Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.
Showing posts with label orang media. Show all posts
Showing posts with label orang media. Show all posts

Thursday, March 15, 2012

Kesan paling tajam.

Hari itu adalah hari yang panjang lain dari kebiasaan. Minda dan tubuh aku seolah-olah disuntik sukrosa yang berlebihan menyebabkan ada perilaku hiper yang kurang kawalan. Menjalani rutin biasa dengan menyunting bahan-bahan berita adalah tanggungjawab insani juga rezeki yang harus aku kerjakan buat isian perut di hujung bulan nanti. Hari itu, hari yang paling sebal aku kira, selain tahap sukrosa yang seolah-olah menggila, aku juga terbeban dek energi tubuh yang digunakan enam hari tanpa henti. Penat dan sedikit hilang. Suntingan yang harus disudahkan aku segerakan agar bebanan otak tidak terus ditujah keras apatah lagi aku sebenarnya sudah sedikit muak dengan rutin harian yang kini seolah-olah menjadi kepingan hidup yang sedikit kosong. Dengan hati-hati yang penuh berhati-hati, kerjaan dibereskan seperti kebiasaan. Syukur ia siap. Hati senyum-senyum dan malamnya lekas-lekas aku keluar dari kepungan yang menyesakkan selepas enam hari terkurung dengan kerelaan. Bebas dan minda langsung menjadi ringan tanpa bebanan.

Esoknya, ada panggilan yang sedikit menjatuhkan. Sedikit terkilan. Seringkali berhati-hati pun belum tentu ia sempurna. Dan diakui, aku hilang fokus. Musibatnya, aku menambah satu lagi pelajaran dalam hidup untuk belajar dari kesalahan yang dilakukan. Moga ia menjadi kesan paling tajam buat manusia seperti aku yang sentiasa hilang dalam keramaian.

Friday, January 6, 2012

Mereka buta hati untuk kenal erti sebuah pelajaran.

Dalam lingkungan profesi seperti ini; orang-orang seperti aku harus punya kesabaran yang cukup kuat dalam melayani karenah rakan sekapal yang lain. Mereka harus tahu bahawa; tiap dari kita ini punya tekanan mental dan fizikal yang perlu dikawal selayaknya. Kata mereka; orang-orang seperti kami ini, kerjaannya hanya berurusan dengan fizikal komputer dan tidak seperti mereka yang harus berinteraksi dengan ramai manusia. Jadinya, tekanan yang mereka alami lebih dasyat dan merungsingkan sehingga boleh jadi bukan satu kesalahan jika menulis bahan dengan sambil lewa tanpa memikirkan tanggungjawab yang seharusnya mereka pikul. Lebih memeritkan lagi jika mereka fikir dengan adanya orang seperti-seperti kami ini, makanya mereka boleh menjadikan kami manusia yang paling sesuai untuk dilampiaskan kesalahan tanpa sedar ia menyusahkan kami secara total. Tetapi sebenarnya mereka tidak sedar bahawa, dengan kesombongan dalam menyediakan bahan yang selayaknya dibanggakan untuk tatapan khalayak, mereka sebenarnya sudahpun membogelkan kebodohan  dalam setiap perlakuan yang mereka egokan. Sayang sekali, mereka egois malah buta hati untuk kenal erti sebuah pelajaran.

Seharusya mereka perlu sedar bahwa, profesi yang sedang mereka jawatkan sekarang ini adalah pilihan dan bukan paksaan. Makanya, jangan menjadikan tekanan berinteraksi dengan ramai manusia itu sebagai satu rungutan tunggal, kerna ia satu tanggungjawab yang sudah kita persetujui saat kali pertama menerimanya awal yang dahulu. Sudah lupa?

Thursday, October 20, 2011

Cuaca

Awan mendung siang tadi kelihatannya sudah tidak tertahan sehingga memuntahkan segala isi membasahi bumi yang kian menyedihkan ini. Cuaca yang tidak menentu seolah-olah menemani hidup orang bujang seperti aku. Berkecamuk dan menyedihkan. Jika ditanya soal kerjaan, peratusan mereka-mereka yang memahami waktu kerja aku adalah kurang dari lima persen di mana walau sudah seratus kali difahamkan, mereka tetap susah untuk mengerti. Barangkali, aku yang tidak pandai memahamkan orang atau mereka itu sendiri yang malas hendak ambil pusing. Memasuki kerja lewat waktu makan tengah hari manusia lain dan pulang ketika orang sedang nyenyak tidur, itu waktunya. Biasanya, soalan perihal bekerja mengikut 'shift' sering menjadi tanda tanya tapi jawapan kekal aku adalah; itu memang waktu kerja harian aku dan titik. Setahun lebihnya aku hidup begini, jujur ia cukup memberikan bahagia dan langsung tidak timbul sesal. Jika ditanya tentang kehidupan, pantas jawapannya; aku sedang bahagia bercinta dengan kerjaan aku ini dan jangan sesekali memusnahkannya. Dan, kurang dari bulan sahaja, kali ini aku sekali lagi diselimuti mukus untuk sekian kalinya. Ya teruskan kata aku 'workaholic'.

