Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Thursday, November 17, 2011

Kiasan


Kadang-kadang, kita hanya memerlukan daya tangkas otak dan hati untuk memahami kejujuran orang lain melalui kiasan yang cuba mereka sampaikan. Mereka cuma cuba berlapik atas dasar menjaga sekeping hati yang lainnya dengan bahasa halus yang tersopan. Beruntunglah bagi mereka-mereka yang punya hati rapuh dan menangkap apa yang tersirat. Namun, untung juga buat mereka si hati batu; barangkali hendak masuk ke telinga pun belum tentu jadi. Meniti hidup dua puluh empat ini, semegahnya aku masih seperti anak kecil yang hidupnya hanya riang dan menikmati ruang yang ada mengalahkan mereka yang di usia lima. Jujurnya, aku tidak tahu apa dan apa yang harus aku transformkan dari jujur menjadikan diri ini seperti aku sendiri selayaknya atau menjadi orang asing di sisi lainnya. Masih ada yang perlu aku amati dan faham perihal kehendak orang lain. Kita tidak tahu, sebenarnya barangkali kita mendatangkan mual atau kejengkelan bagi pihak yang lain. Barangkali juga, kita punya sikap ini terlalu anak kecil buat usia kita yang puluhan dan barangkali juga, kejujuran kita dalam menjadi diri sendiri itu belum cukup puas untuk orang lain suka. Bila dibilang, jadilah diri sendiri; itu hanya satu ungkapan mudah. Yang payahnya, kita ini hidupnya saling bergantungan dengan mereka-mereka di sekeliling yakni orang-orang yang sayang akan kita, orang yang kekal di samping kita dalam satu-satu masa yang kita tidak ketahui tamatnya bila. Jadi, pabila ada saja kiasan menyatakan ada yang tidak kena yang perlu kita ubah dan buang, jangan dikeraskan hati tapi cubalah fikir jika ia positif. Bukan masalah besar bukan? 

Dan untuk kedua kalinya, aku terhidu kiasan buat diri sendiri yang perlu aku tafsir dan ubah. Aku yakin, jika aku sungguh-sungguh menangkap kejujuran yang disampaikan secara halus dan terhormat itu, pasti lumayan jadinya buat aku. Ini bukan lagi perihal menjadi diri sendiri, tapi ini hal sikap yang perlu kita ubah.

41 comments:

Wadi AR said...

aku juge sendiri kadang kadang mengade ngade mcm budak kecik kak. manusia kan

cik ciput said...

aku-manusia berhati batu..tpi manusia berhati batu macam aku punya jiwa yang rapuh juga kadang-kadang..

kiasan2 tidak enak, abaikan!

dua puluh empat? sila panggil aku kakak =p

shafiqahkay said...

:) aku dan kau sebaya rupanya kita.

aku bukan manusia berhati batu, tapi sejujurnya aku mahu seperti itu,

sebab kadang aku sendiri tidak tahu manusia seperti apa lagi yang harus aku jadi untuk memenuhi rasa mereka.

kiasan itu mungkin saja untungnya pada mereka-mereka mungkin juga tidak pada aku... :)

yen(toka ziizokukuto) said...

errrr,,,hati batu,,,terasa beb,,heheheh

APi said...

kadang kala kiasan ini menjengkelkan tapi ada kalanya ia mampu menikam urat saraf perasaan pabila diri mampu menangkap apa yang dikiaskan..

ghost said...

aku bab2 berkias nih kadang aku suka.biasanya aku akan jawab dengan berkias gak.

positif?kadang-kadang,Hana.

W.o.a.y.I.e.s said...

salam perkenalan.suka suka suka. pening nak fham. tapi, kiasan the best! hanya tafsiran tepat dapat menzahir makna.

Misya Mialen said...

Kiasan paling bagus untuk meletak diri paling selamat di sudut lain tapi agak pening juga orang lain untuk faham.tapi, bagi aku itu saja yang terbaik hana.:-)

Misya Mialen said...

Kiasan paling bagus untuk meletak diri paling selamat di sudut lain tapi agak pening juga orang lain untuk faham.tapi, bagi aku itu saja yang terbaik hana.:-)

Dayah said...

kadang2, terlebih jujur berbahaya.. hati-hati selalu bebeh ;)

Akulah Pak Lan said...

Kerugian besar dalam kiasan adalah tak semua orang mampu memahaminya, tak semua mampu menafsirkannya.

eLL said...

aku punya hati kaca rapuh dan cepat pecah

Mek Onie said...

aku tak suka dengan orang berkias -..-

Bidadari Syurga said...

kiasan yg tersadung di depan mata selain dari suara ahli jemaahku itu yg aku ambil kisah. kerana aku teramat sedar... mereka menilai dari sudut yg berbeza...

ORLANDO AHMAD said...

kiasan ni bagus, tapi utk orang slow pikap mcm Gua ni payah gak nak handle dan paham keh3

EmpayarUtama said...

