Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Tuesday, January 24, 2012

Secebis warna pelangi

Dalam setiap satu warnanya, ada meriah untuk kita.
Kalau semalam awan masih mendung dan dingin kekal beraja di pembaringan; walau pelangi masih tidak menjelma mengeliling keberadaan aku; juga masih tiada sirna buat aku terusan menopeng senyuman walau hanya segaris, kurang-kurangnya berikan aku secebis warna pelangi untuk kemeriahan di hari yang bakal aku lewati nanti-nanti.

47 comments:

Pocket said...

warna pelangi hanya buat yang mencari sis, yang bersedih menekup wajah kebumi,
takkan nampak langit indah dihiasi pelangi.

hanaahmad said...

Pocket : serasanya semuanya mahukan warna pelangi. ;)

Alieza Dayasari said...

Kadangkala ALLAH SWT hilangkan sekejap matahari, kemudia DIA datangkan pula guruh & kilat.
Puas kita menangis, mencari di mana matahari? Rupanya ALLAH SWT nak hadiahkan kita PELANGI... dipetik.. saya suka bait2 ayat ni.

capt. keon alhan said...

hye kak hana.lama sy tak singgah sini.skrg ni y mncri pelangi di utp la pulak.huhu.

reenapple said...

pelangi itu indah. Tapi aku jarang dapat lihat pelangi dalam dunia ini.. selalu disorok oleh awan-awan dunia..=)

pemuzik jalanan said...

Mari kongsikan warna pelangi awak pada saya kak, sini masih mendung.

Khry Hnry said...

nah! aku bagi kamu gula-gula batang yang berlingkar warna pelangi. bagi kamu senyum manis sedikit...

si ngokngek said...

nah semanis lolipop pelangi,
jgn nangis lagi
JANJI!!

ghost writer said...

*senangnya hidup kalau hanya hitam dan putih. - Nadia Khan(Kelabu)

pelangi hanya untuk dinikmati,namun sukar untuk dikekalkan.

~Nana BamBam~ said...

pelangi jarang ada di kuala lumpur selepas hujan panas..kenapa yaa ? :D

APi said...

indahnya tidak lama Hana..
mungkin kondisi selepas pelangi itu lebih indah..

Misya Mialen said...

pelangi itu cantik kan hana. ia selalu membikin rasa mahu memegang dan memiliknya. insyallah, moga kamu selalu akan rasa bahagia hana.;D

Cikgu Ma said...

kehidupan mesti berwarna warni...

delarocha said...

lihat dunia dari mata sendiri. pasti ada aura positif yg hadir nanti.

beautiful_rose said...

aku masih tercari cari di mana pelangi aku.....

pembaris said...

pelangi ..? pembaringan? aku kerja isnin dan harini

.::TAIKO ::. said...

warna pelangi?
setuju dengan encik ghost..
mudah dinikmati tp xmudah untuk dikekalkan

syafiqakarim said...

pelangi indah.yg suram muram bole senyum tapis kedustaan.

syahirooAhmad said...

halamak~ ada sahaja point dia.. tekeshima..

♥ MS ♥ said...

pelangi tu indah..kadang hampir membuatkan aku terpesona dengan kemunculan-nya..tapi sekarang pelangi dah lama menghilang..:(

JelinaJoli said...

pelangi dulu di langit. sekarang di gula2 pon sudah banyak

Wadi AR said...

susah nak cari pelangi yang paling kekal sebenarnya

Muhibbuddin said...

itu lengkap, walau secebis. kekalkan.

Mehmed - said...

pelangi untuk siang. malam kau minta bulan terang bercahaya,untuk kau fikir maha hebatnya tuhan..itu pun tujuan nya, bukan? esoknya juga misteri...ahaks!

dill said...

saye tak mampu nak hadiahkan hana pelangi.

saye gantikan dengan lolipop warna pelangi. boleh?

dill.

insan lemah said...

nice.... serasa membaca ulisan seorang pujanngga

Wilayah Sepet Kuku said...

As salam,

Kawan..kedua tangan ku angkat..
buat kau, insyaAllah..pelangi itu ada selepas hujan.

:)

Pembunuh Tanpa Bayang said...

warna warni bermacam rasa dan perisanya.sama juga dengan kehidupan yang punya banyak warna.

Akulah Pak Lan said...

Guna prisma untuk buat pelangi pun boleh. Maksudnya, sentiasa terdapat alternatif dalam hidup

Kancil 8349 said...

salam perkenalan daripada Kancil...

nice blog...memang betul apa yang dikatakan oleh CM...

