Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Wednesday, February 1, 2012

Merasai kenangan

Bermesra di lokasi-lokasi murah menjadi saksi pada setiap kenangan yang telah kita kita-kita lewati suatu masa dahulu. Dan kini, bukan satu kesalahan total pun jika ia kekal dikenang dengan melaluinya semula di lokasi sama walau kita sudah menginjak usia dengan isi poket yang semakin tebal diisi sendiri berbanding dahulunya yang hanya berbekalkan uwang orang tua kita, mahupun pinjaman pelajaran (yang kekal menghantui sehingga hujung usia). Biar lokasinya murah, asalkan kenangannya masih mahal.

48 comments:

Wadi AR said...

kadang kadang aku suke kenang memori lama kak

capt. keon alhan said...

teringat pulak kngn kat sklh ngan kengkawan...

kak hana,

jom join contest sy n oh daus...

http://cobaltchloride.blogspot.com/2012/02/happy-faces-contest-by-captkeon-alhan.html

Haikal Blank said...

kenangan tidak kira tajuk.

Suka duka ketawa menangis sakit pedih kadangnya tetap indah sebagai sebuah kenangan.

Selagi kita menghargainya. :)

Aween Md Zahir said...

apa ada pada sesuatu yg mahal tp tak kekal ?? material semata.

biar yg lekat dikepala hanya memori yg bisa kita rindui. sampai bila2. indah !

Hanim Irsyad said...

teringat zaman skolah dulu :)

Telor Power said...

memori zaman sekolah amat seronok. kerana dari situ kita belajar berkawan

syafiqa said...

is.asal mahal pd kenangan :)

monologtinism said...

lokasi yang murah itulah yang mahal. paling mahal..

Sofea said...

drama bencinta budak yang masih belajar.. :D

ghost said...

kenangan yang tidak bisa ditukar milik sekalipun sudah sampai penghujung usia..

ia pun salah satu yg menghantui kita. :)

hani said...

jangan kerut dahi kalau sesekali terkenang
bukan semuanya wajib dilupa
kan?
:)

Unknown said...

tak suke imbas kenangan lalu, kerana yang pahit lbh banyak, tapi...tahun 2012 ini mengharapkan yang lbh manis...

Liyana Zahim said...

Aku mcari ko di lokasi2 di karangkraf tdk jugek berjumpa kerana kenyataannya aku tatau muke ko cane.. Misteri sgt kau kan.. Ahaha~

ewanthology said...

jika dgn yg tersayang, kemana mana sahaja akan kelihatan indah semuanya.

si ngokngek said...

biar selamanya sebagai murah mata dunia,

kaya mata kenangan yang indah..

Anonymous said...

Assalamualaikum...

Mencipta kenangan adalah mudah, namun melupakannya adalah sesuatu yang sangat sukar dan mungkin terpahat sampai bila-bila..

Kenangan untuk dijalani..

Kawan, kenangan itu manis bukan :)

-sepetkuku-

Amir Syahir said...

gua tak reti komen senanye..baca jek..hehe

inna_risna said...

kenangan zaman kanak-kanak sungguh manis. :)

bila menginjak dewasa, mcm2 kenangan telah dilewati dan ada yg pahit dan manis rasanya..^^

Unknown said...

knangan kdg2 menerpa juga walaupon kite hindari

Unknown said...

knangan kdg2 menerpa juga walaupon kite hindari

Unknown said...

knangan kdg2 menerpa juga walaupon kite hindari

♥ aiNa yaZiD ♥ said...

kenangan di alam persekolahan sangat bermakna dan tak akan di lupakan..:) once a life.!

~Sal Ismail~ said...

aku suka kenangan begitu~~ =)

dill said...

masih hang out ngan kawan kat tempat dulu2

dill.

akoo said...

aww..sangat mnusuk kalbu..huhu

btul2..kadang tu,tempat murah lebih indahh

semutsengal said...

barang lama usah dikenang =)

.::TAIKO ::. said...

memori itu pada prefrontal cortex kita

AJ said...

asalkan yang dulunya baik; biar selamanya baik dan kenang.
asal yang dulunya busuk; biar selamanya busuk dan buat ingatan.

harga itu bergantung pada kamu; andai mencari nilai yang didagang, itu yang kamu bisa jumpa. andai didamba hanya nilai pada senyum dan manis hati, itu yang menanti.

tapi.
biar berpandu.
agar senyum kita ada cahaya.
manis kita tidak berbahaya.

dan untuk itu, biar betul dan membetul dari dibendulkan.

*senyum*

barangkali.

Hami Asraff said...

