Semakin lumpuh kata-kata. Pulang selepas tenang bersendirian.
Showing posts with label merapu meraban. Show all posts
Showing posts with label merapu meraban. Show all posts
Friday, December 30, 2011
Dunia kita.
Dalam hidup, tiap dari kita ini punya dunia tersendiri yang tiap satunya segalanya elok dikawal dengan indahnya. Dunia kita, cara kita. Makanya, tiap segala kegilaan yang kita suka, pastinya ada jawapan yang tak perlu untuk kita katakan kenapa dan mengapa. Bagi aku, kita tidak perlu punya sebab kukuh kenapa kita sukakan akan hal itu jika ia sudah terpaut di hati. Tak kira dalam lingkungan manusia ataupun kebendaan, ianya kekal punya kelangsungan identiti dan penarik untuk megah berada dalam kotak kegilaan selesa kita. Sama seperti yang lainnya; tiap kita punya kegilaan dalam dunia yang tersendiri, jadi ia bukan sesuatu yang sukar untuk kita saling hormat kegilaan orang lain sepertimana kita mahu dunia kita dihormati semanisnya.
Wednesday, December 14, 2011
Ada bezanya.
Dia lahir dalam lingkungan keluarga besar yang hidupnya terpencil di ceruk sana. Sepanjang setahun dua aku mengenalinya, ada beberapa hal mengenai hidupnya yang aku ketahui secara tidak langsung melalui lingkungan persahabatan yang sedang terbina. Dia punya hati yang baik, jika kita benar-benar berbuat baik dengannya. Pada sisi lain dalam hidupnya, dia seorang yang sangat prejudis dan sering naif dalam hal yang sepatutnya bagi aku sudah menjadi kebiasaan yang harus dia ketahui. Sepanjang usia perkenalan kami, ada beberapa hal yang aku terkilankan dan berharap agar dia dapat menyedari bahawa perilaku dia itu langsung tidak menyenangkan, malah menjengkelkan. Namun, aku bukan kalangan orang yang kuat untuk menegur, kerana aku sering kalah dalam berlawan kata-kata dengannya. Lebih menyakitkan lagi, dia ini orangnya tidak dapat membedakan antara meminta pertolongan dan memberi arahan. Itulah antara jenis kawan yang aku miliki dalam lingkungan keberadaan aku sekarang.
Berdiam adalah jalan yang sering aku dekati lewat kebelakangan ini.
Labels:
aku.cinta.sahabat,
kecamuk,
kejelikan,
merapu meraban
Tuesday, December 13, 2011
Hidup mesti terus.
Kertas-kertas kecil itu aku carik-carikkan dengan segala perasaan yang menyebalkan. Dari helaian yang besar, ia semakin mengecil dek rakusan jari-jari yang kadangkala tidak dapat dikawal emosinya. Selain menyembunyikan segala rahsia yang sedang membungkam di hati; yakni sudahpun tercoret di setiap helaian kertas tadi, ia juga adalah satu proses pembuangan rasa yang sedang mula mengganggu kelangsungan hidup. Di setiap helaian itu, tercoret segala macam perasaan celaka yang pernah membungkam. Aku coret, aku carik dan aku senyum. Senyum sebelum setiap kertas-kertas kecil hasil carikkan itu tadi aku kutip dan kumpul kemudiannya dibakar di dalam tong kecil di hujung sudut. Lebur.
Aku sedang meneruskan kehidupan sebaiknya.
Labels:
aku.dan.duniawi.,
aku.kecewa.,
emosi,
kecamuk,
merapu meraban,
serabut,
tentang hati
Sunday, December 4, 2011
Disember.
Ini sudah masuknya Disember. Masih awal bulan. Untuk hari-hari yang bakal dilewati, ia bakal menginjak ke penghujung Disember dan deras sekali kita akan kembali ke awal tahunnya di Januari. Sudah hampir beralih kalendar setahun dan berkalih pula pada permulaan setahun yang baru
Apa perkara terbaik yang kau lakukan sepanjang dua ribu sebelas ini ?
Lidah kelu. Hati menimbang tara akan beberapa hal; mengingati segala memori yang telah dilewati semusim yang lalu.
Apa sahaja perkara terbaik yang boleh dijadikan mozek agung untuk masa depan?