BonekadalamChermin said...

dalam warna warni pelangi pun
pasti ada warna yg paling suka
dan pasti juga ada warna yg kurang suka



moga kamu ketemu yg indah-indah,Hana.

Teenager Housemaid said...

kdgkala, saya mengintai-intai, pelangi yg entah ada ataupun tiada..:)

FaizalSulaiman said...

suka pelangi. banyak kaler!

Liyana Zahim said...

Kita mencari pelangi tu kat karnival karangkraf nnti keh! Oley! :)

EZAN IDMA said...

pelangi akn singgah jua. dan ia akn berikan hana sinarn terindah :)

aiNa yaZiD said...

warna pelangi...memang indah dan cantik. mampu menarik perhatian sesiapa yg melihatnya.. :) :)

♥ NuR 'aQiLaH ♥ said...

tp bila pelangi hilang...
..seri itu pun hilang

~SaL IjOu~ said...

aku sdg mencari warna pelangi..Hana nak ikut? ;)

casablander said...

indahnya pelangi...

semutsengal said...

eh,

awan nano menang AJL.



HAHAHAHAHAHHAHA

asyraf ahmad said...

pelangi ku berwarna putih dan hitam. Eh, rupanya bukan pelangi tapi bendera pahang.

ape aku repek ni
acap

intan.maisarah said...

saya ada kek pelangi..
mahu?

Syf serabai. said...

cuba makan skittle, mungkin ada secebis pelangi. keh keh :)

Koding said...

mengapa pelangi tersebut menjadi cebisan???

Juliet_iRa~" said...

insya-Allah ada sinar bahagia buat dirimu di hadapan...

berdoalah..

hanaahmad said...

Alieza Dayasari : moga adanya pelangi buat hidup aku yang semakin suram.

cap. keon alhan : adik, semoga berjaya ya di sana. ;)

reenapple : malu barangkali. ;)

pemuzik jalanan : mari dik, di sini pun kian mendung, tapi saya cipta pelangi sendirian. ;)

Khry Hnry : kamu sangat manis. dan aku tersenyum. terima kasih!

singokngek : manis! terima kasih, moga-moga tak nangis lagi. ;)

ghost writer : payah, tiba selepas hujan. rindu selepas ia hilang tanpa pamitan.

Nana : Kuala Lumpur kota berasid. ;)

APi : moga-moga ia lebih indah.

Misya Mialen : ameen. moga-moga. terima kasih!

Cikgu Ma : tapi, sering juga dilingkari hitam putih.

delarocha : aku sering mengharapkannya. sering.

beautiful_rose : ia muncul selepas hujan, maka berendamlah dahulu. ;)

pembaris : aku kerja dari Rabu lepas sehingga esok, baru cuti semula.

TAIKO : ;)

syafiqakarim : moga-moga dapat tapis kedustaan.

syahirooAhmad : aik? ;)

hanaahmad said...

MS : pelangi menyorok di balik awan barangkali. ;)

JelinaJoli : itu enak dibuat makan. ;)

Wadi AR : Payah kan. ;)

Muhibbuddin : kurang-kurangnya masih ada kan. ;)

Mehmed : seharusnya dihargai selayaknya bukan. walau tak kira siang atau malam munculnya.

dill : lolipop itu sudah cukup manis dill! terima kasih! :)

insan lemah : alhamdulillah. terima kasih. ;)

Wilayah Sepet Kuku : ameen. terima kasih kawan! :)

Pembunuh Tanpa Bayang : kalau hanya satu warna, ia pasti lesu dan membosankan kan. ;)

Akulah PakLan : ada, tapi tak sama. ;)

Kancil 8349 : salam perkenalan kembali. ;)

Ayin : moga ada. terima kasih ayin!

Teenager Housemaid : ada, pasti ada buat kamu sayang.

Faizal Sulaiman : sama!

Liyana Zahim : haha! tak jumpa kamu! :)

EZAN IDMA : moga-moga ada Ezan. terima kasih.

aiNa yaZiD : semua pun pasti tertarik kan. ;)

Nur aQilah : tapi pelangi pun masih indah.

Sal : Jom Sal! ;)

casablander : cantik mempesona. ;)

semutsengal : yay! adik saya menang! ;p

asyraf ahmad : haha. Pelangi saya ada tiga warna, putih, hitam dan kuning. Eh, bendera Perak rupanya. ;p

intan.maisarah : mohon hantar ke Shah Alam dengan segera.

Syf serabai : Pasti ada. haha.

Koding : hilang ditiup awan. ;)

Juliet_iRa : moga-moga. terima kasih. ;)