Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Tuesday, January 10, 2012

Antara duanya.


Aku.
Dalam menghadam sesebuah bahan bacaan, aku tidak boleh melangkau bahan yang sedang aku baca dengan membuka buku yang lainnya, itu mengkhianati namanya.

Dia.
Setuju, aku pun tidak akan berbuat begitu.

Aku.
Lewat kebelakangan ini, aku tak punya banyak waktu untuk menghadam segala jenis bahan bacaan yang telah aku beli, yang mana ada di antaranya dibeli pada awal tahun lepas lagi.

Dia.
Kau tidak harus sebegitu. Sekurang-kurangnya, kau harus curi waktu senggang yang ada untuk menghadam secara sedikit-dikit walau dalam apa jua caranya pun. 

Aku.
Aku lakukan itu. Cumanya, hidup aku sentiasa penuh dengan segala kerjaan yang tidak dapat dirungkai sehingga aku hilang masa untuk dicuri. Namun, ia masih tidak kritikal. Kurang-kurangnya ada yang sudah dihadam. Tambahan pula, aku terlalu gila dengan buku sehingga hampir setiap bulan aku khususkan satu pelaburan besar hanya semata-mata memenuhi kepuasan hati.

Dia.
Aku membeli bahan bacaan hampir setiap minggu, malah ada lagi buku yang dipesan dari atas talian masih tidak sampai ke tangan aku, Hana. 

Aku.
Patutlah kau mewah kosa kata dan hebat dalam penulisan. 

Saat itu wajah aku merona merah yang tidak berapa jelas kelihatannya dek tona yang kurang cerah. Aku terkesan dan harus mulakan sesuatu. 

Kelmarin, saat aku membawa pulang Anak Apak (Memoir Politik Kewartawanan) – Subky Abdul Latif dan Langit Vanilla – Wani Ardy ke Anggerik Indah, teman serumah aku meninggalkan pesan.

Sepatutnya kau harus menambah rak buku selain menambah koleksi yang sedia ada.

48 comments:

Teenager Housemaid said...

buku itu indah..
ilmunya, bermanfaat...:)

aku juga masih lagi banyak buku yang belum habis dibaca..:)

ღKekupuLangitღ said...

Membaca semua boleh membaca,tapi memahami maksud olahan kata itu yang menjadi susah, exkpresi kena pada gaya, bukan setakat kita saja merasa tapi orang lain juga. kan? :)

pepol said...

langit vanilla bez woo,gua pon baru baca suku je,tapi siyes mmg bez

cimOt said...

aku terpaksa catu belanja makan aku setiap bulan semua gara2 nak beli buku..tak boleh nampak susunan jualan buku..dan akhirnya serius aku akan cuba elak tuk lalu di tempat jual buku..sebab aku ngah sempit..huhuhu..


books just like a treasure hunt..

APi said...

bab yang ini aku kalah..
walau apa pun aku akan terus membaca..
ya, iqra' ..

Khry Hnry said...

aku kalau nak hadamkan sebuah buku pun ambik masa. dang!!!!

FaizalSulaiman said...

buku dan sudah tentu akan dapat ilmu


sesuatu yang priceless:)

Akulah Pak Lan said...

Noh ambil hang, kena perli dgn roomate sendiri.

bujal X said...

saya,

baca apapun *tak sempat

*baca malas.

keh keh~

orlando ahmad abdullah said...

buku bertambah, rak Gua dah terbarai

LelakiSemalam said...

cemburu dgn mereka yg rajin punya keinginan membaca...


aku malas selalu...

♥ MS ♥ said...

baca buku tu best, tapi kalau nak habiskan buku biology yang setebal 8 cm tu,berATus mukasurat,mmg tak lah -..- HAHA.

tieykah said...

kamu mesti suka membaca

:D

maCy said...

*mengira buku di atas rak, mengira buku yang tersusun di rumah juga*

ah, bila pula tafsir sebuah yang sudah bertahun ada ini mahu dikhatam entah..

tunduk.

Misya Mialen said...

huwaaa, hana, kita sama. saya pun masih punya buku yg dibeli awal thn lepas. terutamanya buku2 soal perkahwinan dan motivasi. agaknya semangat gila mahu khatam perkara soal tanggungjawab suami isteri. padahal buku yg diberi sewaktu kursus kahwin pun belum habis. huwaaaa. moga2 satu hari nnt, kita akan ada masa., hana. ;D

pembaris said...

cari orang yang dapat PMR A dalam Kemahiran hidup bersepadu.suruh dia buat rak buku

semutsengal said...

aku

eh, nak terberak pulak.


dia


tahantahantahantahan,

aniswany said...

suka membaca.patut kaya dgn kata-kata ;)

asip محمد said...

dari kecik gua mmg balas baca.. baca blog orang gua rajin pulak.. apaadahal

Alieza Dayasari said...

berminat utk mengenali awak dgn lbh mendalam...
awak belajar ?
di mana?

si ngokngek said...

hang bukan setakat rajin tambah kosa kata,tp kena rajin pergi IKEA,..HAHA

buku ilmu,taksalah dr melabur kat tempat lain:))

dill said...

hmm..ada dua buku lagi yang perlu dihabiskan

dill.

محمد رازيق said...

buku itu mutiara ilmu. hehe.. takpa hana, tambah jer dua2. rak buku sekali dengan buku baru. hehe

~SaL IjOu~ said...

aku berharap aku juga jadi gila buku & sentiasa dahagakan ilmu spt kau Hana~ =)

delarocha said...

seharusnya dihabiskan bacaan terdahulu sebelum di beli bacaan yang baru.

