi perihal menjadi diri sendiri, tapi ini hal sikap yang perlu kita ubah.

Tuesday, November 15, 2011

Payah

Ini bukan pertama kalinya hal-hal sebegini berlangsung dalam hidupnya. Mungkin sudah berlaku untuk ke berapa kali dan untuk kalinya ini, ia kekal canggung dan langsung tak memberikan kesan. Ada saja hal yang tidak kena dan hatinya kekal beku, langsung tidak rapuh-rapuh. Apa lagi agaknya cara berkesan untuk memberikan dia satu rasa yang mengekalkan dan terkesan. Pabila ada yang menyuruhnya mencuba, dia sedikit tertekan dan kalut. Bukan langsung tidak mencuba, malah ini sudah masuk yang ke berapa kali percubaannya. Namun, ia masih kecundang sebelum bermulanya sisi mozek yang seterusnya. Payah.

Friday, July 15, 2011

Rejection

Mana mungkin dipaksa hati, kalau jiwa langsung tidak sedetik merindui.

Terus ke Encik Psycopath untuk bacaan lanjut.

Friday, September 24, 2010

Manis-manis sahaja


Orang yang jatuh cinta ni ayat dia semua indah-indah belaka ye? Manis-manis je macam gula-gula kapas. Manis je macam gula melaka. Sampai semut nak hurung pun takut sebab takut kena kencing manis. Macam encik cEro ni. Ayat mamat sorang yang tengah angau dilamun cinta memang manis. Betul kan cEro? Kau tengah dilamun cinta?
Dan betul ke, kalau kita jatuh cinta, apa yang sedang berlaku semua indah belaka. Kan?
Dan,

Does falling in love means that you have to fall for long songs too?

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan tiba jua.


Salam Ramadhan Al-Mubarak Dunia.
Alhamdulillah aku masih bernafas dan berkesempatan menikmati nikmat Ramadhan kali ini.
Ogos ini membawa tiga hari yang bermakna dalam hidup aku.
Ramadhan.
Kelahiran.
Kemerdekaan.
Harap bulan penuh kemuliaan ini menginsafkan aku.
Menjadikan aku manusia lebih sabar dan mensyukuri nikmat Allah.
Menjadikan aku manusia yang lebih tenang dan patuh dengan perintah Allah.
Hari-hari aku berdoa agar dijauhkan aku dari kejahatan dan didekatkan aku dengan kebaikan.
Aku sangat harapkan itu.
Aku berdoa agar dimurahkan rezeki aku sekeluarga.
Aku berdoa diberikan kesihatan yang berterusan buat aku sekeluarga.
Dan,
Aku berdoa, diampunkan dosa aku dan keluarga aku sepanjang bernafas di muka bumi ini.
Semoga kedatangan Ramadhan ini, memberikan sinar yang lebih bersinar kepada hambaNYA yang maha kerdil lagi naif ini.
Amin.


Wednesday, December 30, 2009

zero itu kosong!

jiwa
hati
perasaan

rasa

K O S O N G

macam

Z E R o


kata hati : otak penat dan sakit dengan kehidupan yang tanpa arah. perlukan oksigen untuk bernafas dengan enak dan nyaman di pentas kehidupan.


Monday, December 14, 2009

Latar Kehidupanku


Aku mungkin seorang yang sangat kejam. Tapi aku dah tak peduli dengan apa orang nak cakap pasal aku. Aku lebih pentingkan kebahagiaan aku dari seksanya hidup aku di kemudian hari. Aku masih muda. Aku masih banyak masa untuk mencari kebahagiaan hakiki. Aku bukan robot. Aku juga punya hati dan perasaan yang perlu di sayangi dan dibelai dengan seenak-enaknya. Hati aku tisu. Aku tau itu. Aku bukan hati batu. Aku tahu mana yang putih dan mana yang hitam bagi mewarnai latar kehidupanku. Aku tak mahu hidup aku hanya sekadar hitam dan putih sahaja. Aku mahu ianya berwarna warni. Sangat warna warni. Aku mahu hidup aku lebih ceria bukan lebih duka. Aku sayang diri aku sendiri seumpama aku sayang mak dan ayah aku. Nyawa kebahagiaan aku adalah AKU sendiri. Bukan pada orang lain. Dan aku puas hati dengan keputusan yang telah aku buat. Bukan salah aku. Bukan juga salah keadaan. Ini adalah takdir. Takdir yang penentu segalanya. Aku percaya yang itu.


"Kita Hanya Merancang Dan Tuhan Yang Menentukan"



Wednesday, November 25, 2009

Sepi Itu Indah


sepi itu indah
aku yakin sepi itu indah
kerna kesepian itu otak aku cergas
tanpa kesepian itu otak aku kosong !
kosong tanpa kata
kosong tanpa suara
kosong tanpa senyuman
kosong tanpa kesepian
dengan sepi itu aku bebas

menari
menari mengikut rentak irama syahdu
menitipkan karya agung
buat penawar kesepianku ini
buat aku rasa bahagia
bahagia mengukir karya agung yang indah
kerna itu
aku yakin
teramat yakin
bahawa
sepi itu sememangnya indah!


Sunday, October 18, 2009

hati-hati dengan si hati


kadang-kadang,
diri kita sendiri pon takkan faham akan kehendak hati.
kadang-kadang,
kita sendiri pon takkan ngerti akan perasaan sendiri.
kadang-kadang,
kita rasa
sayang,
rindu,
cinta,
dan
kasih
bergabung dalam satu rasa.
kadang-kadang,
kita rasa
benci,
menyampah,
bosan
dan
meluat
menguasai keegoan hati.
mana satu yang dimiliki hati?
hati-hati dengan si hati.
Kerna hati mampu
menyakitkan hati
dan
akhirnya makan hati
dan




MATI!


Opps! Lupe lak...Entry post ini langsung tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia. Saja suka-suka gediks nak berbicara tentang HATI.