Betul tu kak, pertamanya kena ubah sikap...

intan.maisarah said...

aku kadang kadang pilih kejujuran

ewanthology said...

grow up

AA said...

sama maksud dengan perli ? ayat makan dalam kot? ngehngeh.

Daddylicious said...

kiasan kdg2 merumitkan kita ...:)

BonekadalamChermin said...

life transmission

ya
ada masa-masanya
kita akan jadi buntu


percaya diri, Hana

hidup ini tak rumit
kita yg merumitkannya


:)

♥ Nana BamBam ♥ said...

manusia banyak sifat nyer..ada hati lembut , hati keras, hati batu, hati ayamm..ehh merepek sudaa...

tapi kalau macam saya kadang hati keras...tapi bile kene air lembut la..hahaha :P

Addin said...

matured. penting

Unknown said...

hati tisu , huhu

Unknown said...

hati tisu , huhu

say to easy=) said...

kiasan itu dtgnya dari hati yang jujur ikhlas.

hanaahmad said...

Wadi AR : mengada-ngada tu semua orang ada. cuma sikap keanak-anakkan yang melebih norma manusia biasa tu aku rasa macam tak patut. :)

cik ciput : hai kakak! aku pun hati batu, tapi jauh tersimpan dalam-dalam hati aku kaca. sangat rapuh!

Qaseh : ada pro dan kont. ada yang harus kita ikut ada juga yang perlu kita abaikan. ah, manusia, mana pernah puas.

yen : kau pun sama? hehe.

APi : jika ia positif, tak salah kita ubah dan terima seadanya.

ghost writer : ada masanya kita perlu menjadi positif Phan.

ai n i s h a f i qa : salam perkenalan kembali. :)

misya mialen : jika ia kiasan yang manis dan terhormat, tak salah kita cuba menerimanya.

hidayahjamal : ya, insyaAllah. kau juga. :)

Pak Lan : kalau jenis tak faham biasa, memang rugilah. hue hue hue.

eLL : aku juga sebenarnya. sangat.

Bidadari Syurga : banyak penilaian dan banyak juga yang kita perlu ambil dan ubah.

ORLANDO AHMAD : kau hati kering barangkali.

EmpayarUtama : ya, harus.

hanaahmad said...

intan.maisarah : semua orang serasanya mahukan kejujuran kan.

delarocha : sedang membesar. ;p

MS : mungkin lebih pada sarkastik.

Daddylicious : susah orang nak faham kan. :)

BonekadalamChermin : ya, kau orang yang ke berapa kali mengatakan sedemikian kepada aku. aku ini memang rumit orangnya.

Nana BamBam : hati manusia macam kerak nasi, bukan perempuan je. bila kena air, lembutlah. :)

Fara E's : hati kaca. hehe.

say to easy : ada juga yang berniat lain. :)

semutsengal said...

Akuaku. Ala, takyah lah nak kiaskias. kang aku blur kang, marah !?



LALALLAALLALALA

syafiqa said...

aku suka berkias.nampak sopan dan berbisa.

Niena Muhammad said...

hehe...semut2...

azeemazain said...

alangkah baiknya jika org boleh mengerti dengan mudah kiasan yg ssring cuba disampaikan..kdg2 rasa mereka mengerti tp saja buat2 xpaham,..kenapa yahh? =)

Cik tikah said...

cantiknya bahasa :) jujur itu sesuatu yg subjektif. susah nak fhm. =.='

cik jannah said...

lebih senang berterus terang. hehe

PenjuruKosong said...

jadi diri sendiri mmg payah
tp puas!!


mungkin ini kelebihan si hati batu...

↻ fa_ said...

ni apa benda berkias kias ni haa?

ce bawak bawak baca perihal qisas siket

Unknown said...

hai hana, first time dtg umh hana nih..best2...

tak pandai berkias-kias..tapi salunye dpt tgkap bhsa kias org lain..n salunye akan sentap dlm diam ..:(

~Sal Ismail~ said...

~kiasan~..aku takut amat jika disalahtafsirkan lalu membawa kepada salah fhm..

"Ini bukan lagi perihal menjadi diri sendiri, tapi ini hal sikap yang perlu kita ubah"
-aku setuju amat dgn kata2 ini,aku selalu dengar seseorang berkata, kamu perlu terima aku seadanya kerana inilah aku..sedangkan dia berkelakuan sgt negatif yg ramai org jelik dengannya..rasanya ingin saja aku jerit padanya.."hey, terima hakikat yg ko perlu berubah"

BonekadalamChermin said...

aku tertarik dgn komen saljou.
kerna pernah mengalaminya.



tepat!

abang bro EL said...

kiasan? aku lamaaaaa analisa baru aku tau...kakaka...lagi pun aku tak peduli sangat pun...nak berubah boleh tak berubah pun boleh...its your life not mine...

MalizaMah said...

saya mula menjelajah blog ini sedikit demi sedikit. ada yang membaca tnpa berkata2...
menarik. sekali lagi kurakam kepujian pada blog ini....