Ini sudah masuknya Disember. Masih awal bulan. Untuk hari-hari yang bakal dilewati, ia bakal menginjak ke penghujung Disember dan deras sekali kita akan kembali ke awal tahunnya di Januari. Sudah hampir beralih kalendar setahun dan berkalih pula pada permulaan setahun yang baru
Apa perkara terbaik yang kau lakukan sepanjang dua ribu sebelas ini ?
Lidah kelu. Hati menimbang tara akan beberapa hal; mengingati segala memori yang telah dilewati semusim yang lalu.
Apa sahaja perkara terbaik yang boleh dijadikan mozek agung untuk masa depan?
Masih kelu. Hati tersentap. Akal berselirat. Emosi tidak keruan.
Tiada?
Terus kelu.
Ada hal yang perlu diukur dan ditimbang tara. Jika setahunnya itu langsung tidak membuah apa-apa; bermakna aku adalah orang yang berada dalam kelompok merugikan. Hidup masih kekal begini. Tersangkut dek kepincangan emosi yang berpanjangan. Menyedihkan.
Disember, mohon panjangkan usia untuk aku lakukan sesuatu yang membahagiakan?
Jangan kau nak bermimpi dalam mimpi.
Showing posts with label musim. Show all posts
Showing posts with label musim. Show all posts
Sunday, December 4, 2011
Monday, November 7, 2011
Waktu hujan turun
Waktu itu, aroma yang menusuk segenap ruang dinikmati seenak-enaknya tanpa memikirkan hal sekeliling. Hujung-hujung tahun ini, waktu-waktu begini harus dinikmati sungguh-sungguh. Bumi sedang basah dek air mata hujan yang sedang turun bermusim. Tiada salahnya langsung pada sang tengkujuh yang datang menjengah bumi, ia satu rahmat yang memberikan satu rasa aman yang lainnya lain macam. Di satu sudut, adanya sesusuk jasad yang melayan perasaan menikmati aroma harumnya hujan asid di tengah-tengah kota penuh kejujuran duniawi. Dengan dunianya sendiri, dia sentiasa positif bahawa bahagia itu ada dan perlu dicambah dengan penuh oleh jiwa sendiri.
Waktu hujan turun, dia masih berteleku dan menyimpul senyuman keseorangan. Obsesi sungguh-sungguh dia dengan kehidupan yang penuh warna ini sehingga tidak sedar ada rasa yang semakin hilang dan membeku. Rasa itu seolah-olah sudah hilang membeku dalam keegoan diri yang semakin menebal. Untuk kali terakhirnya, dia tidak tahu bila ia jatuh memuntahkan segala rasa ego yang ada. Dia hilang segala rasa, hilang segala deria. Dia orangnya sentiasa mahu nampak kuat, sentiasa mahu nampak gagah, sentiasa mahu nampak kacak. Saat ada yang lainnya menangis di perantauan mendengar takbir, dia hanya tersenyum dan yakin diri membantu menenangkan yang lain; 'sabarlah, kita bukan keseorangan di sini kawan'.
Ada rasa yang sedang membeku dan tak cair-cair, dalam figura aku.
Waktu hujan turun, dia masih berteleku dan menyimpul senyuman keseorangan. Obsesi sungguh-sungguh dia dengan kehidupan yang penuh warna ini sehingga tidak sedar ada rasa yang semakin hilang dan membeku. Rasa itu seolah-olah sudah hilang membeku dalam keegoan diri yang semakin menebal. Untuk kali terakhirnya, dia tidak tahu bila ia jatuh memuntahkan segala rasa ego yang ada. Dia hilang segala rasa, hilang segala deria. Dia orangnya sentiasa mahu nampak kuat, sentiasa mahu nampak gagah, sentiasa mahu nampak kacak. Saat ada yang lainnya menangis di perantauan mendengar takbir, dia hanya tersenyum dan yakin diri membantu menenangkan yang lain; 'sabarlah, kita bukan keseorangan di sini kawan'.
Ada rasa yang sedang membeku dan tak cair-cair, dalam figura aku.
