Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Thursday, March 15, 2012

Kesan paling tajam.

Hari itu adalah hari yang panjang lain dari kebiasaan. Minda dan tubuh aku seolah-olah disuntik sukrosa yang berlebihan menyebabkan ada perilaku hiper yang kurang kawalan. Menjalani rutin biasa dengan menyunting bahan-bahan berita adalah tanggungjawab insani juga rezeki yang harus aku kerjakan buat isian perut di hujung bulan nanti. Hari itu, hari yang paling sebal aku kira, selain tahap sukrosa yang seolah-olah menggila, aku juga terbeban dek energi tubuh yang digunakan enam hari tanpa henti. Penat dan sedikit hilang. Suntingan yang harus disudahkan aku segerakan agar bebanan otak tidak terus ditujah keras apatah lagi aku sebenarnya sudah sedikit muak dengan rutin harian yang kini seolah-olah menjadi kepingan hidup yang sedikit kosong. Dengan hati-hati yang penuh berhati-hati, kerjaan dibereskan seperti kebiasaan. Syukur ia siap. Hati senyum-senyum dan malamnya lekas-lekas aku keluar dari kepungan yang menyesakkan selepas enam hari terkurung dengan kerelaan. Bebas dan minda langsung menjadi ringan tanpa bebanan.

Esoknya, ada panggilan yang sedikit menjatuhkan. Sedikit terkilan. Seringkali berhati-hati pun belum tentu ia sempurna. Dan diakui, aku hilang fokus. Musibatnya, aku menambah satu lagi pelajaran dalam hidup untuk belajar dari kesalahan yang dilakukan. Moga ia menjadi kesan paling tajam buat manusia seperti aku yang sentiasa hilang dalam keramaian.

27 comments:

semutsengal said...

barangkali, kesalahan kesalahan yang dtg tu, mengumpul satu pengalaman untuk menjadi lebih baik pada masa depan.

Misya Mialen said...

Kesempurnaan susah dipastikan untuk semua org hana. Itu tidak mengapa, mudah-mudahan, kita belajar dari kesilapan dan memberikan kesempurnaan yang paling cantik nanti.:-)

Wadi AR said...

akak, sy byk kali jatuh bangun. tp sy cool je macam takde perasaan. haha

ღKekunangpelangiღ said...

Tak semua perkara yang dirasakan betul itu betul.
kadang masih ada kekurangan dan kelebihan, kan? :)

Lan Bingka said...

sangat kecewa kalau segala usaha kita tak dihargai..

Unknown said...

hana. awk perlukan cuti barangkali? bali?

abgDude a.k.a kai said...

sabar atas dugaan yang datang...
ia juga akan mematangkan diri kita..


=Jom Tengok===

http://kaiakihiro.blogspot.com/2012/03/review-7-petala-cinta.html

hani said...

waktu waktu kita rasa selesa tulah sebenarnya waktu-waktu harus untuk hati-hati. waktu untuk bersenyum senyum, rupanya harga awal yang dibayar untuk durja masa depan.

pun begitu, Allah maha Besar kuasaNYA.

tieykah said...

Sila jadi kuat k syg:D

~Sal Ismail~ said...

jom lepak2 dgn aku~ ^^

pembaris said...

tenangkan hati.nanti lagi banyak buat silap

cEro said...

Kesempurnaan adalah seperti galaksi bukan bima sakti.
Kita tahu ianya ada, tapi mencapainya satu kemustahilan.
Teruskan berbuat apa yang patut dibuat.

Telor Power said...

hana: jgn pernah cuba hendak mengalah...hidup ini adakala mudah senang, adakalanya ia susah dan perit

APi said...

jangan kau hilang dalam keramaian kerna nanti jadi tak ramai pula..
kakaka

SYARIFF HAIKAL said...

kau pt sejukan bdn dgn ABC sek 2..

ZULHILMI TEMPOYAK said...

kesemua itu. bisa disettle dan diteladani..

walaupon gue ngak bisa paham sgt. heeee

ewanthology said...

travel jauh minggu ini... energy saya juga hampir kehabisan

HanisLazimAndTheShaklee said...

belajar dari kesalahan satu pengalaman kann

Unknown said...

hadapinya dengan tenang okay sis

Juliet_iRa~" said...

hana kuat dan tabah k..!

mohon semangat dari Allah..moga hana sentiasa bersemangat menghadapi ujian y mendatang..:)

MalizaMah said...

apa yg awak coretkan di sini, adalah apa yg berlaku dlm rutin hidup awak?

hC said...

aku pun sentiasa sesat dalam keramaian. mcm norma.
selalu juga jatuh akibat kecewa.
tapi,mak aku pesan,
yg Di Atas sentiasa perhatikan dn mendengar .jgn lupa mendongak.

semutsengal said...

hai akak hana, masih terkesan ?

ch000tz said...

moga yang terkesan dan dikesan itu berlalu dengan hati yang tenang :) chill...

hanaahmad said...

semutsengal : kesalahan masa lalu itu sebenar-benarnya pelajaran paling bernilai.

Misya Mialen : tidak terlalu mengharapkan kesempurnaan, asal ia masih cantik dan membahagikan, cukup. :)

Wadi AR : mungkin jatuh bangun kamu itu tidak seteruk aku adik. :)

Kekunangpelangi : ya, kesalahan itu pun boleh jadi betul.

Lan Bingka : sangat, tapi masih boleh dijadikan pendukung semangat. :)

EZAN IDMA : sangat perlukan. tapi aku masih berdegil.

kai : pengalaman banyak memberikan aku kematangan. mewah.

hani : Tuhan sentiasa ada. :)

tieykah : sedang sayang. :)

SaL IjOu : mari Sal. :)

hanaahmad said...

pembaris : banyak lupa Tuhan, barangkali sebab itu hati aku tidak tenang. ;(

cEro : asal ada usaha, kesempurnaan itu tidak perlu menjadi satu tingkat kewajiban pun kan. :)

Telor Power : sedang bermusuhan dengan putus asa. moga ia kekal menjauh.

APi : aku sering begitu api. :)

SYARIFF HAIKAL : kau mahu belanja?

zulhilmi tempoyak : tepat. :)

Ros : salam perkenalan. :)

hanaahmad said...

delarocha : perlukan rehat secukupnya wahai bakal pengantin. :)

aniswany : pelajaran berharga.

Fara E's : sedang bertenang-tenang.

Juliet iRa : ameen. doa juga buat kamu teman. :)

Alieza Dayasari : ya, segalanya perihal sekeliling saya. :)

C : angkat tangan dan mohon pada Dia, pasti mendengar. Indeed. :)

semutsengal : masih. :)

c'axoera : alhamdulillah. :)