Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Friday, August 19, 2011

Asal siap

Lewat kebelakangan ini, aku mula menyedari segala kerjaan yang aku lakukan hanya sekadar asal siap tanpa memikirkan impaknya kepada khalayak. Hari-hari aku menjalani rutin sama dan ia kadangkala menerbitkan rasa jemu yang tidak berkesudahan. Walau sudah melebihi 365 hari, masih mengukir tawa dan senda, namun percayalah, peluang merasai pengalaman yang baru itu sudah lama ku tagihkan. Melakukan kerja asal siap tanpa memikirkan impak dan rasa kepada khalayak adalah satu hal yang sia-sia. Dan, aku kesal yang itu. Aku sudah lupa apa yang seharusnya khidmat aku dicurahkan. Aku seharusnya lebih bertanggungjawab dan memberi sepenuh jiwa dalam setiap kerjaan yang aku lakukan. Namun sayang, ia tetap sia-sia. Terlalu memikirkan masa dan ruang berlibur dengan menyegerakan kerjaan itu menjadi rutin paling terhina. Aku masih bernasib baik, kesilapan besar masih belum mula bermain-main mesra. Belum hari ini, boleh jadi esok? Jadi, dengan bersaksikan sekalian alam, tekad sungguh-sungguh aku untuk lakukan kerjaan dengan penuh jiwa. Harap permulaan penghulu hari memberikan fokus yang tinggi untuk aku menyunting berita dengan sebaik mungkin. Kepuasan khalayak itu kepentingan. Aku tidak mahu disalahkan kerana menjadi penyampai yang kerjaannya asal siap.

36 comments:

muhamad hanif said...

oihhh,


kerja asal siap ni dah sinonim dgn orang melayu, So renung2 kan dan selamat beramal yaa =)

hanaahmad said...

muhamad hanif : habis kena tarbiah la aku ni dengan kau? ekekeke

Amna.Qadeeja said...

selamat maju jaya ya ! ;)

Pocket said...

kerja asal siap selalu bermain didalam rutin harian mereka yang berkerja dalam organisasi, dimana pengguna akhir tidak bertemu muka dengan sipengadun tepung, si tukang assembly gula merah, si tukang rebus, si kukur kelapa.

pikirkan kamu pembuat buah melaka yang menjual secara terus. kamu pasti stress...
takut dibaling ngan buah melaka pada besok harinya :D

atiqa aris said...

tawu tape kadang2 sy pon wat gak coz byk sangat benda nak wat.so maen bedal je,asal siap da,x sempurna pon tape.huu

ghost writer said...

sebab itu bila melakukan hal yang demikian,biar kerja sudah siap tapi hati masih lagi diulit resah.

miss inna said...

" yg penting kerja aku dah siap"
kadang2 inna pun mcm tu juga..sambil lewa dlm buat kerja...iesh3x!

tieykah said...

jangan amalkan hana.biar lambat,asal selamat.biar lambat,asal kepuasan khalayak itu terjamin

dill said...

saye harap saye boleh menyiapkan satu2 kerja itu sesempurna mungkin. tapi masih ada jua cacat celanya.

dill.

delarocha said...

buat kerja sehabis baik.. cuba untuk memenuhi tuntutan dan amanah... baru senang hati.

Waqheh said...

siap bior jgn sampai kena hisap..yg penting kualiti kerjaan bkn kuantiti...

CassiaSiamea said...

asal siap lg bagus dr x siap siap

semoga berjaya ngan azam baru..

ORLANDO AHMAD said...

laling, bila nak buat sesuatu, niat bahawa itu semua ibadah, baru kerja jadi lebih solid, hehehehe

eLL said...

asal siap sebab terlalu banyak sangat kerjaan yg menunggu, bertimbun-timbun. nak kejar dateline lg

shandye. said...

orang yang kejar deadline terus terkejar-kejar.

orang yang tetapkan deadline tersebut hanya tahu rekues.

aku lempang laju-laju karang!

bujal X said...

asal siap tiada silap.itu pun sudah cukup bagus~he~~

Akulah Pak Lan said...

Aku dah lama tak buat kerja tapi dapat gaji jugak..haish!!! tak suka..

hanaahmad said...

