Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Thursday, October 20, 2011

Cuaca

Awan mendung siang tadi kelihatannya sudah tidak tertahan sehingga memuntahkan segala isi membasahi bumi yang kian menyedihkan ini. Cuaca yang tidak menentu seolah-olah menemani hidup orang bujang seperti aku. Berkecamuk dan menyedihkan. Jika ditanya soal kerjaan, peratusan mereka-mereka yang memahami waktu kerja aku adalah kurang dari lima persen di mana walau sudah seratus kali difahamkan, mereka tetap susah untuk mengerti. Barangkali, aku yang tidak pandai memahamkan orang atau mereka itu sendiri yang malas hendak ambil pusing. Memasuki kerja lewat waktu makan tengah hari manusia lain dan pulang ketika orang sedang nyenyak tidur, itu waktunya. Biasanya, soalan perihal bekerja mengikut 'shift' sering menjadi tanda tanya tapi jawapan kekal aku adalah; itu memang waktu kerja harian aku dan titik. Setahun lebihnya aku hidup begini, jujur ia cukup memberikan bahagia dan langsung tidak timbul sesal. Jika ditanya tentang kehidupan, pantas jawapannya; aku sedang bahagia bercinta dengan kerjaan aku ini dan jangan sesekali memusnahkannya. Dan, kurang dari bulan sahaja, kali ini aku sekali lagi diselimuti mukus untuk sekian kalinya. Ya teruskan kata aku 'workaholic'.

39 comments:

Nur Aizureen Md Zahir said...

musim hujan tgh murah. hari2 menitik ke bumi. moga takda yg menyumpah. sebab nnt bila hujan jadi mahal, mereka minta ia turun semula :P

*sejuk ~!! kt kampus nk blajo pon rasa tak semangat..tido syokkk lagi kot..haha

Arai Lekir said...

kerja shif tengah malam ke ? bunyi macam menarik

ghost writer said...

maaf,hana.kalau aku ada di antara orang-orang yang tak faham2 tentang kerjaan kau.

teruskan dengan apa yang kau fikir itu terbaik untuk kau.

ghost writer said...

hey,biar apa pun,kita kena hepi kan..

:)

APi said...

maaf bertanyakan soalan itu terusan walau dah berulang kali kau cuba untuk fahamkan..
salah aku..
dah tahu masih bertanya..
dah tahu masih ingin tahu..
dah tahu masih buat buat tak tahu..

~SaL IjOu~ said...

aku fhm itu.aku pernah alami situasi yg sama.terus terang sbg org bujang..aku menikmati saat itu..punya waktu kerja tidak sama dengan yg lainnya..aku paling suka bila turn aku keje shift mlm..aku rasa lebih tenang..separuh hari org da bekerja,aku baru menapak keluar..org nyenyak tidur aku baru menguak pintu memasuki rumah..& penah juga, bila saat org nyenyak tidur aku sudah terpaksa keluar..& pulang siang hari kemudiannya~

hampir 3 tahun aku begitu.. cuma skrg Allah memberikan aku peluang baru..tp aku x pernah sesal dgn apa yg penah aku lalui dulu..bahkan aku menikmatinya~ =)

Pocket said...

kerja shift yang pelik,
masuk keja tengah hari ker?
ada jgak tempat cenggitu kan :D

well utk kilang, selalunya pagi n petang jer la masuk keluarnya kan :D

pocket sekarang night shift!!

beautiful_rose said...

itu jenis soalan yang selalu buat kan aku rasa bosan.kadang2 aku rase seperti sindiran dan penghinaan.dan selalu juga aku di pandang rendah oleh sesetengah orang kerana berstatus "kuli bawahan"

tapi aku tak peduli,aku cari rezeki dengan cara yang halal.dan paling penting majikan membayar aku mengikut waktu.bukan luak duit diaorg pun.

FaizalSulaiman said...

selemat meneruskan kerja hana.anggap diri istimewa sebab tak ramai yang bekerja malam

orlando ahmad said...

teruskan ape yg bleh membahagiakan kamu

Nazz@Purple said...

selagi bujang..teruskan workaholic tu...;)

Waqheh said...

musim hujan tengah galak. kot sini hujan galak time gua nak balik kerja..walaupun hujan gua tetap datang kerja tak macam sekolah dulu pantang hujan sure ponteng punya...

Liyana Zahim said...

Hari tu tnye editor, die ckp yg kije kat sinar harian msuk kije kol 12 kan? Ke kol 2.. Lupela.. Btol ke?

Niena Pengembara Ilahi said...

^.^


tapi skrg mmg musim hujan & ribut..

hidayahjamal said...

keje tp solat doa jgn lupa

noraauliyya said...

akhir tahun mmg musim hujan .