Entah bagaimana boleh terpelanting hingga ke sini. Rasanya buat kali pertama bertandang. Bait-bait anda indah. Itu sahaja nak cakap. Buat masa ni :)

reenapple said...

betul3... walaupun masa telah berubah.. kenangan itu tetap ada...=)

Zehan Ilyana said...

kenangan adalah sangat mahal yang tidak boleh dibeli.
biarpun lokasinya murah, namun kenangan yg trcipta itu mahal.
waaa, kak hana, kak hana buat saya dalam memory lane lagi..:')

shedameor said...

i love my memories :)

si robot comel said...

memori tetap memori. :)

Koding said...

Tempat jatuh lagikan dikenang...
inikan lagi tempat bergambar...

ZULHILMI TEMPOYAK said...

kotak biasa.
tp siapa tahu apa di dalamnya...

blog-tips-kurus said...

ooooooo... kecik-kecik dah selalu dating yek?? ;)

Akulah Pak Lan said...

Hotel budjet?

tieykah said...

siapa sangka
kenangan itu priceless

rindu kau

:D

Serunai said...

Usah terlalu dikenang akan suatu kenangan. Andai kenangan itu mahal harganya, masakan ia kan sentiasa mahal? Yang manis wajar dikenang berterusan, yang pahit seharusnya dibiarkan luput dalam ingatan.. "orang yang hidup dalam kenangan adalah orang yang tidak pernah hidup".. barangkali pencipta madah, punyai 1001 kenangan pahit yang teramat. Barangkali!

Unknown said...

sweet je ayat...

"biar kenangan tu masih mahal"...

Juliet_iRa~" said...

betul..setuju...:)

lokasi murah?taman permainan?heee..

kenangan tu abadi selamanya di hati..bila mengimbau kembali..rasa nak tersenyum je..kan hana?

AnakPakZohar said...

kenangan itu indah.. =)

MalizaMah said...

memori lama.. kalau dikenang mmg indah....
walaupun saat itu kita lalui nya sgt pahit.....

Pondok Usang said...

mengulit kenangan - Data

hanaahmad said...

Wadi AR : aku juga suka. ;)

capt. keon alhan : djaman sekolah adalah djaman yang paling menyenangkan sekali.

haikal blank : aku mahu muzium, untuk mengkhazanahkan semua kenangan yang telah aku lewati.

Aween Md Zahir : iya, itu pastinya indah! ;)

hanim irsyad : djaman paling meledakkan senyuman dan tawa kan? ;)

Telor Power : dan belajar tentang kehidupan. ;)

syafiqa karim : kenangan sentiasa mahal jika dihargai selayaknya.

monologtimism : sangat mahal.

Alkisah : djaman belajar bersama rakan-rakan. ;)

ghost writer : wuuu...itu bakal membuatkan tidur tak lena ya Phan? ;)

hani : ada yang harus dikenang-kenangkan.

hanaahmad said...

AHereO Usittle : moga ada yang lebih manis buat kamu ya. ;)

Liyana Zahim : haha. aku tak misteri cuma manusia yang punya sifat malunya ya amat sangat. ;)

delarocha : ya, kawan-kawan kesayangan.

si ngokngek : moga-moga kekal mahal dan indah.

sepetkuku : waalaikummussalam w.b.t. manis, dan selalunya yang pahit itu jadi pelajaran berguna buat kita. ;)

Hiro : kehkehkeh. yang penting lu baca. ;)

miss inna : itu yang buat kita tersenyum-senyum kan. ;)

iffah afeefah : cuba jauh, tapi makin dekat.

aiNa yaZid : itu paling berharga!

SaL IjOu : sama. ;)

dill : masih juga hang out dengan kawan-kawan belajar dulu. ;)

hanaahmad said...

akoo pae : sangat indah.

semutsengal : barang lama, lagi mahal harganya. ;)

TAIKO : okay, tertanya-tanya aku. apa itu prefrontal cortex?

AJ Hanif : benar. tak salah merasai kenangan mengubah angin merasai yang baru tapi lebih bernilai jika yang lama masih kekal di ingatan dan dikenang-kenangkan. Senyum.

Hami Asraff : terima kasih blogger popular! ;)

reenapple : sentiasa ada.

Teenager Housemaid : hehe, khas buat kamu.;)

shedameor : me too.

si robot comel : masih boleh dirasainya kan?

Koding : haha, tempat bergambar kekal menjadi helaian untuk dikenang-kenangkan.

zulhilmi tempoyak : mahal kita tidak tahu.

hanaahmad said...

blog-tips-kurus : bukan dating, ni bersama kawan-kawan la kak. ;)

Pak Lan : kasaq!

tieykah : rindu kau juga tieykah! ;)

serunai : hanya sekadar mengimbau setiap hari-hari yang telah dilewati, tak lebih dari itu. kenangan juga masih sebuah kehidupan. ;)

Azham Vosovic : terima kasih!

Juliet_iRa : haha. kedai makan waktu belajar, taman dekat universiti dan tempat2 yang menjimatkan untuk seorang pelajar!

yad'z : sangat.

Alieza Dayasari : walaupun pahit, bila dikenang ia jadi manis.

Pondok Usang : ;)