Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Thursday, March 8, 2012

Kelupaan.

Angin lewat ketika ini sedikit mendung dan berangin selain turut dilimpahi hujan yang disyukuri sekalian makhluk menjadikannya rahmat Tuhan paling diangkat-angkatkan. Waktu-waktu sebegini adalah saat terbaik buat aku menghargai hujan bersama haruman buku-buku yang kian membukit di pustaka kecil rumah. Beberapa hari yang lepas, ada dua hal yang membuka sedikit ruang fikiran aku perihal hubungan manusia dan Tuhan pencipta alam yang sering tandus dan pincang dek keghairahan makhluk sosial yakni manusia yang sering dahagakan nikmat dunia melebihi segalanya. Sudah diterang-terangkan, sememangnya kita termasuk aku sendiri adalah orang yang sering mahukan waktu libur dan hiburan yang tinggi bagi mengimarahkan hidup yang dipinjamkan sementara buat kita-kita yang sering alpa. Jujur kata, aku masih tidak punya tahap keimanan tinggi yang boleh dibangga-banggakan. Malah, aku juga manusia kerdil yang kosong dan gersang, yang mahukan cahaya penuh untuk dijadikan bekalan kehidupan selepas mewah berlibur di sini. Lebih tragisnya, sebenarnya kita-kita ini buta dan perlukan mata serta tongkat sebagai pembimbing ke arah jalan yang hendak kita tuju. Pilihan itu ada. Dan sebenar-benarnya pun, tiap-tiap apa yang kita lakukan, dalam apa-apa hal, atau apa jua cara, atau apa jalan yang kita kehendakkan; pertama-tamanya adalah harus ingat Tuhan.

38 comments:

Rain said...

masih baik dan beruntung mereka yang ingat apa yang mereka lupakan.

kata-kata kamu selalu mengagumkan aku, hana.

pepol said...

jangan lupakan sang Pencipta

EL MARIACHI said...

demi masa manusia sentiasa dalam kerugian melainkan mereka yang tahu...

Misya Mialen said...

Insyallah, dgn ingat Tuhan, hati kita akan selalu bahagia:-)

syafiqakarim said...

jangan sesekali lupa padanya.

hani said...

kerana itu disuruh lekas2 baca doa bangun tidur waktu mata terbuka. dan solat subuh sebagai pemula hari. kerana ya, pertama-tamanya memang wajib mengingati tuhan
:)

semutsengal said...

um,

aku jua kerdil. sangat sangat. Iman sedikit cuma.

ghost writer said...

itulah kesimpulan yang terbaik; jangan pernah alpa pada Tuhan. cukuplah selama ni kita menjauhinya. (aku pun sama..uh)

pembaris said...

gersang dah hujan adalah dua perkataan yang tak patut ada bersama-sama dalam satu perenggan cerita.hoho

Hafizin Jamil said...

ye..yang pertama tamanya adalah harus ingat tuhan..

dill said...

terima kasih Tuhan :)

dill.

Ayie Abas said...

ingat Allah memang pertama-tama yg seharusnya kita utamakan. malah ironinya semua makhluk tak kira besar atau sehalus mikrob semuanya barhajad kpd-Nya.

APi said...

ingat mengingati kerna kita sesama insan..
bukannya saling troll bila ada orang buat kebaikan.. =)

Wadi AR said...

heee :)

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

Pertama kita hidup pun dari TUHAN. Harus berbudi sama TUHAN! Kan?

delarocha said...

lebihkan masa mengadap Tuhan daripada mengadap buku buku.

Telor Power said...

:)

~SaL IjOu~ said...

sbb itu perlunya muhasabah diri..kerana kita ini manusia yg sering2 melakukan kesilapan..smoga kita sentiasa ditetapkan iman~

miranadia said...

aku juga suka menghargai hujan dengan buku2....

manusia alpa dengan syurga dunia
dan kita tak terlambat bila berfikir untuk berhijrah

Rtp Farra Arisha said...

yap, Tuhan lah yang membangkitkan segalanya, termasuk seluruh isi alam yang kita miliki sekarang. everything we do, we just remember the one and only Allah!

rafiq said...

sesiapa yang bersyukur dengan nikmat Allah, Allah akan tambah nikmat pada dia..

Lan Bingka said...

ingat mati..

pemuzik jalanan said...

