Semakin lumpuh kata-kata. Pulang selepas tenang bersendirian.
Friday, December 30, 2011
Dunia kita.
Dalam hidup, tiap dari kita ini punya dunia tersendiri yang tiap satunya segalanya elok dikawal dengan indahnya. Dunia kita, cara kita. Makanya, tiap segala kegilaan yang kita suka, pastinya ada jawapan yang tak perlu untuk kita katakan kenapa dan mengapa. Bagi aku, kita tidak perlu punya sebab kukuh kenapa kita sukakan akan hal itu jika ia sudah terpaut di hati. Tak kira dalam lingkungan manusia ataupun kebendaan, ianya kekal punya kelangsungan identiti dan penarik untuk megah berada dalam kotak kegilaan selesa kita. Sama seperti yang lainnya; tiap kita punya kegilaan dalam dunia yang tersendiri, jadi ia bukan sesuatu yang sukar untuk kita saling hormat kegilaan orang lain sepertimana kita mahu dunia kita dihormati semanisnya.
Labels:
aku.cinta.hakiki.,
aku.dan.duniawi.,
kecamuk,
merapu meraban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
30 comments:
lama mnghilang, seminggu bagaikan sedekad. haha
kau buat aku berfikir tentang kegilaan aku yang tersekat..
berkongsi kegilaan kadang kala lebih manis.. =)
kegilaan dlm dunia sendiri bersama yang sehati kegilaan lebih indah. live to the fullest :)
dunia kita, cara kita ;DD
Like it!
gila dalam dunia sendiri asal tak menyusah orang lain:)
entri yang tepat untuk dibaca setelah semalam baru digelar gila oleh seorang kawan. hanya kerana aku mendengar lagu oldies sambil membaca novel sastera indonesia. hish...
Setiap kita punya cara dan gaya yang berbeda. Namun itu tidak menjadikan kita gila.
kegilaan kita, terapi jiwa kita..
ta ramai yg boleh faham kegilaan kita (:
setiap org pasti berbeda. tp harus punya rasa hormat pada setiap apa yg menjadi kegilaan insan lainnya.
hanya diri sendiri yg merasa apa yg manis. apa yg pahit. pedulikan yg lain
ikut kata hati,turuti yang kita mahu..
kegilaan itu yg menjadikan kita unik dengan cara tersendiri~ =)
rindu ko Hana~ ^^
aku turut lumpuh sama Hana
:D
Benar.. kita tidak perlu sebab yg kukuh utk suka akan sesutua..
juga tidak perlu sbb utk tidak suka....
dunia kita, cara kita..
walau segila mana kita akan sesuatu itu maka tak perlu tanya sebab mengapa kita suka akan sesuatu itu. cara kita dunia kita biarlah semua jadi milik kita.
mereka yang punya kegilaan lebih berjuang dalam hidup.
semangat sayang!
aku turut gila. sukar fahami diri kadang2
Dunia kita, cara kita.
maka kegilaan itu hanya kita yang tahu.
kegilaan tu indah. .hurmm byk mololog er yna skrg..hepy new year
aku perlukan kegilaan untuk sedar ...
hope u happy always!
Pastikan apa yg kita laksanakan adalah diredhai Allah..
hana,
rindu kamu,
dah lama gua tak datang sini
gua terlalu sibuk ngan dunia gua skang huuuhuhu
last gua lawat rumah lu tahun lepas....lama gilerr
hana, i miss you darl :)
dill.
As salam,
Gila!...
Kita perlu gila pd diri sendiri...tp harus paras sedar...kerana, orang gila perlu ruang sendiri...ruang untuk diri dan anganya sendiri...
Gila gila...kdg manis..kdg muak!
Dunia kita,lakaran kita...
hidup ini sentiasa berputar mengikut masa...kita yg mencorakkan dunia niii dan hanya NYA yang berkuasa^^
hana, aku rasakan kau seperti sedang recover perasaanmu kembali. sabar ya... kekadang, ada orang tak tak punya tuah... takan mampu kenal diri kita. Satu hari nanti, akan hadir seseorang yang seperti hati kamu ingini. Yang bisa pandang kamu terus ke hati... tetap di situ. ada kelembutan di dalamnya... walaupun zahirnya tidak lengkap.
ps: entry kamu sejak kebelakangan ni 'sebal' dan 'kaku'... kalau sahaja aku salah. maaf ya. semoga DIA berikan kamu keindahan jirim yang terang bercahaya.
Khry Hnry : rindu lettew.
xynophillious : cuba lepaskan ia dari sekatan.
APi : tapi tiap dari kita gilanya berbeda.
NadellaZahare : sangat indah.
Maii : ;)
FaizalSulaiman : itu perlu.
hani : kau dan aku punya kegilaan yang sama! sep-sep!
PakLan : gila itu maksudnya di sini; obses = kegilaan. bukannya gila sakit tu. -__-"
Lan Bingka : ubat duka.
Fara E's : susah yang nak faham jika kegilaan kita lain dari yang lain.
Aween Md Zahir : hormat, itu yang aku tekankan di sini.
Gadis Pantai Timur : tapi ada yang seolah-oleh melekehkan kita.
SaL IjOu : rindu kau juga Sal.
tieykah : aku masih tidak sembuh-sembuh.
Alieza Dayasari : kau memahami.
Nana : iya, itulah yang aku maksudkan.
Rain : tapi ramai yang tak faham aku.
cik aletheea : kita tahu dan seharusnya orang lain tidak perlu tahu jika hanya sekadar mahu mencemuh.
widea azira : melolog? selamat tahun baru kembali. :)
Republic : kau perlukan terapi minda barangkali.
EZAN IDMA : aku juga harap begitu.
Koding : moga-moga.
ORLANDO AHMAD : gitulah. sibuk dengan orang tersayang lettew.
Waqheh : tahun lepas? haha.
dill : rindu kau juga. ;)
Wilayah Sepet Kuku : terpulang bagaimana cara kita menikmatinya.
MiszSunsWeetz : benar, Allah yang menentu segala.
Bidadari syurga : aku tidak apa-apa pun. aku cuma sibuk dalam kerjaan rutin. terima kasih atas keprihatinan. ;)
Post a Comment