Monday, January 30, 2012
Terasa kehilangan.
Kalau esok harinya masih punya peneman buat jiwa yang sepi, itu maknanya aku sedang bermain-main dengan mimpi. Kalau esok harinya menjadi hari paling kosong dan menyebalkan, itu maknanya ada realiti yang harus aku hadapkan. Hari ini bakal menjadi hari yang panjang merentasi hari-hari yang bakal dilewati. Aku harus kuat, aku harus kental. Ini rasanya pahit, hakikatnya kelat. Pada setiap saat waktu sendirian nanti, aku pohon agar ada yang sudi memberi aku sedikit rasa untuk meledak tawa. Ruang masa sedang mula berasak-asak menujal hati, dan aku mulai terasa kehilangan, yang amat.
Labels:
aku.cinta.sahabat,
aku.dan.duniawi.,
aku.kecewa.,
emosi,
kecamuk,
serabut
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
23 comments:
memang pahit rasanya
jika tak mampu tersenyum dalam satu hari yang luka
tuhan kan masih bersama kamu
buat kamu mampu tersenyum
pada hari durjana
kek dengan aiskrim manis..jom!
jangan difikir berat-berat sangat,Hana
kita taktahu apa rahsia Nya
kau dipilih untuk situasi ini
kerna kau mampu menghadapinya
kental kan hati.terus kan hari.
:')
saya percaya, yang akak kuat..:)
kita ditakdir bersama, riang gelak ketawa, bla bla bla
iklan nescafe. chill lah !
kawan2 alam maya...terutama blogger kn ada jadi tempat untuk menghiburkn hati dan ketawa..? ^__^
kawan2 alam maya...terutama blogger kn ada jadi tempat untuk menghiburkn hati dan ketawa..? ^__^
lepak senyap jom.. =)
Kadang kan, bila selalu sangat berfikiran gelap, gelaplah. Bila ingatkan cahaya, teranglah. kan?
Aku bukanlah mahu berpura-pura, tapi aku rasa kau ini comel bila berpuitis. Tapi malangnya, aku comel lagi. eh? :p
sis ! aku pon sedang merasa kehilangan ney.
xbf waktu form3 dulu da bertunang. fine ! :P hehe
kehilangan sesuatu yg menyejukkan pandangan mata : mamat baju kotak-kotak oh !
terlalu banyak 'rasa' wat kita semak kann =)
oh ok. jom nak bawa hana pekena kopi .;D
harus kuat untuk melalui fasa kehilangan itu kerana itu adalah realiti yg mesti ditempuhi...
ah... aku faham. semoga tabah menghadapi hari3 mendatang..=)
Aku percaya. ya, selagi percaya semuanya boleh berjaya. Sekali lagi aku percaya.
kau xkan kehilangan aku Hana~ ;p
Esok adalah harapan...
Semalam adalah sejarah..
hilang mungkin pasti, esok jadi mesti.
aku mahu kau teruskan berlari.
berlari kuat dgn sepenuh hati.
dan
kutip segala mimpi,
jadikn memori dlm realiti.
be strong hana!..
senyum selalu penawar duka..walaupun di hati terasa sakitnyaa...
monologtimism : ia sangat menyebalkan aku.
hani : ya, syukur masih punya Tuhan untuk lindungi aku.
Pak Lan : kau belanja? Jom. ;)
BonekadalamChermin : terima kasih ayin. ;)
syafiqakarim : lari laju-laju. terima kasih adik. ;)
Teenager Housemaid : sedang mengukuhkannya. terima kasih!
semutsengal : hamboih kemain hang!
Ayie Abas : ya, syukur masih punya kamu semua sebagai tempat meluah rasa.
APi : lepak di Senyap dan kemudiannya senyap? hehe.
KekupuLangit : indeed. terkesan buat aku. ;)
aween : haha. dan aku punya sudah pun kahwin. bertabahlah. ;)
aniswany : sangat. ;)
Misya Mialen : mana tu? jom-jom.
miss inna : harus dan aku sedang menikmatinya.
reenapple : terima kasih!
haikal blank : aku percaya dengan setiap kepercayaan yang dipercayakan, pasti akan adanya rasa percaya? ;p
SaL IjOu : oh, manisnya Sal. terima kasih. ;)
Koding : semalam adalah sejarah yang aku kenang-kenangkan.
C : jika ku kutip mimpi-mimpi, moga ada realiti buat aku nanti.
Juliet_iRa : sedang cuba bersenyum-senyum. ;)
Post a Comment