Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Monday, March 19, 2012

Impresi pertama kali.

Kita tidak punya apa-apa magis untuk mengetahui perihal seseorang itu hanya tanpa kita mengenali dia secara mendalam-dalamnya. Dalam sesebuah perhubungan sesama manusia lain, aku sering membazir masa dengan menilik manusia yang aku kenali, atau manusia yang aku jumpai hanya melalui komunikasi (sama ada secara verbal atau tidak verbal), melalui riak wajah yang dipertontonkan dan juga reaksi yang dibalas ketika berlakunya lorong komunikasi di antara satu sama lainnya. Dari penilikan itu, seringkalinya aku mudah menjatuhkan tanggapan awal tentang perihal mereka-mereka itu walau sebenarnya itu adalah satu hal yang terang-terangan salah. Sebenar-benarnya pun; kita tidak dapat kenal seseorang itu hanya kerna wajahnya yang mencuka ataupun riaknya yang menggila ataupun diamnya yang mewah. Secara adil, setiap apa-apa perhubungan sesama manusia yang harus utama kita pertikaikan selain sifatnya melalui impresi pertama kali, harus dilanjutkan ke satu fasa saling kenal yang kemudiannya baru wajar untuk dijatuhkan tanggapan; dia itu jenisnya begini, begini dan begini. Seperti peribahasa Melayu yang sering mewah di bibir-bibir kita, 'tak kenal, maka tak cinta'.

29 comments:

Lan Bingka said...

dah kenal belum tentu suka..hehe

delarocha said...

seelok eloknya... bersangka baik

Wadi AR said...

berkenal kenalan itu habit yg comel

Elie Lily said...

kenal-kenal itu perkara awal sebelum terjadinya sesuatu hubungan. :)

Misya Mialen said...

hihihi. kena cinta-cinta dulu hana;D

Telor Power said...

bagi aku....biarlah berkawan sampai betul2 kenal barulah bercinta, walaupun nampak kolot tapi ada hikmahnya juga disitu

zoul said...

tak semua pandangan pertama itu indah. gunakan setiap deria untuk mengenali. walupun gundah dan keliru, ikut kata hati. pandanglah ke hadapan :P

pemuzik jalanan said...

Kali pertama lihat saya apa agaknya tanggapan awak eh? 'Sopan budaknya'? Haha.

Manusia kan, fitrah la tu kak :)

APi said...

pandangan pertama itu tersangat plastik aku rasa..
belum dikaji ikatan polimer berselerak lagi..
kakaka

hanjila said...

ada org yg sering menghancurkan impresi pertama tanpa dia sedar. dan tdk adil jika kita terus menghakiminya...

jeBateja said...

den selalu mcm tu....ada pekerja baru yang kureng sket den mula marahkan bos....TAPI lastnya..pekerja yg kureng tu lah yg paling rajin dan mendengar kata....emm..itu atas pengalaman sendiri

Aween Md Zahir said...

aku, mudah jatuh kala pandang pertama..hehe ! tp betul saying 'dun judge a book by its cover' wawawa ;p
bisa terjadi kita suka pada yg tak kenal. benci pada yg kenal. Hanya DIA tahu :)

rafiq said...

susahnya nak faham entri yang ni.. tinggi sangat bahasa..huhuh

pembaris said...

pandangan berubah ikut keadaaan

hani said...

first impression memang sentiasa salah. pasti akan ada sesuatu yang berubah.

Cik Jannah said...

first mpression. hehehe. kdg2 tgk baik, tu la jahat. hehe

Neiaa said...

itu keadaan biasa

ghost writer said...

yezza! itu yang notabenenya, hana. ada lanjutan dari perkenalan pertama. :)

Juliet_iRa~" said...

setuju..

1st impression tak mencerminkan peribadi org tu y sebenar..:)

kenal2 la dulu b4 buat kesimpulan kan..heee

Akulah Pak Lan said...

Judge nothing in friendship

LidiaSuraya said...

nampak yang kelebihan more than keburukan. insyaAllah semua go smooth n happy happy. Jangan sesekali judge orang tanpa kita kenal. kan?

btw salam kenal.

semutsengal said...

nak paham orang mmg susah, kadang benda tu bukan tak perlu, cuma takyah beria sangat, yang penting jangan hipokrit =)

~SaL IjOu~ said...

selalu sgt terjadi begitu..yg pada mulanya nampak dingin itulah yg akhirnya paling rapat dgn aku~ ^^

intan.maisarah said...

Yg tampak dingin itu mungin bisa menghangatkan diri.

Rumah yang tampak mewah itu mungkin penghuninya sunyi.

Org asing itu mungkin lebih memahami dari kenalan rapat

Fasa berperingkat dlm persahabatan dan perhubungan.

c'axoera ヅ said...

tak kenal maka tak chentaaaa kot >_<

haikal blank said...

dengan adilnya, kurangkan impresi negatif, lebihkan yang positif. semoga kita juga dinilai positif oleh orang lain.

hanaahmad said...

Lan Bingka : Boleh jadi juga.

delarocha : manusia, :)

Wadi AR : hehe. comel lah kau ni. :)

Elie Lily : tepat. :)

Misya Mialen : menjalin persahabatan itu seawalnya. :)

Telor Power : betul-betul berkawan, dah suka terus kahwin. Itu bagi aku. :)

zoul : sedang memandang ke depan. :)

pemuzik jalanan : kali pertama saya lihat awak, "boleh tahan ngada budak ni," haha.

APi : kau dah semakin suka ketawa ya sekarang ni? :)

hanaahmad said...

hanjila : itu yang aku tekankan di sini, keadilan.

jeBateja : semua orang pasti punya pengalaman sebegitu. :)

Aween Md Zahir : Tuhan maha mengetahui. :)

rafiq : cuba hadam perlahan-lahan. :)

pembaris : boleh jadi.

hani : selalunya. :)

cik jannah : kadang-kadang. :)

Neiaa : jadikan luar biasa. :)

ghost writer : apa notabenenya tu Phan? Aku mahukan perkenalan pertama yang akan menjadi terakhir. Kapan bila ya? :)

Juliet iRa : selalunya ia mengambil masa.

hanaahmad said...

Paklan : tepat.

LidiaSuraya : salam kenal kembali. :)

semutsengal : hipokrit itu pasti ada dalam diri semua orang. aku yakin.

SaL IjOu : dan aku selalunya berbeda dari itu. :)

intan.maisarah : dan yang diam-diam ubi itu berisi kan. :)

c'axoera : itulah yang diperkatakan. :)

haikal blank : ya, itu seharusnya.