Monday, August 22, 2011

Neutral

Kehadiran seorang wakil rakyat cantik manis dan punya aura tersendiri minggu lepas sudah cukup mengujakan aku. Keperibadian beliau menggamit hati untuk aku terus terobsesi dengannya. Tolak saja apa parti yang dianutinya. Itu langsung tidak masuk dalam hal lingkungan kekaguman aku.

Kenapa meriah sangat tu?

Barangkali mereka mahu menyambut kedatangan N.I.A.

Perlu ke sambut bagai?

Kau memang tiada asas PR la.

Aku tak suka ayah dia.

Berada dalam kelompok media, kita perlu bersikap neutral. 


Perbualan ringkas bersama seorang kenalan kantor terhenti di situ. Tiada bangkangan. Iftarnya kami duduk semeja dan disertai wakil rakyat, ibunya dan suami. Saat hadir, wakil rakyat yang aku gelar di sini N.I.A ramah menghulur salam ke atas seluruh warga kantor. Manis di situ. Serasanya mahu saja aku berkonversasi semeja dengannya. Namun, atas status pekerja bawahan, ia terhalang. Lagi pula, pasti tiada kata terucap melainkan bibir tak lekang menyebut; cantiknya dia.

Sehingga kini, aku tetap utuh; dalam hal politik, kita tidak pernah punya kuasa untuk mengetahui siapa betul dan siapa salah. Lihat saja, berapa banyak benang basah cuba ditegakkan. Segala hal hanya aku ketahui melalui medium perantaraan. Semua dari kita hanya dengar dari 'cakap-cakap'. Aku masih tidak berminat akan itu dan Tuhan lebih mengetahui segala.


Friday, August 19, 2011

Asal siap

Lewat kebelakangan ini, aku mula menyedari segala kerjaan yang aku lakukan hanya sekadar asal siap tanpa memikirkan impaknya kepada khalayak. Hari-hari aku menjalani rutin sama dan ia kadangkala menerbitkan rasa jemu yang tidak berkesudahan. Walau sudah melebihi 365 hari, masih mengukir tawa dan senda, namun percayalah, peluang merasai pengalaman yang baru itu sudah lama ku tagihkan. Melakukan kerja asal siap tanpa memikirkan impak dan rasa kepada khalayak adalah satu hal yang sia-sia. Dan, aku kesal yang itu. Aku sudah lupa apa yang seharusnya khidmat aku dicurahkan. Aku seharusnya lebih bertanggungjawab dan memberi sepenuh jiwa dalam setiap kerjaan yang aku lakukan. Namun sayang, ia tetap sia-sia. Terlalu memikirkan masa dan ruang berlibur dengan menyegerakan kerjaan itu menjadi rutin paling terhina. Aku masih bernasib baik, kesilapan besar masih belum mula bermain-main mesra. Belum hari ini, boleh jadi esok? Jadi, dengan bersaksikan sekalian alam, tekad sungguh-sungguh aku untuk lakukan kerjaan dengan penuh jiwa. Harap permulaan penghulu hari memberikan fokus yang tinggi untuk aku menyunting berita dengan sebaik mungkin. Kepuasan khalayak itu kepentingan. Aku tidak mahu disalahkan kerana menjadi penyampai yang kerjaannya asal siap.

Wednesday, July 27, 2011

Jigsaw Puzzle

Hidup umpama jigsaw puzzle, makin banyak makin kusut.