Masih kelu. Hati tersentap. Akal berselirat. Emosi tidak keruan.
Tiada?
Terus kelu.
Ada hal yang perlu diukur dan ditimbang tara. Jika setahunnya itu langsung tidak membuah apa-apa; bermakna aku adalah orang yang berada dalam kelompok merugikan. Hidup masih kekal begini. Tersangkut dek kepincangan emosi yang berpanjangan. Menyedihkan.
Disember, mohon panjangkan usia untuk aku lakukan sesuatu yang membahagiakan?
Jangan kau nak bermimpi dalam mimpi.
Apa perkara terbaik yang kau lakukan sepanjang dua ribu sebelas ini ?
Lidah kelu. Hati menimbang tara akan beberapa hal; mengingati segala memori yang telah dilewati semusim yang lalu.
Apa sahaja perkara terbaik yang boleh dijadikan mozek agung untuk masa depan?
Masih kelu. Hati tersentap. Akal berselirat. Emosi tidak keruan.
Tiada?
Terus kelu.
Ada hal yang perlu diukur dan ditimbang tara. Jika setahunnya itu langsung tidak membuah apa-apa; bermakna aku adalah orang yang berada dalam kelompok merugikan. Hidup masih kekal begini. Tersangkut dek kepincangan emosi yang berpanjangan. Menyedihkan.
Disember, mohon panjangkan usia untuk aku lakukan sesuatu yang membahagiakan?
Jangan kau nak bermimpi dalam mimpi.
Labels:
emosi,
kecamuk,
merapu meraban,
musim,
serabut
Friday, December 2, 2011
Ada hari-harinya.
Kadang-kadang, ada hari-harinya kita perlu simpan suara dan bersimpuh diam-diam di hujung-hujung ceruk sudut. Ada yang perlu disimpan dan tak semua harus diluah menjadi bahan kongsian bersama. Kita punya sifat ingin tahu yang kukuh namun belum tentu punya sifat kefahaman yang tinggi. Ada yang katanya; dia cukup memahami tentang segala hal yang diluahkan tapi sebenarnya dia hanya mampu menyedapkan rasa hati untuk kita ini bertenang. Syukur untuk itu. Tidak perlukan pelukan penenang namun kata-kata pembangkit semangat sudah cukup menyimpulkan sedikit senyuman. Bukan payah untuk berkongsi rasa, tapi ada hari-harinya; kita perlukan masa untuk diam dan bersendirian tanpa teman. Aku cuma perlukan orang yang lebih memahami sekiranya aku katakan; tiada apa yang perlu dikongsikan dari dipaksa meluah apa yang sedang terbuku. Sebagai kawan, aku hormati kamu jika permintaanku dihormati. Bukan tidak menghargai, tapi mengertilah; ada hari-harinya, hidup perlu juga berseorangan.
Betullah, aku ini jenis pendam rasa.
Labels:
aku.cinta.sahabat,
aku.dan.duniawi.,
emosi,
kecamuk,
merapu meraban,
serabut
Sunday, November 20, 2011
Mudah.
Seharusnya aku perlu lebih awal mencerna tanda-tanda penolakan yang diberikan. Tapi aku dungu, bebal lagi menyedihkan. Ianya mudah dan terangan membentang. Samaada dia lupa ataupun tidak peka; ia tetap beri tanda bahawa aku bukan dalam lingkungan kesukaan ataupun kegemarannya. Luahkan saja seribu kali apa yang mahu diluahkan, jika ia kekal lupa dan tidak peka; bermakna seribu kali itu jugalah dia menyuruh kau diam dan jauh-jauh dari hidupnya. Putus harap? Emangnya riak wajah aku ini pelakon terbaik untuk memapar segala manisan palsu. Tapi riak di hati nampaknya langsung tak memihak pada aku. Hati, awak ni baik sangat. Tidakkah mahu sekali engkau berbohong?
Ketahuilah, jika seribu kali kau berkata perkara yang sama kepada seseorang itu, tapi seribu kali juga dia bertanya soalan yang sama; ini bermakna dia langsung tidak ambil peduli hal kita, malah sebenarnya kita ini langsung tidak dianggap istimewa buat dia. Mudah.