Semuanya terletak pada diri kak, kalau masih punya rasa untuk perbetul diri, itu bagus. Sikit sikit. Manusia mana yg sempurna.

cik ciput said...

takut mati, itu ubatnya untuk dekat pada Tuhan...

si ngokngek said...

walau apa pun kita perluka-Nya,untuk terus teguh dari hanyut..

dunia ini hanya pentas dan bukan untk selamanya

Encik Psychopath said...

Hye kakak.

Teenager Housemaid said...

p/s: kak hana...terima kasih..:)

kita memang kena sentiasa utamakan Tuhan.:)

FazFau said...

Suka Hujan, tp kdg kala hujan buat saya sedih. Suka cerah...cerah boleh mengeringkan baju-baju, jadi saya gembira. Sorry cos singgah sini, komen sini, dan merapu disini...
BTW Nice Entry:)

http://ffbeauties.blogspot.com/

c'axoera ヅ said...

kekenyangan yang menyengalkan :p

Rapunzel Cikilolo said...

waktu hujan adalah waktu untuk berdoa :)

Liyana Zahim said...

Ish, susah gak jd editor ek? Libur2 sket pon takleh ke? Sekadar berjogin di tasik shah alam pun takde mase hek? Erk,,

ekmal said...

mal xtaw nk komen ape..sj nyibuk..haha

EZAN IDMA said...

ya. kdg2 iman yg ada terlalu rapuh. perlu sntiasa berwspada :)

aniswany said...

hana hana hana...

ayat2 sentiasa menusuk kalbu ;)
trigin nk jadi mcm hana

#sentiasa ingat tuhan ;)

Juliet_iRa~" said...

btol..

sentiasa ingat pada ilahi...

pilihan sentiasa di tangan kita..:D

ABU said...

belajar daripada kesilapan.. membuatkan kita lebih dewasa..niceee..

hanaahmad said...

Rain : terima kasih kawan untuk itu. :)

pepol : sentiasa jangan.

EL MARIACHI : moga aku tidak lupa akan itu.

Misya Mialen : aku dahagakan kebahagiaan hakiki.

syafiqkarim : moga Tuhan merahmati kita.

hani : ingat Tuhan sentiasa saat darah mengalir.

semutsengal : kita sama.

ghost writer : manusia tak lari dari kealpaan, kurang-kurangnya harus ada ingatan buat diri sendiri.

pembaris : aku ada nampak sedikit komen yang agak melucahkan di sini. ya benar? ;p

Hafizin Jamil : Tuhan sentiasa berada yang pertama di hati.

dill : syukur.

Ayie Abas : Tuhan itu kuasanya agung dan kita cukup kerdil bilamana ada masanya kita lupa Tuhan. Malu.

APi : ya benar APi. :)

Wadi AR : :)

hanaahmad said...

FIFIEYLYCHEE MARATION : Ya, benar. :)

delarocha : indeed. terkesan pada aku.

Telor Power : manis senyuman. :)

SaL IjOu : ameen, moga sentiasa ditetapkan.

miranadia : aku antara orang yang sering mendekati kealpaan, moga dipintukan hati untuk aku. ameen.

Rtp Farra Arisha : jalan terbaik untuk hidup, ALLAH.

rafiq : syukur.

Lan Bingka : belum cukup amal untuk itu. ;(

pemuzik jalanan : memang tiada yang sempurna, tapi jika punya sedar diri itu sudah bagus. syukur masih berpeluang merasai kekerdilan diri sendiri. :)

cik ciput : antara satunya. :)

singokngek : kau sudah pun nampak. syukur. :)

Encik Psychopath : eh, ada lagi?

Teenager Housemaid : sama-sama adik. :)

FazFau : :)

c'axoera : ada yang tidak kena di situ nampaknya.

Rapunzel Cikilolo : ya, itu benar. :)

Liyana Zahim : aku lebih memilih membaca dari berlibur di luar. Tapi, entry ini langsung tiada kena mengena pun dengan kerjaan aku cik editor. :)

ekmal : its okay ekmal. :)

EZAN IDMA : sentiasa berwaspada dalam apa jua cara yang kita lakukan. ujian Tuhan di mana-mana. :)

aniswany : syukur. kamu juga boleh buat kawan, menulis je. :)

Juliet Ira : semua ada pada kita. :)

ABU : tepat. :)