Lewat malam semalam, selepas pulang dari kantor, entah apa gilanya aku bersetuju untuk bermain jigsaw puzzle bersama dua rakan serumahku. Walau mata sudah kantuk dengan badan yang sudah lemah lantaran kerja tujuh hari tanpa henti, emosi masih kekal gagah melayan masa bernilai bersama mereka. Terapi yang melegakan, hati gembira dengan waktu yang terluang. Sejam 15 minit yang dihabiskan, namun 1000 jigsaw puzzle itu tidak berjaya dilengkapkan. Mungkin memerlukan masa sehari ataupun lebih. Makin banyak makin kusut. Cari, padan, susun dan lengkap. Macam hidup kita. Rumit. 1000 macam rencah dalam hidup, belum tentu dapat dilengkapkan dalam masa sehari. Walau hidup serumit mana, waktu senggang tidak kira masa, di mana hal-hal sebegini perlu diberi peluang bermanja dengan kita, yang rumit boleh jadi mudah, yang penat boleh jadi hilang. Hilang?


Friday, July 15, 2011

Senyuman


Untuk hidup, kita perlu pandai menyesuaikan diri dalam apa jua situasi. Pabila mereka ketawa, luahkan juga ketawamu. Pabila mereka memerlukan jawapan, rendahkan dirimu untuk menjawab. Pabila mereka berkongsi sesuatu, hargai mereka dengan ucapan ikhlas terima kasih. Layarkan matamu dengan kilauan senyuman mesra. Serap dirimu dalam jiwa-jiwa mereka yang tidak sombong dan angkuh itu.
Hari ini aku belajar sesuatu, jangan terasa diri itu tersisih jika kita sendiri yang tidak pandai memulakan sebuah senyuman.

Monday, June 27, 2011

Rencana indah


Gila jadinya aku kala mimpi-mimpi indah menyerang tanpa belas.

Fuh, terlalu banyak mimpi dalam kepala otak aku yang sedia serabut ini. Itu, ini, itu, ini. Boleh terkena penyakit gila-gila dibuatnya. Boleh jadi, aku dengan rela hati dilabel orang-orang yang tamak kala ini. Semua mahu aku ragut. Itu, ini, itu, ini. Heh, sabar wahai hati. Terburu-buru boleh jadi binasa tahu?
Sungguh banyak rasanya aku rencanakan untuk menjadikan hidup lebih indah. Jika dahulu, segalanya terhalang atas sebab masa, kewangan, usia dan sikap. Kini, mungkin aku perlu lebih berani merebut rasa yang menjadikan aku semakin gila. Teratur, perlahan, sabar dan komited. Hati perlu tenang, jiwa perlu lapang, fikiran perlu ke depan. Aku tidak mahu penyesalan menjadi hadiah pertama setelah segala rencana hebat diaturkan. Jadi, dengan rendahnya diri ini, mohon saja agar segala mimpi-mimpi aku menjadi satu kenyataan hidup yang realiti.
Oh, aku baru terasa kesedaran, disebabkan cerita-cerita perihal kerjaan aku di sini-sini yang macam kurang menggembirakan, menyebabkan seperti aku dikasihani dengan tragis sekali. Jangan begitu kawan, aku masih tersengih gembira dengan kerjaan aku ini. Dekat dengan bahasa, dekat dengan jiwa, dekat dengan penulisan dan dekat dengan hati. Walau kerjaan ini sentiasa mencuri masa, namun ia masih jadi syurga dunia buat aku. Jika tidak, tidaklah 365 hari aku setia di sini.

Thursday, June 16, 2011

Suri rumah


Memerah otak berterusan 8 hari sememangnya melesukan. Selain kekurangan tidur akibat perbuatan orang lain, tengkuk juga lenguh-lenguh penangan mengadap pc tanpa henti. Migrain pula seakan-akan mahu bermanja pada masa yang salah. Hari-hari otak mengadap berita-berita boleh memualkan. Dah puas aku menafikan kata-kata mereka yang aku ini workaholic. Tapi, mimpikan perihal kerjaan malam semalam itu seolah-olah mengiyakannya. Sekali lagi tidur tidak nyenyak. Tidur pun boleh mimpi pasal kerja. Gila!
Moga cuti bermula Sabtu ini meringankan sedikit otak. Terfikir juga, jadi suri rumah sepenuh masa pasti bahagia. Ada sesiapa sudi merealisasikannya?
(Ok, abaikan yang ini!)

