Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Tuesday, October 25, 2011

Komplimentasi

Kata-kata seorang rakan tadi cukup menyentak fikiran. Otak jadi beku dan terpaku dek kejujuran yang memberi impak halus. Mungkin ada benarnya. Walau katanya gurauan, tapi ia umpama ingatan kecil buat diri sendiri. Aku jadi kalut dengan segala kata-kata orang-orang di sekeliling perihal aku yang sejak azalinya sememangnya tidak pernah sempurna. Dengan kata-kata sebegini sekurang-kurangnya ada hal yang perlu aku adun semula elok-elok agar molek di pandangan orang lain. Payah memang payah. Tapi aku perlu untuk tidak nampak jelik. Kata kenalan itu, ia bukan sesuatu yang menjengkelkan tapi bagi aku, ia teruk. Aku cuba tepis segala kata-kata tadi, tapi ia masih segar mundar-mandir di jalanan otak yang kompleks ini. Apa lagi yang harus aku lakukan? Segalanya tentang diri sendiri yang sememangnya ia adalah aku. Payah sebenarnya bila aku ini jenisnya suka membebankan diri sendiri dengan hal sebegini. Fikir terus-terusan. Dan lebih payah rupanya pabila menjadi diri sendiri. Saat ini, itulah yang aku lakukan. Ouh, mungkin sepatutnya aku harus memberi soalan; adakah ia satu komplimentasi? Jika benar, terima kasih. Sarkastik gitu?

31 comments:

Athirah Zaradi said...

wow . bahasa cantekk !

hanaahmad said...

Leinad Athirah : dan aku rasakan ia masih dalam fasa yang lemah. terima kasih atas komplimen! :)

Pondok Usang said...

Kesempurnaan....mungkin hadir dalam mimpi yang manis..selamat malam selendang manisku... =)

Akulah Pak Lan said...

Teguran tanpa cadanhan adalah kata kata kosong dari mulut yg lompang

azeemazain said...

tiada siapa yg mampu menjadi sempurna. tapi itu sentiasa diharapkan oleh orang sekeliling kita kan..=) ziey follow u yah =)

Pembunuh Tanpa Bayang said...

manusia memerlukan teguran untuk terus berdiri dengan gagah dan bukannya lemah.hati yang rapuh masih bisa di teguhkan semula jika kena dengan caranya =)

oke,ini tersalah sasaran sebenarnya.

~Sal Ismail~ said...

aku suka ditegur jika itu utk kebaikan..
kerana dari situ aku boleh beringat & perbaiki diri..tp jarang sekali yg sudi menegur sbg seorang teman..tp byknye yg berckp di belakang pum pam pum pam~ haih~ (--")

Niena Muhammad said...

jika teguran itu membina teruskanlah.. tak kisah siapa yg menasihati, yg pnting ambil kebaikan disebalik tegurannya.. jika teguran itu xberguna, anggap saje spt angin yg menyapa

Eyka said...

kawan yg suke tegur adalah kawan yg terbaik utk kite :)

Muhibbuddin said...

menerima teguran yang teruk, mampu juga untuk kita membangun jika menerimanya dengan positif :)

Faizal Sulaiman said...

aku spechless, hana dengan bahasa ko:)

ghost said...

tapi aku lebih suka orang bercakap begitu.ia harus bagi aku.ia melemahkan sebahagian yang lain,dalam masa yang sama ia memberi kekuatan.balance.

noraauliyya said...

teguran mematangkan dan mengubah kita untuk jadi lebih baik .

Pocket said...

'alaaa.. masa diorang nak cantikkk, kamu pun pernah cantik jgak duluuu'

eh!! kenapa sekarang aku tak cantik ker?
cantik ni maksudnyer muda ker?

daaahh mula nak pikir banyak.
yes tak dapat nak dinafikan,
kalau dah orrnag kata samting,
memang sampai ke petang tak ilang
'lalat' tu dok pusing pusing dlm otak.
ohh..

lupakan jer sis,
kamu jgak yg tido tak lena nanti ^^

Unknown said...

sukeee !

inna_risna said...