EZAN IDMA said...

kerja. slagi hidup memang kene kerja. aslkan kita suke kerja kita, tapi kesihatan jgn lupe ya Hana :)

Akulah Pak Lan said...

Aku cukup tak suma kerja shift sebab susah nak berdunia dengan org lain

shandye. said...

hari itu aku sudah siap2 mahu keluar. tiba-tiba hujan lebat pula. aku hantar sms pada dia, bilang aku lambat sebab hujan. dia kata tak apa sebab dia pun baru bangun tidur gara-gara terlelap syok dibuai hujan.

ceh.

Alkisah said...

i love my job too

delarocha said...

yang penting gaji masuk hujung bulan.

pembaris said...

bukankah masa interview cakap tak kisah nak kerja waktu mana pun

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

teruskanbekerja jika ea membahagiakanmu :)

hiro said...

hujan meredupkan rasa.

Addin said...

hujan jangan lupa bawa payung :)

jeBateja said...

wahhh...kalau mcm ni....mcm ne nak cari pakwe.....ahakz....

errr...jenis apa kerja yg mcm tu erk...ala...ala...wartawan ke..??

eLL said...

hana, keja shift kamu 2 shift atau 3 shift?

Juno said...

hujan hujan hujan.
rahmat.

dulu aku juga macam kau.
bertabur rutin tidur aku.

tapi nampaknya kau suka gaya begini.
jadi teruskanlah buat apa yang kau suka.
biarlah orang nak kata apa.

HEROICzero said...

kurr . kurr . kurr .


ah aku cuba buat bunyi burung hantu . abaikan aku .


jaga diri . =)

Pondok Usang said...

Mengapa tiada yang bertanya tentang awan yang mendung itu.. Andaiku dapat menganyam awan gemawan.. pastiku jadikannya selendang yang setia menyelimutimu...

ekmal said...

hari2 ujan..lagi2 time mlm..sedih, sbb ssh nk gi mkn..huhu

syahirooAhmad said...

:) coretan terbaik sepanjang zaman from cik hana.. i like~

ctk said...

sabar ye..yg penting rezki masyuk :)

muhamad hanif said...

biasalah manusia, permahaman mereka berbeza. Kadang cepat paham., kadang lambat. Sabar.!

♥ MS ♥ said...

good luck :)

hanaahmad said...

Nur Aizureen Md Zahir : husyh..aku suka tidur! haha.

Arai Lekir : tiada istilah shift. memang kerjaan aku mulanya petang dan pulangnya malam. sekali lagi kau menambah jumlah orang yang bertanya soalan yang ama.

ghost writer : ya, aku gembira di sini. :)

APi : memang ramai yang susah untuk memahaminya. aku tak marah. :)

SaL IjOu : aku hari-hari kerja malam. :)

Pocket : ya. masuk jam 2ptg. :)

beautiful_rose : jika aku sebut apa kerjaan aku, orang mesti faham. masalahnya aku malas nak terangkan lebih-lebih. :)

FaizalSulaiman : ya, aku sedang menghargainya.

orlando ahmad : rindu abam lando! :)

Nazz@Purple : nah...kau juga kata aku workaholic. :)

Waqheh : haha, kerja dapat duit. sekolah boring ye dok?

Liyana Zahim : 2ptg. :)

Niena : yup. hari-hari edit berita ribut.

hidayahjamal : itu kewajipan dan tanggungjawab. insyaAllah.

hanaahmad said...

noraauliyya : tengkujuh.

EZAN IDMA : aku suka kerja tapi kesihatan tak berapa suka dengan aku. :)

Pak Lan : sekali lagi, aku bukan kerja shift. tapi memang waktu kerja aku begini. :)

shandye : cemburu kan. :)

Alkisah : :)

delarocha : ya, benar.

pembaris : iya, dan aku memang sejak awalnya sudah memilih bidang ini. jadi terima seadanya.

choki : ya, sedang.

hiro : membangkitkan selera tido.

addin : tak keluar dari kantor pun. :)

jeBateja : ya, dalam bidang kewartawanan. ada kaitan. :)

eLL : tiada shift. memang kerjaan aku masuknya waktu petang hari-hari.

Juno : ya, gitulah. :)

HEROICzero : tapi aku masih tidur malam. :)

hanaahmad said...

Pondok Usang : pasti nyaman hidup dengan selendang manismu itu. :)

ekmal : kasihan kamu. hujan rahmat tu.

syahirooAhmad : terima kasih dan aku masih rasa ia belum capai tahap itu. :)

ctk : alhamdulillah.

muhamad hanif : jika 10 kali pun payah jugak kan. :)

MS : terima kasih!

Bidadari Syurga said...

awak... kita dah lama tak workoholic... rasanya bahagian kita nak rasa kerja yg bagus atau hebat... turun kat anak-anak kelak....