Seharusnya aku perlu lebih awal mencerna tanda-tanda penolakan yang diberikan. Tapi aku dungu, bebal lagi menyedihkan. Ianya mudah dan terangan membentang. Samaada dia lupa ataupun tidak peka; ia tetap beri tanda bahawa aku bukan dalam lingkungan kesukaan ataupun kegemarannya. Luahkan saja seribu kali apa yang mahu diluahkan, jika ia kekal lupa dan tidak peka; bermakna seribu kali itu jugalah dia menyuruh kau diam dan jauh-jauh dari hidupnya. Putus harap? Emangnya riak wajah aku ini pelakon terbaik untuk memapar segala manisan palsu. Tapi riak di hati nampaknya langsung tak memihak pada aku. Hati, awak ni baik sangat. Tidakkah mahu sekali engkau berbohong?
Ketahuilah, jika seribu kali kau berkata perkara yang sama kepada seseorang itu, tapi seribu kali juga dia bertanya soalan yang sama; ini bermakna dia langsung tidak ambil peduli hal kita, malah sebenarnya kita ini langsung tidak dianggap istimewa buat dia. Mudah.
25 comments:
ia sudah diluah..
jangan mengalah..
mungkin seribu kali belum cukup megah..
bukan mudah..
tapi mungkin juga hati sudah lelah..
kalau aku, mungkin rasa payah utk menerima hakikat itu..
perlukan sedikit waktu..
kadangkala aku turut rasa dungu..
membiarkan diri dibelenggu..
satu rasa yg tidak tentu~
sebenarnya kan, dia tak tau nak tanya apa. sebab tu asyik ulang suara je.... ;)
kadang-kadang ditanya seratus enam puluh lima juta kali soalan yang sama bukan kerna dia tidak peduli. mungkin dia ingin kepastian lagi.
ataupun dia 'terlupa' yang dia pernah tanya soalan yang sama berkali-kali.
dill.
ada satu soalan yg paling xsuka bila ditanya banyak kali... terlalu sakit hati bila org yg sama bertanya..
tersedar
.: aku bukan orang yang kuat macam kau hana untuk berdepan hal yang sama berulang kali.... :.
tak alert tu tak bermaksud dia tak hargai kau atauatau tak ambil berat.
"Oo baby baby
Jangan kau marah sebab ku tolak
Ku tahu kau cantik
Ku percaya kau baik
Ku yakin pasti ada
Lelaki yang tertarik
Oo baby
Jangan kau dendam sebab ku enggan
Bercinta aku mahu
Tapi tidak denganmu
Ku sudah ada satu
Kekasih yang menunggu"
kata alif satar
kalau mahu ludah, biar depan-depan. biar tahu semuanya. jelas apa keinginan mahu dan tak mahu. mudah.
kau special beb
di mata aku
betoi tu luahkan saja
ada yang lebih baik menanti.
hahaha. betol kak. aku sokong. tinggalkan aje lelaki tersebut
buatkan diri rasa berharga dengan tunggu yang bisa menghargai!
yeah
mudah semuda mudah.com ke hana?
suka ayat yg last tu :)..mudah,,hehe
mudah ...jika faham.
tak perlu tunggu org yg x pernah hargai kita, Hana.
it is his lost.
memang mudah pun...semudah berkata I dont care...
kadangkala lelaki dia ambil mudah. dia tak perasan. tetapi bila sesuatu itu sudah tidak ada lagi, baru dia akan menyesal.
betol2..biar berjuta sekali pun,tp kalo dah tak kisah tu mmg laaa macam tu..
kita kuman kecik dan payah untuk diingati
selalu cari barang kat mudah.my
Post a Comment