Maybe you're not good enough for everybody, but you'll always be the best for the one who deserves you. <--- ada kaitan tak?

Sofea said...

dia cakap apa kat hg.. cer explain..

dayah said...

kau



















tacing ke

APi said...

aku suka kalau ditegur begitu..
biar aku sentap tak pe, janji aku sedar akan aku ada salahnya..
mungkin lain orang lain cara..
tapi aku lagi suka kalau ditegur secara terus..

dill said...

tegur biase sesuai dengan cara. ai sensitip. huhu

dill.

ewanthology said...

orang sekeliling itu adalah cermin kita.

terima seadanya.

hanaahmad said...

Pondok Usang : sekadar bermimpi barangkali.

Pak Lan : dan ia menyakitkan.

zieyzain : ya, manusia begitulah. :)

Pembunuh Tanpa Bayang : benarlah begitu. aku memang memerlukannya sangat-sangat. tapi kadang-kala ia langsung membunuh keyakinan.

SaL IjOu : itu yang payah dan menyakitkan hati.

Niena Pengembara Ilahi : aku suka sangat-sangat dengan teguran sebegini. ia buat aku lebih mengenali diri sendiri.

Eyka : ya, benar. :)

Muhibbuddin : teguran itu tidak teruk, tapi aku yang merasa ia teruk jika si pelakunya aku.

FaizalSulaiman : komplimentasi? terima kasih. :)

ghost writer : aku tidak mengatakan tidak suka di sini. aku suka, cuma baru aku sedari ia teruk.

noraauliyya : jika ia benar-benar terkesan buat kita. :)

Pocket : penting semuanya buat aku dan aku harus tahu dan ubah.

Fara E's : suka apaan sih? :)

miss inna : ya, ada perkaitan di situ. :)

Alkisah : dia cakap aku childish tapi dalam masa sama, dia cakap aku comel. haha.

hidayahjamal : sentap. lebih kuranglah. :)

APi : aku tidak nyatakan di sini bahawa aku tidak suka. cuma penerimaannya lain.

hidayah

hanaahmad said...

dill : aku kuat sentap tapi kalau kena cara, aku bisa menerimanya dengan besar hati.

delarocha : aku tidak merasainya begitu. susah.

Mek Onie said...

apa yang dia berkata-kata?satu komplementasi yang padu :)

ctk said...

ct pon pnh rse gitu..mungkin apa yg dia ckp gurauan...kita yang terkena memang akan terasa...sensitip sgt kOt..huhu..hanya terdiam jer lah dpt ku tafsirkan ketika itu..hOhO..

ღKekunangpelangiღ said...

Di mana kita berdiri, di situ kita berpijak. Pendirian kena kuat sikit. oke? :)

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

teguran diperlukan untuk merubah diri untuk menjadi lebih baik :)

Anonymous said...

terlajak perahu boleh diundur
terlajak kata binasa badan :)

Unknown said...

kamu. apa pun, percaya dengan diri. diri lebih tahu baik buruk. :) mendengar bukan bermaksud kena sentiasa ikut.

masih ada prinsip yang harus kita pegang. :)

hanaahmad said...

onie : sesuatu yang membuatkan aku terfikir dan panjang. :)

ctk : tapi ada bagusnya, aku rasa ia berguna untuk aku hidup dalam mencari kesempurnaan yang sebenarnya payah nak dapat.

Epol : ya, aku cuba.

choki : ya, benar tu choki. itu yang aku mahukan.

sis92 : alhamdulillah, ia tidak membinasakan aku. cumanya aku rasa lebih positif untuk berubah.

dayya : iya sayang, tapi ia positif untuk aku. :)

Unknown said...

bagus kalau begitu. :)