Labels:
aku.cinta.sahabat,
aku.dan.duniawi.,
aku.jiwa.seni,
emosi,
musim
Thursday, October 20, 2011
Cuaca
Awan mendung siang tadi kelihatannya sudah tidak tertahan sehingga memuntahkan segala isi membasahi bumi yang kian menyedihkan ini. Cuaca yang tidak menentu seolah-olah menemani hidup orang bujang seperti aku. Berkecamuk dan menyedihkan. Jika ditanya soal kerjaan, peratusan mereka-mereka yang memahami waktu kerja aku adalah kurang dari lima persen di mana walau sudah seratus kali difahamkan, mereka tetap susah untuk mengerti. Barangkali, aku yang tidak pandai memahamkan orang atau mereka itu sendiri yang malas hendak ambil pusing. Memasuki kerja lewat waktu makan tengah hari manusia lain dan pulang ketika orang sedang nyenyak tidur, itu waktunya. Biasanya, soalan perihal bekerja mengikut 'shift' sering menjadi tanda tanya tapi jawapan kekal aku adalah; itu memang waktu kerja harian aku dan titik. Setahun lebihnya aku hidup begini, jujur ia cukup memberikan bahagia dan langsung tidak timbul sesal. Jika ditanya tentang kehidupan, pantas jawapannya; aku sedang bahagia bercinta dengan kerjaan aku ini dan jangan sesekali memusnahkannya. Dan, kurang dari bulan sahaja, kali ini aku sekali lagi diselimuti mukus untuk sekian kalinya. Ya teruskan kata aku 'workaholic'.
Labels:
aku.dan.duniawi.,
dunia.journalist,
kerjaan,
musim,
orang media
Sunday, August 28, 2011
Eidul Fitri
Realitinya, aku masih setia menyunting mozek-mozek kehidupan di kantor tika ini. Saat semua rakan serumah dan sebilangan rakan kantor yang sudah menikmati ketibaan Syawal di tanah kelahiran masing-masing, aku masih di sini. Tidak berseorangan, tetapi bersama-sama pejuang kemanusiaan yang setia berbakti demi hamparan mozek kehidupan masyarakat. Mohon dipermudahkan segala perjalanan aku esok hari demi kebahagiaan hakiki meraikan Syawal bersama kesayangan-kesayangan di sana. Pulang lewat tapi barangkali akan jadi rehat yang panjang selepasnya. Salam Eidul Fitri buat kalian dengan huluran 10 jari kemaafan jika adanya rasa terguris dari hati ini. Hakikatnya, aku manusia kebiasaan yang tidak lari dari kekhilafan. Semoga berbahagia semuanya. :)
Labels:
aku.dan.duniawi.,
dunia.journalist,
kerjaan,
musim
Monday, August 22, 2011
Dua puluh empat.
Ini sudah masuk dua puluh empat. Masa ini kembali lagi. Serasanya baru sahaja telinga ini didendangkan penuh manis oleh dia dengan nyanyian rasmi harinya. Sudah dua tahun. Aku pasti sepastinya tiada lagi dendangan yang bakal menemani malam dua puluh dua ini. Sunyi. Ia bakal menjadi hari yang melalikan untuk hari dua puluh dua lagi akan datang. Dan, aku sudah terbiasa begini. Tiada apa yang beda selain penambahannya. Tapi, dua puluh empat itu hanya angka, hati mesti mahu muda. Walau tiada lagi dendangan sayang, aku masih kukuh dengan hidup yang lebih menceriakan tanpa apa yang boleh memainkan hati. Biar tiada ucapan apa, masih tetap kekal di ingatan keramat dua puluh dua cancer dan dua puluh dua virgo. Dan kini dua puluh dua leo, hanya ucap selamat agar kau kekal berbahagia. Biar sahaja aku jalani hidup dua puluh empat ini dengan enaknya.
Sunday, July 31, 2011
Ramadhan

Hidup sememangnya bermusim, dan manusia sendiri sememangnya suka hidup bermusim serta pandai membawa diri dalam setiap situasi di sekeliling. Alhamdulillah, aku masih punya peluang untuk merasai Ramadhan ini kali. Menahan rasa lapar dan dahaga selain segala macam nafsu yang perlu ditahan. Tingkat amalan, jimat cermat, jaga mulut, jaga hati, jaga mata, kawal nafsu. Bayangkan jika ia adalah rasa terakhir buat kita. Rebut peluang selagi ada. Ini lebih kepada peringatan buat diri sendiri. Selamat bersahur, berpuasa dan beriftar.
Harap-harap tak ada lagi berita tragedi main mercun sampai dekat aku.
*Dah lama tinggal, berterabur habis.
Labels:
musim
Subscribe to:
Posts (Atom)




