Semalam adalah puncak pada sebuah kehampaan yang membangkitkan kekecewaan, nanarnya perit dan terhiris. Dalam ruang masa yang semakin terhimpit, ada satu hal yang membuatkan emosi aku terganggu dan meninggalkan kesan yang pedih. Untuk apa yang akan terjadi atau apa sahaja usaha yang aku lakukan pun, berangkali ia kekal tidak akan merubah apa-apa. Dan, aku harus berpijak pada realis yang sedang bergerak dalam tempoh yang kata mereka; masih berbaki tiga minggu.
Kau tahu kawan, berada dalam ruang masa yang semakin mengejar dan menghimpit ini satu penyeksaan yang menyakitkan, malah kalau makin sesak di fikiran, ia boleh memuntahkan lahar yang panasnya membahang. Lebih peritnya lagi pabila mengenangkan apa yang akan terjadi pada hari-hari yang bakal aku lewati, tanpa mereka yang sering memenuhi kotak tawa aku sepanjang hampir setahun di sini.
Jika benar mereka mahu pergi, aku harus kuat dan mengiringi dengan senyuman walau pahitnya bakal aku telan bersama sakit yang memeritkan. Kuatlah!
60 comments:
aku tumpang sedih bila baca entry ni :| bersabarlah. itu sahaja yang mampu aku katakan.untuk menguatkan semangatmu,wahai rakan.
Tabah lah oiii.
Cmmnt here ;)
luahkan agar kau sedikit lega, sekurang2nya..langit tidak akan selamanya mendung..cuma ingin menanti sinar terang, mungkin sedikit masa diperlukan~
benar luahan demi kelegaan ...
hana kuat! kamon bebeh! u can do it!!
Kau punya semangat yang kuat..=)
kau tahu.. dalam 2 hari lagi.. rumah aku bakal kosong.. tinggal aku sorang.. semua balik.. aku sudah mulai rasa sunyi sejak seminggu yg lepas.. bila semua dah bgtau pasal depa dah beli tiket.. bersabarlah..
sabar ye kak. sabar
kamon!! be strong
hana, kuatkan semangat.
dill tahu kamu kuat.
dill.
As salam,
Kawan...dalam perit itu adakalanya kita merasa sangat terhukum...
Tak semudah kata yang dilontar, namun...tak semudah juga bahu memikul
Kuatlah, selagi kamu punya Jiwa..selagi itu kamu mampu menompangnya..Jiwa itu kekuatan jasad, tanpa Jiwa, jasad lemah..
Kuatkan Jiwa..hapirilah DIA.
Yang pergi itu akan kembali, atau akan diganti..percayalah.
Senyum okes :)
Mrka nak pindah ke? Takpe.. Anda mpunyai kenderaan utk melawat mreka smula.. Persahabatan dan perkawanan terjalin melalui hati dan hati.. Terpisah pergi ia sebenarnya dekat.. Terpisah dari dunia moga bertemu di sana negara hakiki.. Hapelah haku tulis ni..
pertemuan dan perpisahan adalah lumrah kehidupan... sabar ye
aku masih ada untuk menemani walau tak sama dengan yang bakal pergi.. =)
kuatlah jiwa..kau tak perlu rasa sedih,yg penting set otak untuk terus bangun dan gembira..tak bermakna yg pergi takda ganti kan..
sekuat mana dugaan itu, kita kena tempuhi juga..kuat semangat ya. luahkan la pd org lain biar beban yg dtanggung itu terasa kurang sedikit beratnya...
sekuat mana dugaan itu, kita kena tempuhi juga..kuat semangat ya. luahkan la pd org lain biar beban yg dtanggung itu terasa kurang sedikit beratnya...
Langit mendung, belum tentu akan turun hujan...
rasa perit kau, mungkin hanya sementara.percayalah, pastiakan ada sinar untuk kau kemabli tawa dan tersenyum satu hari nanti..nikmatilah hidup! =)
tabahkan hati :)
aku percaya pada hikmah. owh, dan kau macam sgt pandai menulis. #salute
1st,sememangnya penyeksaan itu menyakitkan.
walaupun berat kita terpaksa melepaskan mereka.pasti ada jalan hidup yang sudah mereka pilih dan persekitaran baru yang harus dinikmati.
senyumlah senyumlah ahai cek mek molek, kau lari laju mcm bolt tak ?