Ketahuilah, jika seribu kali kau berkata perkara yang sama kepada seseorang itu, tapi seribu kali juga dia bertanya soalan yang sama; ini bermakna dia langsung tidak ambil peduli hal kita, malah sebenarnya kita ini langsung tidak dianggap istimewa buat dia. Mudah.
Labels:
ajaran,
aku.cinta.hakiki.,
aku.jiwa.seni,
aku.kecewa.,
emosi,
kangen,
kecamuk,
merapu meraban,
serabut
Thursday, November 17, 2011
Kiasan
Kadang-kadang, kita hanya memerlukan daya tangkas otak dan hati untuk memahami kejujuran orang lain melalui kiasan yang cuba mereka sampaikan. Mereka cuma cuba berlapik atas dasar menjaga sekeping hati yang lainnya dengan bahasa halus yang tersopan. Beruntunglah bagi mereka-mereka yang punya hati rapuh dan menangkap apa yang tersirat. Namun, untung juga buat mereka si hati batu; barangkali hendak masuk ke telinga pun belum tentu jadi. Meniti hidup dua puluh empat ini, semegahnya aku masih seperti anak kecil yang hidupnya hanya riang dan menikmati ruang yang ada mengalahkan mereka yang di usia lima. Jujurnya, aku tidak tahu apa dan apa yang harus aku transformkan dari jujur menjadikan diri ini seperti aku sendiri selayaknya atau menjadi orang asing di sisi lainnya. Masih ada yang perlu aku amati dan faham perihal kehendak orang lain. Kita tidak tahu, sebenarnya barangkali kita mendatangkan mual atau kejengkelan bagi pihak yang lain. Barangkali juga, kita punya sikap ini terlalu anak kecil buat usia kita yang puluhan dan barangkali juga, kejujuran kita dalam menjadi diri sendiri itu belum cukup puas untuk orang lain suka. Bila dibilang, jadilah diri sendiri; itu hanya satu ungkapan mudah. Yang payahnya, kita ini hidupnya saling bergantungan dengan mereka-mereka di sekeliling yakni orang-orang yang sayang akan kita, orang yang kekal di samping kita dalam satu-satu masa yang kita tidak ketahui tamatnya bila. Jadi, pabila ada saja kiasan menyatakan ada yang tidak kena yang perlu kita ubah dan buang, jangan dikeraskan hati tapi cubalah fikir jika ia positif. Bukan masalah besar bukan?
Dan untuk kedua kalinya, aku terhidu kiasan buat diri sendiri yang perlu aku tafsir dan ubah. Aku yakin, jika aku sungguh-sungguh menangkap kejujuran yang disampaikan secara halus dan terhormat itu, pasti lumayan jadinya buat aku. Ini bukan lagi perihal menjadi diri sendiri, tapi ini hal sikap yang perlu kita ubah.
Labels:
ajaran,
aku.cinta.hakiki.,
aku.dan.duniawi.,
emosi,
kecamuk,
merapu meraban,
serabut
Tuesday, November 15, 2011
Payah
Ini bukan pertama kalinya hal-hal sebegini berlangsung dalam hidupnya. Mungkin sudah berlaku untuk ke berapa kali dan untuk kalinya ini, ia kekal canggung dan langsung tak memberikan kesan. Ada saja hal yang tidak kena dan hatinya kekal beku, langsung tidak rapuh-rapuh. Apa lagi agaknya cara berkesan untuk memberikan dia satu rasa yang mengekalkan dan terkesan. Pabila ada yang menyuruhnya mencuba, dia sedikit tertekan dan kalut. Bukan langsung tidak mencuba, malah ini sudah masuk yang ke berapa kali percubaannya. Namun, ia masih kecundang sebelum bermulanya sisi mozek yang seterusnya. Payah.