Sunday, June 5, 2011

Hitung hari


Cubaan yang cukup seksa buatku minggu ini. Tekanan kerja yang cukup menyesakkan. Sesak nafas, sesak otak dan sesak minda. Berada di keliling orang yang menyesakkan juga sudah cukup memberikan tekanan. Berhadapan tekanan bermakna aku menahan marah. Dan ia, membuat aku cukup letih. Makan langsung tidak terkawal. Huru-hara. Jika boleh dipinta, aku mahu cepatkan masa. Biar berlalu dengan cepat. Biar hilang segala kekalutan dan kesesakan yang menyesakkan. Aku terasa beban. Baru kuli sudah begini. Lebih baik terus jadi kuli dari berprofil tinggi. Aku tak daya lawan tekanan. Maharaja Lawak pun tidak dapat membantu menggeletek perut. Ini serius aku benar-benar berada dalam tekanan. Harap tidak gila.

Wednesday, June 1, 2011

Ulang tahunnya.

Setahun. Masih bayi. Masih anak kecil. Masih suci. Masih tulus. Masih naif. Masih putih. Masih selapis. Masih kosong. Jika ia bernyawa, pasti sedang enak menjadi mangsa gomolan si dewasa. Tapi, ia hanya ulang tahun. Bukan siapa-siapa. Cuma, ulang tahun kerjaan aku di sektor media. Mohon angkat tangan, panjatkan syukur dan minta yang baik-baik. Terus maju dan menadah otak untuk segala ilmu dan pengalaman yang ada. Untuk rakan-rakan seangkatan, yuk teruskan perjuangan. Kita pasti boleh! :)

Si kecil Nur Safiyya Umairah ketika usianya setahun. Rasa macam nak makan itu pipi gebu.

Wednesday, May 25, 2011

Lubang kerja

Aku rasa lubang kerja di Malaysia ni menggunung je cuma kita kena pandai cari dan gali. Lagi satu kalau ada bullet-bullet ini, bawak-bawak lah pijak lumat habis-habis. Kalau tak, memang tak bersinar masa tua.

1. Family tak bagi kerja jauh atau kerja di bandar. Alasan; bahaya, takut dapat hadiah dari abang asid atau tercomolot dengan abang Lombok.
2. Sayang nak tinggalkan kekasih hati di kampung. Alasan; takut dikebas orang atau terima pinangan orang lain.
3. Diterima bekerja tetapi tak pergi sebab gaji ciput. Alasan; tak setaraf dengan kelulusan yang ada. Dey, pengalaman zero ada hati hang nak gaji tinggi menggunung.
4. Jawatan tak fofular atau boleh jadi company takde nama. Alasan; malu dengan orang kampung, kawan-kawan dan musuh-musuh ketat lagi rapat yang ada.
5. Tak reti hidup dengan kaki sendiri. Alasan; tak biasa tinggal jauh dengan family.
6. Diterima bekerja tetapi tolak sebab takde transport. Alasan; tak reti naik bas, elarti, komuter, teksi dan kaki sendiri.
7. Tak berani ambil risiko dan tak tahan lasak. Alasan; takut kerja tak serasi, takut kena buli, takut kena balik malam, takut kena hantar ke luar daerah dan takut kena goda. (erk?)
8. Tak tahu nak tulis apa lagi. (isi sendiri la)Gigih bekerja bersama google.

Ini mungkin menjadi salah satu pembawa yang menyebabkan ramai yang melepak kat rumah family berbulan-bulan dan mungkin bertahun-tahun. Penat-penat badan tiru assignment kawan, ponteng kuliah dan guna duit PTPTN untuk shopping serta labur untuk buah hati, akhirnya tak reti berusaha lelah cari kerja.

Hidup memerlukan dugaan, risiko dan pengalaman. Kalau tak cuba, macam mana nak rasa? Pertama sekali; USAHA. Apply la sebanyak mana pun mustahil dalam 50 yang kita apply, satu interview pun tidak dipanggil. Bila dah dipanggil interview; PERGI. Dapat atau tak itu belakang kira. Kedua sekali; JANGAN MEMILIH. Jika semua kerja punya seribu alasan dan nampak menyusahkan, itu tandanya kita tak lelah untuk merasai susah. Mana ada benda yang tidak menyusahkan? Ketiga sekali; BUANG EGO dan RENDAHKAN DIRI. Tak salah jika mencuba untuk bekerja di restoran fast food, berniaga, pasaraya, kedai-kedai atau di mana-mana buat sementara waktu mengisi masa yang terbuang. Kalau dapat kerani pun bagus, jangan nak BERLAGAK sangat dengan degree yang kita ada kalau otak dan minda kita masih jauh ke bawah tak boleh nak terima PENGALAMAN. Orang yang berjaya pun bermula dari bawah.