Err
kawan kamcing hana nak blah ke tempat lain ker? ermm
sabar byk2 k..
sedih plak bc entry ni...:(
be strong coz u r strong!
Takut untuk kehilangan bermaksud kita tidak redha dengan ketentuan
Gua pesan dulu winner never quit tapi hari ni gua nak pesan 'redah kasi pecah' :)
Everythiang happen has a good reason...uhukz....
one word utk kak hana,,,
SABAR!
membaca saja dah terasa sakit,
apatah lagi yg menulis .
sabar ;)
Semalam adalah puncak pada sebuah kehampaan yang membangkitkan kekecewaan, nanarnya perit dan terhiris. Dalam ruang masa yang semakin terhimpit, ada satu hal yang membuatkan emosi aku terganggu dan meninggalkan kesan yang pedih. Untuk apa yang akan terjadi atau apa sahaja usaha yang aku lakukan pun, berangkali ia kekal tidak akan merubah apa-apa.
entah kenapa,aku boleh relate dengan yang ini.
dan ya,ianya sakit yang memeritkan.mengetahui apa jalan yang kau putuskan pun,ia tak memberi kesan.malah lebih menyakitkan.
kelamnya mood kat sini.
hampa. kecewa. pedih. perit. serabut. sesak. kecamuk.
muat ke nak sumbat semua tu dalam hati, hana ahmad?
think positive :)
pilih lah untuk sabar atau terima semuanya. atau pilih untuk mahu rasa seksa sedih saja.
ohoo.. lama tak luah lontar kat kotak komen blog ini. maaf kan hamba :(
Allah menganugerahkan tahap kesabaran itu sesuai dengan kadar cubaan.
kau kuat
aku tahu
:)
berada di ruang masa yang terhad,
berada di ruang waktu yang sempit,
membuat dia dibelengu segala duka,
andai ruang dibesar setapak,
barangkali dia bisa berfikir seketika,
demi hubungan yang lebih abadi.
be strong.. langit tak selalunya mendung. =B
seharusnya kita memang kena kuat
:D
kaut kuat kuat!
jika benar suatu waktu dahulu dia harus pergi. aku sebtulnya pantas menghargai semua peluangku hana... kalau saja semuanya boleh diulang.
oh. sangat mendalam. suka ayat hana. sabar ye sayangg.
memang hidup ini tempat untuk kita di kejar di himpit..
dan memang masa itu tak pernah memberi peluang untuk kita berhenti rehat besama kit kat...
teruskan berlari kawan...
r u ok?
moga kau sentiasa kuat..
entah kenapa aku dapat rasa yang aku memahami perasaan ini, namun aku yakin situasi nya berbeza..
kuatlah ,
kesakitan pasti ada,
tapi masa berlari sentiasa ;)
puncak kehampaan.
aku pernah merasa dulu.pernah.
tapi tak usahlah. kalau sebab yang bernama manusia, tak usahlah.
letak Tuhan di hati, yang ada Tuhan dihatinya tak akan hampa perit terlalu lama. lekas naik semula
saatnya masa itu seperti semakin jauh dari kita,dan kita terus terusan mengejar tanpa sempat fikir apa kita tidak penat dan lelah terus menerus berlari tanpa sempat menoleh?
hana, semoga kamu terus kuat utk kelansungan hidup yang lebih baik.
hana, semoga kamu terus kuat utk kelansungan hidup yang lebih baik.
tetiba tingat kat lagu mendung tak bererti ujan plak hehehe...:D
teruskan sahaja bersenyum...... sesungguhnya... senyuman dpt menutup sayunya hati.. juga dpt menggembirakn org lain.
moga ini hanya luahan
bertabahlah,Hana.
kerna kau mampu untuk itu.
kerna itu kau yg terpilih utk ini.
kesakitan memang menyiksakan
namun selagi kita boleh tabah...kita tabah. selagi kita boleh kuat..kita kuat.
saya pun prnh rs situasi ni, tp percayalah pasti dalam sudut hati mereka pn ada tercalit sedih..mgkin keadaan x mengizinkan..