Detective Fiqa said...

baca jngn tak bace :P

syahirooAhmad said...

aku....
merona merah takala diri sendiri tersengeh kekaguman...

kau,
menyajikan suatu yang diluar kepala bagaikan novelis muda..

Ayie Abas said...

kat rumah ayie pun byk buku...bertingkat2...paling banyak majalah kartun..bermacam2 jenis..haha3:P

si para para said...

aku adalah engkau dan dia...

~Nana BamBam~ said...

buku penuh dengan ilmu, cara penulisan, erti sesuatu bahasa yang kita dapat dari sebuah buku.

dari yang x tahu apa2...menjadi seorang yang gah...

Buku memang aset yang berharga..

reenapple said...

gila buku... harap aku dapat jadi sperti itu...=)

c'axoera said...

baca tu boleh tapi kadang tu agak slow sikit process penghadamannyer heheheh...

p/s: dia x gigit tapi kalau memula dia gigit manja nak amik bau tuan dia

asyraf ahmad said...

OK...i like this blog
acap
Ur blog should be in my bwalking list 2012?check it out at ACAPSUUR

iKhRam said...

budaya membaca
mmg byk faedahnya

casablander said...

sy pun giler buku! hihi~

Cikgu Ma said...

sedapnya berkata-kata...manfaat dari membaca..

btw, saya sedang follow anda...jemputla ke blog saya jika berkesempatan =)


http://qurratulain-pagaremas.blogspot.com/2012/01/selamat-ulangtahun-jom-wish-ramai2.html

syafiqakarim said...

buku semua dah habis.perlu cari buku baru.bila kita nak barter ni?

Rain said...

bagus la kalau boleh tambah rak, rain tambah kotak.

simpan buku lama, buka buku baru.

Dalila Hamid said...

skrg ni dh jrang membaca... akak ni kdg2 bli majalah dkt smggu baru tringt nk baca.... adeh....

zulhilmi tempoyak said...

okay...

bleh ble paham pon xtau la ni..haha

K2r~90 said...

aq fobia buku

K2r~90 said...

aq fobia buku

Koding said...

Barangkali terlalu byk meluangkan masa terhadap blog, mengakibatkan anda mengabaikan cinta anda terhadap buku...
p/s: saya pun demikian...

Bidadari Syurga said...

'Sepatutnya kau harus menambah rak buku selain menambah koleksi yang sedia ada.'

rasanya kita mengalami persamaan situasi di sini... hahaha aku selalu di perli oleh adik denasorku... buku sampai melimpah sana sini-bacanya tidak-belinya sebakul... indeed...

ps: jom cari rak buku di tesco@murah@comel.

hanaahmad said...

Teenager Housemaid : yuk sama-sama kita habiskannya. ;)

kekupulangit : ikut kegilaan masing-masing. jika suka, pasti mudah pemahamannya kan.

pepol : memang asyik membacanya. ;)

cimot : sama. aku rasa aku kena buat perancangan yang elok untuk pelaburan setiap bulan.

APi : kau kena mulakannya. membaca di sini tak sama dengan membaca buku.

Khry Hnry : cuba kena seleranya, pasti asyik.

FaizalSulaiman : kan. tak rugi. ;)

PakLan : tak pasai-pasai. haha.

bujal X : ni sempat baca entry saya ka tak ni? heh.

orlando ahmad abdullah : bagus. itu maknanya kena tambah rak juga. ;)

LelakiSemalam. cuba dulu, pasti boleh.

MS : buku itu berat nak hadam. ;)

tieykah : sangat suka. ;)

maCy : tunduk juga. sama. aku pun khilaf.

misya mialen : buku2 tu takkan lapuk sis. ada masa, boleh dihadam. ;)

pembaris : aku PMR KH dapat A tapi tak reti pun buat rak? -__-"

hanaahmad said...

semutsengal : hoi! jangan nak buat kotor kat sini. cait! haha.

aniswany : tak semewah dia yang aku mensikan. ;)

asip : itu pun bagus juga. ;)

Alieza Dayasari : mari kita berkenal-kenal. add fb saya Hana Ahmad. saya dah kerja sis, di Shah Alam. ;)

si ngokngek : aku beli rak kat tesco jah. haha.

dill : aku tak beli lagi Kontrol Histeria.

mohd razik : tunggu gaji akan datang pula. hehe.

SaL IjOu : pasti boleh Sal. :)

delarocha : tapi aku tak mampu dan tak mampu kawal.

Detective Fiqa : sentiasa untuk itu. ;)

syahirooAhmad : belum sampai ke tahap itu. ;)

Ayie Abas : beda tu majalah dan buku, apatah lagi komik. tidak mengapa, asalkan suka.

si para para : antara keduanya.

Nana : aku selalu percaya, kita ini adalah apa yang kita baca. mungkin.

reenapple : moga-moga.

c'axoera : tak mengapa, tiap kita punya kegilaan masing-masing.

asyraf ahmad : thank you!

ikhram : perlu diamal selalu.

casablander : boleh buat sistem barter gitu. ;)

cikgu ma : terima kasih!

syafiqakarim : bila-bila jika sudi. ;)

Rain : itu lagi epic! :)

Dalila Hamid : hehe, majalah saya kurang. dan kadangkala begitu juga jadinya. ;)

zulhilmi tempoyak : cuba hadam perlahan-lahan. ;)

K2r~90 : kenapa?

koding : boleh jadi juga. ;)

Bidadari Syurga : haha. terkesan kan. yuk! :)

~Nana BamBam~ said...

mungkin juga.

dari zero ke hero...mungkin. :P

hanaahmad said...

Nana : mungkin. ;)