21 tahun adalah umur selayaknya untuk kita tidak menyusahkan ibu bapa lagi. Bercinta sakan tapi belanja dating guna duit mak ayah. Malu ok. Carilah rezeki atas kaki sendiri.

Aku bagi contoh; belajar penat-penat ambil jurusan yang terang lagi bersuluh kerjaaannya nanti akan menyebabkan kamu pulang lewat malam, atau terpaksa berjemur panas, atau sentiasa bergerak ke sana sini, dan banyak lagi, akhirnya tidak lelah untuk pulang lewat, bekerja di tempat panas dan mahu letak bontot di kerusi sahaja. Konklusinya, apa guna belajar dahulu? Sekadar mengisi masa lapang atau sekadar mengikut kata family? Kalau awal-awal mahu kerja dalam hawa dingin, terus sahaja mohon jurusan yang hanya duduk di kantor.
Maaf cakap, mungkin ada yang punya alasan tersendiri. Apa yang aku rasa bersandarkan kepada pengalaman diri sendiri, keluarga dan kenalan di luar sana.
Alhamdulillah satu Jun ini genap setahun aku cedok pengalaman dekat sini di samping tangan ligat menerbangkan resume ke sana sini. Tok pun dah mula tanya, bila aku akan sambung Master? Rimas. Hati mahu tapi otak dah tepu.
Oh ya, buat Dayah, aku pun pernah melalui pengalaman macam kau. Nak kerja waktu cuti sem tapi tak diterima sebab cuti pendek sangat. haha. Sabar jela. Yang penting kau ada niat mahu bekerja. :)

Monday, May 2, 2011

Kerjaan gila

Tujahan-tujahan soalan yang sering dilemparkan kala cuti umum sememangnya sudah menjadi kelalian buat aku. Jika dulu, aku agak rungsing untuk memberi jawapan, namun kini ia umpama perkara biasa kerna tak semua memahami kerjaan aku ini.

Cuti 3 hari minggu ni kau tak blik kampung?
Aku kerja la.
1Mei kan cuti Hari Pekerja.
Yela, aku tak cuti.

Kerja ke esok?
Aah, kerja.
Weh, bangla pun cuti la.
Yela, aku Malay bukan bangla.

Kau kerja hari ini?
Kerja.
Hari Buruh pun kerja?
Aku bukan buruh, kena la kerja.

Hari Buruh bersama google.

Aku benci cuti umum. Cuti umum adalah hari wajib aku bekerja. Hari cuti umum bukan hari bahagia buat aku, hari cuti umum juga hari paling bernanah telinga pabila jiran-jiran bawah rumah ni suka melalak tak sedar azan Zohor dah panggil. Karoake tak OKAY. Azan berhenti tak sampai sesaat kau sambung balik. Aku benci hari orang bercuti. Sampai aku sendiri pun lupa hari ini hari apa? Oh, Isnin. Bermakna ada dua hari lagi aku bekerja sebelum bercuti. Lewat dua hari dari Hari Pekerja. Jadi, dua hari lagi baru Hari Pekerja itu dapat kusambut. Lewat sedikit tak jadi masalah bukan?

Pergh, kau kerja mesti masyuk kan?
Masyuk giler. Sampai setiap bulan kais megi makan megi.
(Takyah nak cakap masyuk sangat, gaji tetap ciput. Orang kerja kilang pun boleh makan McD hari-hari)
Oh, ya. Selamat bercuti la kepada semua pekerja, budak-budak sekolah, penjual-penjual makanan dan seangkatan dengannya. Aku memang suka 'bercuti' di kantor saat orang lain 'bekerja' di rumah.

Wednesday, November 3, 2010

Baca kamus

*Gambar ihsan inche google*

Aku menunduk, menghayati ayat indah tulisan Hlovate.
Secara tiba-tiba aku ditegur oleh satu suara yang agak mengejutkan aku.
Bos besar En. F.

"Hang cari perkataan apa?"
"Mana ada cari, saya baca,"
"Hang baca kamus?,"
"Bukan kamus En. F,"
"Aku ingat hang baca kamus. Dasyat hang,"

Serentak aku dengar ketawa dari dua tiga orang rakan sepejabat di kiri, kanan, depan
dan belakang aku.

Boleh tahan lawak bila En. F fikir aku sedang khusyuk cari perkataan dalam kamus.
Padahal aku sedang enak baca novel Hlovate. Haha.

P/S : Nasib baik tak kantoi main facebook dalam opis.