Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Tuesday, November 15, 2011

Payah

Ini bukan pertama kalinya hal-hal sebegini berlangsung dalam hidupnya. Mungkin sudah berlaku untuk ke berapa kali dan untuk kalinya ini, ia kekal canggung dan langsung tak memberikan kesan. Ada saja hal yang tidak kena dan hatinya kekal beku, langsung tidak rapuh-rapuh. Apa lagi agaknya cara berkesan untuk memberikan dia satu rasa yang mengekalkan dan terkesan. Pabila ada yang menyuruhnya mencuba, dia sedikit tertekan dan kalut. Bukan langsung tidak mencuba, malah ini sudah masuk yang ke berapa kali percubaannya. Namun, ia masih kecundang sebelum bermulanya sisi mozek yang seterusnya. Payah.

37 comments:

tieykah said...

tempah mozek 100 keping kak?

HEHEHE.

nape ni beb?

~SaL IjOu~ said...

aku juga punya satu keadaan..di mana walo sudah dicuba berkali2 ..masih sukar utk aku gapai..payah~

yen(toka ziizokukuto) said...

aku pula selalu gagal untuk percubaan yg pertama kali

reenapple said...

ada 1 lecturer bagitao aku.. "Your mindset determines your future..".. kalao kau fikir payah.. then ia akan jadi payah tuk selamanya.. try to think it easy...

tapi bagi aku.. bila sesuatu daa ditakdirkan payah, fikirla ia senang walumacam mana sekali pun, ia tetap payah ...

have a happy day.=)

onie said...

gagal sekali bukan bererti gagal selamanya sayang.. tiada yang payah melainkan kita menempuhinya

delarocha said...

never stop trying

Pocket said...

Maafkan pencuba tegar yg gagal kalı ke lapan. Atleast dıa cuba.

Yg xbgsnya adalah yg xcuba tp mengaku 'ını susah!'

dill said...

payah.payah.

dill.

Akulah Pak Lan said...

payah tak semestinya mustahil

Waqheh said...

pastikan mozek seramik white horse..

gua tak paham langsung...

dayah said...

xsemestinya semua payah..

be positive ;)

Liyana Zahim said...

Mungkin boleh cube tnye aunty google.. Die tau rasenye.. Herher..

noraauliyya said...

pasti ada hikmah.. teruskan mencuba !

Umie Artoqiemie said...

soal hati ke nih? hurmm

Bidadari Syurga said...

hati tak siapa tahu melainkan Dia

MR . ORLANDO AHMAD said...

gua pown kadang2 kalut jugak dalam situasi tertentu

Wadi AR said...

aku byk kali failed gak

wachak said...

kalau dah selalu fail, kena mandi bunga tu ... he33

APi said...

orang kata yang payah itu mahal harganya.. =]

blog-tips-kurus said...

aku nak pakai contact lense pon selalu terkapai-kapai. mataku tak mo benda asing.. ;)

eLL said...

memang payah,
payah nak paham

EmpayarUtama said...

'coba lagi'
salam kenal :)

EZAN IDMA said...

teruskan usaha

Aisyah Aina said...

cuba cuba dan terus cuba :)

beautiful_rose said...

payah payah...
satu masa dulu,saat sasaran aku kecundang aku betul rasa seperti sudah mati.

aku bangkit dan cuba tidak mengalah.tapi hasilnya sama.dan aku terduduk mengenangkan kegagalan demi kegagalan yang aku lalui sepanjang perjalanan.

dan selepas kegagalan lalu,untuk kali yang beberapa kali ini,aku cuba lagi.

penat.

HEROICzero said...

dah terbiasa , mungkin ? =)

semutsengal said...

chaiyoookkkk! !!


relakslah. thomas anderson tuu nak buat mntol kali yang ke 100 bru jadi.

ctk said...

tkot untuk mencuba...huhu

sis92 said...

kepayahan itu mengajar seribu langkah menuju kejayaan :)

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

jangan berhenti mencuba :)

teruskan dan terus mencuba

Daddylicious said...

dugaan saling sentiasa bersama...

cik ciput said...

org kedah cakap "sampai naik cemuih aih dok cuba banyak kali"..

ya, aku juga dah 'naik cemuih' dengan sesuatu dalam hidup aku..

ghost writer said...

mungkin kau patut bertahan dengan itu,Hana.

hanaahmad said...

tieykah : biasalah jiwa kacau. hehe.

SaL IjOu : dugaan itu namanya Sal. Aku dah hampir lali.

yen : gagal untuk percubaan pertama itu biasa yen. tapi ini sudah masuk yang ke berapa kalinya. payah.

reenapple : penetapan minda sebegitu sebenarnya lebih kepada menyedapkan hati. sedangkan ia kekal payah juga.

onie : ya, itu aku pasti, tapi sampai bila?

delarocha : ya, aku cuba lagi, lagi dan lagi.

Pocket : itu aku setuju.

dill : hai dill sayang! :)

Pak Lan : memang segalanya bukan mustahil untuk kau kan. :)

Waqheh : kau tak membaca dengan hati. :)

dayah : aku cuba untuk positif dayah.

Liyana Zahim : cik novelis ni suka bergurau juga ye? hehe.

noraauliya : ya, moga-moga.

hanaahmad said...

Umie : ye adik. soal hati. :)

Bidadari Syurga : moga Dia sudi membukakan pintu hati aku.

MR. ORLANDO AHMAD : aku sentiasa kalut.

Wadi AR : tapi tetap gigih mencuba kan? :)

wachak : haaaa...itu yang aku tak cuba lagi. hehe.

APi : haha, tapi kalau payah nak dapat macam mana tu? :)

blog-tips-kurus : aku tak pernah pakai dan sebenarnya takut nak pakai.

eLL : :)

EmpayarUtama : salam kenal kembali. :)

EZAN IDMA : ya, aku sedang.

Aisyah Aina : hmmm. moga itu yang aku teruskan lakukan.

beautiful_rose : kau memahaminya. aku pun dah penat sangat ni.

HEROICzero : ya, mungkin.

semutsengal : dia hebat. :)

hanaahmad said...

ctk : itulah yang terjadi pada aku sekarang.

sis92 : mungkin aku tidak penyabar orangnya.

choki : hui..penat sebenarnya dah ni.

Daddylicious : moga terus mematangkan aku.

cik ciput : aku pun dah naik cemuih mencuba. hue hue hue.

ghost : lelah Phan, tak sanggup lagi rasanya.

Zoelisme said...

kepayahan aku bila keberanian itu sudah tidak muncul-muncul.

payah!