Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Monday, September 26, 2011

Percaya

Lewat kebelakangan ini, boleh jadi aku terlalu banyak bercakap perkara yang tidak-tidak. Aku terlalu meluah dari menyimpan. Dan aku sakit di situ. Menjelang malam, rutin harian aku adalah ingat dan sedar atau kata mudah faham; muhasabah diri. Nampaknya sepanjang sepurnama ini aku dah terlalu banyak membogelkan diri sendiri dengan kata-kata yang tidak sepatutnya. Ini paling aku kesalkan. Terlalu mudah bercerita bermakna aku jatuh pada senang mempercayai orang. Seolah-olah aku melanggar prinsip. Heh, kali ini aku perlu lebih berhati-hati barangkali. Ya, percayalah...aku memang sukar untuk mempercayai orang.

26 comments:

Fara E's said...

ya2 , kena berhati2 bila pilih kawan (:

tips said...

don't trust 100%.. :-)

unieMARKS :) said...

kepercayaan pnting dlm byk aspek.

misya mialen said...

sy pun sejak sudah bermukim di tmpt org, sy sdh x percaya org lagi.entahlah kenapa.sy takut dgn org yg tikam belakang.sdh byk cerita yg sedang bermain di dpn sy.mudah2an kita dijauhkan dr org begitu..

delarocha said...

luah saja..biar lega

dill said...

sentiasa berhati2 pabila meluah rasa.
salah luah, bersepah semuanya.

dill.

pembaris said...

orang yang boleh meyimpan rahsia diri adalah orang paling berkuasa

~SaL IjOu~ said...

meletakkan kepercayaan pada seseorang..aduh..payah sekali~

HEROICzero said...

subjek paling sukar . percaya . tak mudah untuk mempercayai orang lain , tapi kau perlu untuk percaya .

bagaimana ?


=)

Pocket said...

berat sangat tanggungan jiwa kacau yang kamu tanggung tu, kamu just nak share sedikit ngan kitorang moga ringan sikit jer.

tak per.. kami tak kisah,

tp kamu perlu kisah, jangan sampai yang kamu kongsi itu, jadi bullet utk kami sakitkan kamu di masa dpan, memang pocket tidak, begitu gak ngan blogger peminat kamu yang lain,

tak kita tak tahu, siapa yang berkunjung disini kan :D..

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

percaya tu perlu . tapi jgn terlalu percaya

:)

BlogS of Hariyanto said...

menjaga diri dan berhati-hati adalah baik, akan lebih baik pula bila selalu berprasangka baik pada siapapun sesama hamba Allah :)

dayya said...

Sedang merasai perkara yang sama sekarang.

owh. yes. jangan terlalu mendedahkan. sebab kalau dedahan kamu itu jadi senjata untuk tusuk hati kamu di kemudian hari, ia akan jadi sangat sakit.

aku pernah kena. dan rasa dia sangat perit.

SYARIFF HAIKAL said...

BILA MULUT SERING BERKATA2..RAMAI YG SUKA DTG DEKAT..

Liyana Zahim said...

Jgn! Jgn pcyekan sape kcuali fmily n ALLAH.. Jz like me..

Niena Pengembara Ilahi said...

jgn terlalu percayakan org :)
hnya Allah shj tempat kta mengadu segala hal...
tp xbermakna kta perlu hidup sndiri,masih ada insan yg blh dipercayai

bujal X said...

percaya orang macam percaya cakap pemimpin masa berkempen~keh keh~

Bie'z said...

Hana sekarang ni memang susah nak percayakan seseorang even ur own family!erkkk! tapi itu kenyataannya hohoho :XD

JelinaJoli said...

tapi liyana jasmay memang tak percaya cinta.heyheyheyhey!

Iwanski said...

percaya pada alam...

~Nana 귀여운~ said...

don't give 100% trusted kat orang yang kita x kenal sangat...takut nanti kita kecewa jer....

ChaCha said...

aku pun weh...huhuhu...perlu simpannnn.....

ORLANDO AHMAD said...

sambil meluahkan tu kalo belanja minum best gak hahaha

ghost writer said...

terasa pahit pulak air kopi yang aku minum saat ini.soal percaya benar2 mempengaruhi rasa dan aroma air kopiku.

paling utama,kau sudah meluahkannya.

hanaahmad said...

Fara E's : aku tidak memilih kawan tapi aku berhati-hati dalam berkawan.

tips : 200%.

unieMARKS : banyak dan sangat.

misya mialen : ya, mudah-mudahan. jangan takut sangat. berani sedikit agar tidak mudah digunakan. :)

delarocha : ada benda yang perlu disimpan.

dill : itu yang paling aku takutkan.

pembaris : dan paling dipercayai.

Sal IjOu : untuk menyebutkannya pun payah.

HEROICzero : sukar di situ.

Pocket : peminat? di luar jangkauan aku tu. :)

choki : tidak sepenuhnya.

BlogS of Hariyanto : ya, insyaAllah. :)

dayya : oh, itu menakutkan aku.

SYARIFF HAIKAL : dan ambil kesempatan.

hanaahmad said...

Liyana Zahim : ya, itu yang aku lakukan.

Niena : ya, insyaAllah. :)

bujal X : pemimpin banyak cakap kosong.

Bie'z : setuju!

JelinaJoli : lagu tu sangatlah aku setuju.

Iwanski : alam milik Allah. aku percaya pada Allah.

Nana : ya betul.

ChaCha : banyak yang perlu disimpan.

ORLANDO AHMAD : jom p dating? :D

ghost writer : terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, payah.