Amna.Qadeeja : ya, terima kasih! :)

Pocket : aku tak faham apa yang kau cuba sampaikan. maaf. :)

atiqa aris : aku asal siap, tapi alhamdulillah masih sempurna.

ghost writer : hihi, aku bila sudah siap, hati sudah gembira, langsung tidak resah. teruk bukan?

miss inna : hihi, susah nak kawal. :)

tieykah : kalau lambat kena marah dengan bos, aku kejar dateline. hehe

dill : iya, aku doakan kau sempurna segala. :)

delarocha : ya, insyaAllah. moga dipermudah segala.

Waqheh : ya, kualiti itu sememangnya penting.

CassiaSiamea : siap itu perlu. aku dateline hari-hari wo.

ORLANDO AHMAD : ye laling, itulah niatnya.

eLL : aku nak siapkan cepat sebab nak kejar dateline.

shandye : kau memahami. tapi kerjaan aku sememangnya memerlukan dateline.

bujal X : hehe, janji siap ye dok. :)

Pak Lan : alhamdulillah aku tak sebegitu. :p

ifwat said...

untung asal siap.. dari yang tak siap-siap? hehehe :D

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

choki pom cam tu jgk kadang2 .

pk siap je .

hehe

:)

SYARIFF HAIKAL said...

asal siap..kita lekas jemu bila berhadapan dgn benda yg minatnya kita kurang pasti...ikhlas dlm bekerja itu mmg idaman stp insan namun nafsu itu kdg buatkan ramai yg tewas..

Faraa Eiman's said...

aku kadang2 buat kerja pun separuh hati , tu yg tak siap , haha

APi said...

bila itu yang sering dibuat hari-hari seolah-olah sudah biasa dengannya lalu dibiarkan ia seperti mana sebelum-sebelumnya..

WOLFMAN said...

sama dengan kerja aku sebelum ni. hari2 dengan rutin yang sama sampai rasa bosan dan kadang2 boleh tertekan sebab bosan. last2, aku cari kerja lain.

amir aizat said...

semoga dipermudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat,insyaAllah

KeTaM_BaTu said...

asal siap... urm, kalau takde kualiti takde makne bagi ketam batu.

hidayahjamal said...

keje xsiap jgn balik < teringat kan kata bos aku dulu, samat berpuasa ari yg ke10 terakhir bln ramadhan :)

Liyana Zahim said...

Tdk mengapalah.. Sy akan mjadi asistant editor anda.. Buleh? Sy hebat jugek mengedit tp yg pjg jd ciput yg ciput jd siput.. Haaa pk la.. Ambik mase ambik mase~

Elie Lily said...

lagi baik dari melangut sampai kerja tak siap kan? :)

anamizu said...

"siapkan keje tu dulu baru berfesbuk" <--selalu dgr mak bebel kat adik..hehe

DamaVK said...

gud2... keikhlasan bekerja membuatkan hati terasa puas... huhu.. salam ukhuwah:)

Encik Psychopath said...

curahkan keikhlasan dan kasih syg terhadap suatu tugasan. nescaya tuhan akan membalas dengan rezeki yg selayaknya kamu terima.

hanaahmad said...

ifwat : betul tu. :)

choki : sama lah kita. :)

syariff haikal : dan aku hampir tertewasa dek nafsu sendiri.

Faraa Eiman's : tapi alhamdulillah aku siap.

Api : hari-hari buat, still kena siapkan juga.

WOLFMAN : aku terasa mahu kerja lain, tapi masih sayangkan profesi ini.

amir aizat : ya, terima kasih. :)

ketam batu : kualiti tu penting, tapi sayangnya masih kekal berdegil.

hidayahjamal : aku kena siapkan keja juga, kalau tak newspaper printing kosong la tanpa berita.

Liyana Zahim : hehe, aku pun baru jadi sub-editor. belum layak untuk ada assistant wey. :)

Elie Lily : memang takkan melangutlah. hehe.

anamizu : fb ni dah jadi fenomena. melalaikan.

DamaVK : ya, salam ukhuwah kembali. :)

Encik Psychopath : iya, insyaAllah. :)

dayya said...

siap, dan perkemaskan.

:)

cEro said...

itu selalu terjadi bila kita dibeban dengan kerja yang sama dalam tempoh yg lama..
byk berlaku di kalangan pemandu teksi..
cuba cari motivasi lain, dan dalam masa sama kembangkan bakat dari takuk lama..

~Kenanga Suchi~ said...

sama seperti aku juga.
asal siap selalu.
harus ubah.
pasti.