Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Sunday, March 4, 2012

Syukur untuk sekian kali.

Syukur, permulaan dua purnama pertama untuk tahun ini sedikit berwarna buat manusia yang jiwanya rapuh, hatinya kaca seperti aku. Sedikit lari dari kebiasaan, masa-masa luang yang sering dirajakan di sini sedikit berkurangan dek kebiasaan yang aku gubah demi satu hal yang lebih positif di dua ribu dua belas ini. Ketepikan perihal itu. Awal ini sahaja, ada beberapa hal yang sudah cukup-cukup mengukir sedikit bunga bahagia buat bekalan hari-hari yang bakal aku lewati. Mudahnya hidup, manusia sebagai makhluk sosial; yakni kelilingnya adalah masyarakat yang harus kita gauli dan mengait tali-tali persahabatan dengan selayaknya, juga sejujurnya. Syukur untuk kedua kalinya, warna dunia aku masih belum kelabu penuh lagi, malah semakin berwarni melebih tujuh warna pelangi sedia ada. Jujurnya, ada hal boleh kita kongsikan di umum, namun ada juga harus disimpan senyap-senyap, biar hanya kita sahaja menjadi tempayan simpanan. Syukur untuk ketiga kalinya, aku punya teman-teman jujur yang yang tidak pernah lupa untuk saling berbagi masa dan ruang untuk aku berkongsi rasa. Tuhan itu sentiasa baik-baik untuk kita, Dia sentiasa ada untuk kita. Jadi, harus menikmati hidup dengan rasa syukur supaya Tuhan tahu, kita tidak pernah lupa tentang erti hidup. Bersenang-senanglah untuk itu. Senyum. :)


#Pre-order untuk buku IFall boleh dibuat sekarang, lanjut ke KeratStudio.

29 comments:

~Sal Ismail~ said...

Senyum paling manis dari aku utk kau,Hana!~ =)

Aku juga mahu panjatkan kesyukuran pada Ilahi..walaupun permulaan aku di dua ribu dua belas ini sedikit goyah dari beberapa sudut..tp ia langsung tidak melemahkan aku malahan menjadi kekuatan utk aku terus menghayun langkah hingga aku yakin mampu terus berlari laju~

Smoga kita terus dan terus kuat dlm menempuh hari2 mendatang~ =)

Telor Power said...

seronok ada kawan2 yg jujur...
jujur itu penting walaupun ia kadangkala kena di rahsiakan.(takut disalah tafsir pula)

ewanthology said...

good start :-)

APi said...

aku ada tak dalam lingkungan tu?

kekeke

Misya Mialen said...

hana, moga-moga bahagia kamu akan kekal sehingga penghujung tahun 2012.;D senyum selalu ya;D

MalizaMah said...

syukur itu penting; membuat kita lbh mghargai dan terima seadanya.

syukur juga kehidupan anda tidak kelabu. terus mewarnai walaupun adakala warnanya dicemari kelabu seketika.

syafiqa said...

sentiasa bersyukur nikmat diberi.
#br dpr emel keratstudio.menyata kan benda sama.akan dapatkan di frinjan
nanti hana.

Rain said...

bersyukur membuat apa yang ada terasa sempurna , jiwa setenangnya mendepani hidup.

kekalkan warna pelangi walaupun tempatnya berubah.

sayang kamu :)

Wadi AR said...

alhamdulillah kakak. hoyeahh

dill said...

syukur dengan nikmat yang ada :)

dill.

amrlaqm said...

warna dunia aku pula semakin hitam.
sedih.

cik jannah said...

say alhamdulillah. hee

semutsengal said...

moga dua belas ini menjadi angka bahagia kita

ghost said...

permulaan yang cukup baik untuk langkah-langkah yang diatur dengan baik.

cik ciput said...

semoga bulan-bulan mendatang akan terus menjadi yang terbaik untuk kau hana =)

Muhammad Rafiq Hasrudin said...

indahnya.. bercinta dengan si Dia...

Hafizin Jamil said...

hoho..warna warni yang melebihi kaler pelangi tu..

Kancil 8349 said...

memulakan sesuatu memang sukar namun ia adalah satu permulaan terbaik...good luck

Afiq Ah said...

Bahagia buat kamu adalah bahagia buat aku

Muhibbuddin said...

dan syukur untuk keempat kalinya, kita masih mempunyai Tuhan yang sama :)

Unknown said...

Kau beruntung besar sayang. Aku tumpang gembira untuk kau.

Senyum untuk kau selalu. :)

hani said...

tuhan maha besar kalau kau pun tak lupa sujud padaNYA. ya, bersenang senanglah. itu rahmat! :)

Koding said...

Pastinya kehidupan yg menarik dengan warna2 bahagia...

Jemput singgah ke blog Koding...

jeBateja said...

Pehhhh...hang kalau buat Entry....sure den kena baca 2 3 kali...ahakz....ahakz.....

Errr...awat hang simpan dlm tempayan...hang simpan dlm peti ais lah....agar sentiasa segar....ahakz

Pembunuh Tanpa Bayang said...

tak tahu nak kata apa..mungkinaku masih celaru.

dan untuk warna warna bahagia yang mengelilingi kamu,harapnya terus menceriakan hidup kamu.

Unknown said...

indah.syukur.amin

Unknown said...

tak sbr nk dptkan buku ni :)

hanaahmad said...

SaL IjOU : aku yakin kau mampu kuat Sal. aku sentiasa doakan untuk itu. :)

Telor Power : syukur masih ada jujur. :)

delarocha : syukur. :)

APi : ya, APi, kau termasuk sekali. terima kasih untuk itu. :)

Misya Mialen : ameen. Terima kasih! :)

Alieza Dayasari : syukur.kurang-kurangnya hidup masih punya warna.

syafiqakarim : mohon dapatkan segera kerana ia sedang panas dijual. :)

Rain : aku cuba kekalkan, walau kadang-kala ada mendung yang menyinggah. sayang kamu juga Rain. :)

Wadi AR : syukur.

dill : syukur dill. :)

Aqiim : aku doakan akan ada warna pelangi menyinggah di dunia kau kawan. Harus berkuat-kuat untuk itu.

cik jannah : syukur. :)

semutsengal : kita? :)

hanaahmad said...

ghost writer : permulaan yang baik juga buat kau kan Phan? :)

cik ciput : ameen, aku doakan juga buat kau. :)

rafiq : syukur Tuhan sentiasa ada. :)

Hafizin Jamil : bermaknanya ia sangat bahagia. :)

Kancil 8349 : untuk apa-apa bahagia pun, harus merasai sakit.

Afiq Ah : terima kasih kawan. :)

Muhibbuddin : Alhamdulillah, moga ia kekal sampai mati.

dayya : Syukur. senyum juga selalu ada buat kau kawan. :)

hani : ya, moga aku tidak akan lupa.

Koding : moga kemanisan itu kekal. :)

jeBateja : jangan baca banyak kali, tapi baca sekali dengan hati yang penuh. Pasti kau faham. :)

Pembunuh Tanpa Bayang : moga-moga.

cik aletheea : alhamudlillah.

EZAN IDMA : Dah dapat kan? :)