Tuesday, November 1, 2011
Tuesday, October 25, 2011
Komplimentasi
Kata-kata seorang rakan tadi cukup menyentak fikiran. Otak jadi beku dan terpaku dek kejujuran yang memberi impak halus. Mungkin ada benarnya. Walau katanya gurauan, tapi ia umpama ingatan kecil buat diri sendiri. Aku jadi kalut dengan segala kata-kata orang-orang di sekeliling perihal aku yang sejak azalinya sememangnya tidak pernah sempurna. Dengan kata-kata sebegini sekurang-kurangnya ada hal yang perlu aku adun semula elok-elok agar molek di pandangan orang lain. Payah memang payah. Tapi aku perlu untuk tidak nampak jelik. Kata kenalan itu, ia bukan sesuatu yang menjengkelkan tapi bagi aku, ia teruk. Aku cuba tepis segala kata-kata tadi, tapi ia masih segar mundar-mandir di jalanan otak yang kompleks ini. Apa lagi yang harus aku lakukan? Segalanya tentang diri sendiri yang sememangnya ia adalah aku. Payah sebenarnya bila aku ini jenisnya suka membebankan diri sendiri dengan hal sebegini. Fikir terus-terusan. Dan lebih payah rupanya pabila menjadi diri sendiri. Saat ini, itulah yang aku lakukan. Ouh, mungkin sepatutnya aku harus memberi soalan; adakah ia satu komplimentasi? Jika benar, terima kasih. Sarkastik gitu?
Labels:
aku.cinta.sahabat,
merapu meraban
Sunday, October 16, 2011
Gila-gila
Aku seringkali gugup dan gelisah jika diminta membogelkan apa-apa bakat yang aku ada kepada khalayak dalam mana-mana aktiviti yang aku sertai. Saat itu, penyakit hiperhidrosis yang aku hidapi bergelojak dengan rakusnya, jantung berdegup kencang dan rama-rama mula terbang gembira di dalam abdomen. Sejak kecil, jika rakan-rakan lainnya hidup istimewa dengan bakat mewarna, melukis, menulis, menari, menyanyi, bersukan dan sebagainya, aku hanya hidup terkial-kial dengan mengagumi bakat orang lain. Tiada apa yang aku boleh persembahkan melainkan menjadi watak sampingan dalam apa-apa sahaja acara. Masa itu, aku percaya bahwa, selain bakat; kita juga harus punya fizikal yang menawan untuk lebih menggoda khalayak. Cukup semua itu, semestinya kau akan menjadi siulan di tempat yang didiami ketika itu.
Dan sehingga tua begini, aku masih belum ketemu apa bakat yang aku ada sehinggalah ada beberapa kenalan yang jujur menyatakan aku seorang yang sangat serius. Seriusnya di sini ialah serius dalam membuatkan orang tertawa. Mereka cukup terhibur dan pada saat itu aku terasa seperti dilabelkan seolah-olah seorang badut yang membahagiakan. Saat itu aku ketemu bakat terpendam yang tidak pernah aku sedar. Aku berkata-kata dengan serius, tetapi mereka menganggap ia sangat lucu. Apa lagi yang boleh aku sangkalkan. Asalkan mereka di sekeliling aku terhibur dan gembira, aku sudah cukup rasa bahagia biarpun dilabel gila-gila. Iya-iyalah, aku memang dilahirkan cocok dengan erti namaku sendiri.
Dan sehingga tua begini, aku masih belum ketemu apa bakat yang aku ada sehinggalah ada beberapa kenalan yang jujur menyatakan aku seorang yang sangat serius. Seriusnya di sini ialah serius dalam membuatkan orang tertawa. Mereka cukup terhibur dan pada saat itu aku terasa seperti dilabelkan seolah-olah seorang badut yang membahagiakan. Saat itu aku ketemu bakat terpendam yang tidak pernah aku sedar. Aku berkata-kata dengan serius, tetapi mereka menganggap ia sangat lucu. Apa lagi yang boleh aku sangkalkan. Asalkan mereka di sekeliling aku terhibur dan gembira, aku sudah cukup rasa bahagia biarpun dilabel gila-gila. Iya-iyalah, aku memang dilahirkan cocok dengan erti namaku sendiri.