MS : aku sedang bertahan untuk terus kuat.
Jerr : sedang. terima kasih. ;)
SaLIjOu : moga ada yang akan menyinari. hmm.
LelakiSemalam : lega, tapi realistiknya hati aku menangis.
blog-tips-kurus : sedang cuba untuk kuat. terima kasih.
reenapple : aku harap aku benar-benar kuat.
asip : kita bakal melewati hari-hari kesunyian. sepi.
Wadi AR : sedang dik. ;)
ORLANDO AHMAD : i will. ;)
dill : aku harap aku kuat. terima kasih.
Wilayah Sepet Kuku : yang pergi bakal berpengganti, tapi mungkin takkan sama. takkan.
Liyana Zahim : hmm..tapi masih terasa kelainan bila tanpa teman di sisi yang sering berada dalam keberadaan aku.
Dalila Hamid : sedang. :)
APi : ada beza teman serumah dan teman di luar kawan. ;)
singokngek : berpengganti, tapi bezanya pasti ketara.
miss inna : luahkan itu mudah, tapi tak ramai yang bisa memahami dengan baik, percayalah.
Koding : hujan sudah pun turun membasahi bumi.
cik ciput : aku harap aku masih boleh bersenyum-senyum selagi punya warnanya.
zuhaida : sedang. ;)
najwa aminah abas : terima kasih. ;)
ghost writer : hiperbola yang dibuat-buat. aku terpaksa melaluinya walau sakitnya perit. ok, sekali lagi aku ulang.
semutsengal : lebih laju dari bolt. ;p
Ayie Abas : pindah rumah. ;)
Juliet_iRa : sedang untuk kuat. masa makin hampir. ;)
Pak Lan : indeed. aku sedang belajar menerima kehilangan.
zoelisme : terpaksa redah la gini? haha
jeBateja : moga-moga.
capt. keon alhan : sedang adik. ;)
aniswany : maaf jika meninggalkan kesan. ;)
aleen aiden : sakitnya menusuk. sangat.
Juno : seribu satu rasa dalam satu hati. kecamuk. itulah dia. sebab tu rungsing. ;)
c'axoera : will do. ;)
Anem arnamee : sabar dan terima seadanya. itu mungkin yang terpaksa saya lakukan. ;)
hani : aku sentiasa rasa aku takkan mampu, harap-harap benarlah aku ini kuat.
Alieza Dayasari : sudah ketentuan, dan masanya sudah tiba. terpaksa merelakan walaupun perit.
sophie al-yahya : dan takkan selamanya cerah.
tieykah : semua orang cuba untuk itu.
syafiqakarim : ;)
Bidadari syurga : mungkin berbeda situasi untuk kita kawan, pemergian bersama senyuman. ;)
cik jannah : terima kasih. ;)
si para para : tak daya lagi untuk berlari.
EZAN IDMA : totally i'm not. ;)
Teenager Housemaid : sangat berbeza. :)
C : masa yang berlari itu yang aku takutkan. sangat.
monologtism : Tuhan sentiasa ada untuk kita, dan aku yakin ia akan berlalu persis angin lalu.
pisau belati : kalau boleh, aku tak mahu langsung walau sekalih tolehan.
Misya Mialen : moga-moga. terima kasih.
c'axoera : rahim maarof kan? hee.
Alieza Dayasari : moga-moga ada senyuman untuk itu.
Ayin : aku harap aku akan terus bertabah dari segala kekusutan yang melanda.
Nana : selagi kita boleh. kalau tak boleh? ;)
akucintalangit : ya, keadaan tak mengizinkan. dan aku memahaminya, cuma aku belum bersedia untuk pemergian yang terlalu awal ini.
Tahukah kawan saat tahu kau memutat belit cerita, aku x berdaya mghadapi hari bersma mu. Luahan buat rakanku.. -santaileeza
1st,sememangnya penyeksaan itu menyakitkan. walaupun berat kita terpaksa melepaskan mereka.pasti ada jalan hidup yang sudah mereka pilih dan persekitaran baru yang harus dinikmati.
Post a Comment