Syukur, permulaan dua purnama pertama untuk tahun ini sedikit berwarna buat manusia yang jiwanya rapuh, hatinya kaca seperti aku. Sedikit lari dari kebiasaan, masa-masa luang yang sering dirajakan di sini sedikit berkurangan dek kebiasaan yang aku gubah demi satu hal yang lebih positif di dua ribu dua belas ini. Ketepikan perihal itu. Awal ini sahaja, ada beberapa hal yang sudah cukup-cukup mengukir sedikit bunga bahagia buat bekalan hari-hari yang bakal aku lewati. Mudahnya hidup, manusia sebagai makhluk sosial; yakni kelilingnya adalah masyarakat yang harus kita gauli dan mengait tali-tali persahabatan dengan selayaknya, juga sejujurnya. Syukur untuk kedua kalinya, warna dunia aku masih belum kelabu penuh lagi, malah semakin berwarni melebih tujuh warna pelangi sedia ada. Jujurnya, ada hal boleh kita kongsikan di umum, namun ada juga harus disimpan senyap-senyap, biar hanya kita sahaja menjadi tempayan simpanan. Syukur untuk ketiga kalinya, aku punya teman-teman jujur yang yang tidak pernah lupa untuk saling berbagi masa dan ruang untuk aku berkongsi rasa. Tuhan itu sentiasa baik-baik untuk kita, Dia sentiasa ada untuk kita. Jadi, harus menikmati hidup dengan rasa syukur supaya Tuhan tahu, kita tidak pernah lupa tentang erti hidup. Bersenang-senanglah untuk itu. Senyum. :)
#Pre-order untuk buku IFall boleh dibuat sekarang, lanjut ke KeratStudio.
Showing posts with label IFall.. Show all posts
Showing posts with label IFall.. Show all posts
Sunday, March 4, 2012
Saturday, February 18, 2012
IFall.
Walau berkali-kali aku jatuh, maka lebih berkali-kali aku akan bangun untuk terus hidup.
Ketika ditawar untuk menjadi sebahagian daripada mereka, aku sedikit teruja dan gembira; sementelah mimpi-mimpi kecil untuk membukukan penulisan yang hanya picisan ini aku fikir barangkali hanya satu angan-angan usang yang telah lama dibiarkan sepi. Jujur kata, aku sedikit tertekan bagi menyudahkan dua kisah yang berpaksikan pada satu rasa ini. Ketepikan sahaja segala rintangan remeh yang aku lalui, syukur ia selesai dengan sedikit keringat.
Buku yang diberi judul IFall ini menghimpunkan 21 pengkongsi rasa terdiri daripada mereka; april, KHRLHYSM, Amiey White, nasyrun, Gajah Putih (Abu Abbas), Rifa Johan, Qiez Medusa AR, Isaac Ismael, KarlAzman, M. Faiz Syahmi, Azreen Yusof, Hanif Boey, Zoul Yazix, Ghost Writer, CassiaSiamea (Penjuru Kosong), Niya Adriane, Martini Muaz, Izza, Fza Ibrahim, Lucifer dan Hana Ahmad.
Difahamkan IFall; mozek pertama untuk IRise : The Chronologies ini bakal panas di pasaran awal Mac ini. Maka, untuk kalian yang mahu sama-sama merasai kejatuhan dari sisi manis, pahit ataupun segala macam rasa yang ada; terus langsung ke https://www.facebook.com/IRiseTheChronologies. Aku yakin IFall bakal jadi santapan enak untuk dihadamkan kenyang-kenyang. Moga-moga.
Sumber; 6ratus6puluh6.
Labels:
aku.jiwa.seni,
IFall.
Subscribe to:
Posts (Atom)