Labels:
kegilaan,
merapu meraban
Friday, October 7, 2011
Pathetic
Kadang-kala aku cukup kagum dengan kegigihan usaha sang kumbang yang boleh dikategorikan sebagai terdesak dalam menjual minyak pada sang bunga. Bertambah kagum pabila kelihatannya mereka bijak mencari mangsa sama yang kayaknya istimewa umpama sebiji bola yang direbut-rebut sebelasan pemain. Bedanya di sini, sebiji bola itu direbut dengan cara halus bersulam sedikit manisan yang kadangkala mendatangkan penyakit yang menyakitkan. Namun, aku jatuh kasihan apabila minyak dijual sang kumbang tidak laku-laku. Ia menimbulkan sedikit bebal pada diri mereka. Lalu, minyak dijaja kepada sang bunga lainnya yang tetap dalam spesies sama namun putaran alam kekal berputar tanpa penghujungnya. Rutin jualan tetap sama sehingga menimbulkan kejelikan seisi alam. Selain sibuk menjual minyak, mereka lupa untuk menjalin hubungan sosial dengan yang lain. Sang kumbang yang terdesak ini mengamalkan hukum sosial yang jelik; terlalu memilih dalam mencari pasangan dan ruang sosial mereka hanyalah buat sang bunga yang ditagihkan. Jika hanya bunga tahi ayam, jangan berharap menerima kedatangan si penjual minyak spesis ini. Bukan sekadar jualan minyak, malah sedikit senyuman sebagai rakan sebumbung pun belum tentu dapat diterima dengan ikhlas melainkan sang bunga tahi ayam yang dihukum kejam ini punya kepentingan tersendiri buat sang kumbang terdesak. Dari rasa kagum ke kasihan, aku jatuh jelik. Menyedihkan betul si kumbang.
Labels:
ajaran,
kejelikan,
merapu meraban
Monday, September 26, 2011
Percaya
Lewat kebelakangan ini, boleh jadi aku terlalu banyak bercakap perkara yang tidak-tidak. Aku terlalu meluah dari menyimpan. Dan aku sakit di situ. Menjelang malam, rutin harian aku adalah ingat dan sedar atau kata mudah faham; muhasabah diri. Nampaknya sepanjang sepurnama ini aku dah terlalu banyak membogelkan diri sendiri dengan kata-kata yang tidak sepatutnya. Ini paling aku kesalkan. Terlalu mudah bercerita bermakna aku jatuh pada senang mempercayai orang. Seolah-olah aku melanggar prinsip. Heh, kali ini aku perlu lebih berhati-hati barangkali. Ya, percayalah...aku memang sukar untuk mempercayai orang.
Labels:
ajaran,
aku.kecewa.,
emosi,
merapu meraban
Saturday, September 24, 2011
Percubaan
Setiap hal di dunia memerlukan percubaan untuk terus hidup, sama ada gagal atau berjaya ia tetap dimulakan dengan percubaan.
Sinetron You’re Hired yang dipertontonkan lewat petang itu menggambarkan bahwa, segala-gala yang dipentaskan di dunia ini memerlukan percubaan. Bermula dari sebuah perhubungan sehingga kepada ikatan komitmen yang segalanya perlu disertai dengan kata kerja ‘cuba’. Dalam sinetron itu digambarkan hati si gadis menjadi kecil akibat keputusan sang pria yang mahu mencuba segalanya. Dari mahu mencuba untuk berkawan, sehingga mencuba memikat seterusnya mencuba untuk bercinta, dan ia akhirnya berakhir dengan cubaan untuk berpisah. Lantaran paparan cubaan untuk berpisah itu, gadisnya berkecil hati merasanya sang pria seorang yang hanya mahu mencuba dan langsung tidak yakin akan kemampuan hati untuk memiliki. Atas paparan itu, menyebabkan aku berfikir, ya barangkali benar...setiap hal dalam dunia ini memerlukan setiap percubaan. Sedangkan hakikatnya sudah kita ketahui bahwa cubaan hidup pun sudah menggunakan kata kerja cuba, apatah lagi dalam mengharungi setiap percubaan. Pernah aku dileteri seorang sahabat yang menyarankan aku agar mencuba sebelum membuat keputusan terburu-buru. Aku dengan angkuh membidas bahwa aku tidak mahu mencuba jika akhirnya aku kalah dan menjadi mangsa yang sakitnya menjadi kudis. Tidak mampu. Dan, sahabat itu barangkali sudah kalah dan langsung tidak berminat untuk meleteri aku lagi. Sehinggalah setelah aku tersedar dari segala keangkuhan yang tidak berkesan, aku sememangnya penakut dalam hal berkaitan komitmen dan ikatan hati. Waktu ini, aku sedang belajar mencoba.
Labels:
ajaran,
emosi,
merapu meraban
Thursday, September 15, 2011
Perit
Umpama mukus yang terbeban dalam rongga tekak, tersangkut dalam bendalir hijau pekat menjijikkan. Ambil tisu, hembus dan buang; lantas cecair kehijauan itu melekat padat di atas helaian tisu putih. Lega walau sakitnya masih terasa. Perit di anak tekak. Gumpalan tisu yang kira-kiranya sudah habis sekotak aku gumpal dan buang tanpa belas di tong kecil yang layaknya digelar transit pengumpulan sampah. Sakit. Masih terasa. Perit. Simptom ini datangnya bermusim. Dan aku terbeban lama. Bertahun barangkali.
Labels:
merapu meraban,
serabut
Tuesday, September 13, 2011
Keliru
Jika diberi pilihan, rela sahaja aku menghadam Sulalatus Salatin seumur hidup tanpa jemu dari digelumang kisah sejarah yang akhirnya ditokok tambah umpama kisah dongengan. Kecewa sungguh-sungguh. Betapa perit hidup menghadam segala fakta yang ditanam mentah-mentah sejak kecil, namun kini apa yang dikatakan sejarah didongengkan hidup-hidup. Jika ditahu sedari awal, sedia sahaja hidup bergelumang dengan segala kisah mitos dari diputar belitkan segala kisah yang diomong kosongkan. Sesungguhnya aku keliru di sini.
Jika diubah fakta sejarah, ia akan menjadi cerita dongeng sahaja bukannya sejarah.
- Tun Dr Mahathir Mohamad
Labels:
aku.kecewa.,
kejelikan,
merapu meraban
Saturday, September 10, 2011
Karma
Akhirnya segala sejarah hidup yang pernah diwujudkan oleh aku sendiri terbang pulang kembali menghukum aku yang fitrahnya tidak pernah mahu bersyukur dalam segala hal di depan mata. Dengan kepulangan yang langsung tidak diharapkan, aku pasrah akan ketentuan perit yang cukup bermakna. Aku belajar erti sesal dan seolah-olah menerima pesanan misteri 'jangan diulang kekhilafan yang sama'; maka dengan rela terima sahaja bahawa karma itu hutang dendam yang dibalas halus-halus beserta ajaran hidup paling bermakna. Padah semuanya untuk aku.
Labels:
ajaran,
emosi,
merapu meraban,
serabut
Thursday, August 18, 2011
Kilogram
Ini sudah pertengahan agustus. Tiada apa yang beda melainkan seisi alam yang zahiriahnya muslim melaksanakan kewajipan Allah dengan penuh kemeriahan. Tidak terkecuali aku. Ini adalah tahun kedua kalinya aku berpuasa sebagai seorang berprofesi. Jika di 2010, status sebagai pekerja baru itu membataskan segala pergaulan. Tiada apa yang menarik. Pergi kerja, buat kerja, berbuka di kantor, solat dan sambung kerja. Itu tahun lepas. Tahun ini, kemesraan itu terbit atas pergerakan masa yang panjang. Tiada lagi status baru. Pergi kerja, buat kerja, berbuka di kantor, solat, sambung buat kerja, makan, sambung buat kerja, makan dan makan. Natijahnya, jika tahun sebelum ini jumlah kilogram ini sering turun di kala terbitnya Ramadan, namun tidak pada tahun ini. Cuma berharap baju yang bakal disarung di pagi raya nanti tidak menyamai sarung nangka.
Seharusnya aku perlu kuat untuk menambah jumlah ibadat, bukannya jumlah kilogram. Aku gagal di situ.
Labels:
merapu meraban
Monday, August 15, 2011
Merajuk
Pabila dikata, aku bukan siapa-siapa, bermakna yakinlah sememangnya aku bukan siapa-siapa. Semakin hari, hati semakin mengecilkan diri. Barangkali merajuk dengan dunia berpaksikan diskriminasi. Iya-iyalah.
Labels:
aku.kecewa.,
emosi,
merapu meraban
Sunday, August 14, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)


















