Wednesday, January 4, 2012
Manusia egois yang mahal air mata.
Menjalani kehidupan biasa dengan cara selesa pun belum tentu mampu memuaskan kepingan hati yang sering disakiti dek kesebalan sendiri. Namun itu bukan satu kekesalan yang perlu dicanang-canangkan, sedangkan ada lebih ramai lagi yang hidupnya lebih perit; yang lebih dari segala yang kita tidak pernah tahu, malah mungkin juga tidak mahu ambil tahu. Hidup memang takkan selalu dalam keberuntungan tapi takkan selalu juga dalam kemalangan. Kata seseorang, adakalanya hidup ini perlu juga menangis supaya kita sedar bahawa hidup ini bukan sekadar hanya untuk ketawa. Benar. Tapi manusia egois yang mahal air mata seperti aku ini mana kenal erti sebuah tangisan jika ia hanya semata-mata untuk satu pembaziran yang sia-sia. Namun kamu harus tahu, walau egoisnya aku untuk air mata yang selayaknya diluahkan, aku tidaklah punya jiwa yang kental untuk menepis segala permainan hati yang bahangnya sering dinyala-nyalakan. Untuk sebuah pengharapan, doa sering aku titipkan agar akan adanya sedikit kekuatan dapat ditiupkan untuk aku agar hati kekal mekar berbunga walau sakitnya memeritkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
37 comments:
sabarlah..
masa itu akan tiba..
jangan nanges. tuhan ada, aku pon ada kak
-Untuk sebuah pengharapan, doa sering aku titipkan agar akan adanya sedikit kekuatan dapat ditiupkan untuk aku agar hati kekal mekar berbunga walau sakitnya memeritkan.-suka =) huhu.. sabar itu manis.
nangis la...nangis puas2 then wake up,basuh muka and move on..
better days await u...:)
egois itu sakit,namun hakikatnya sangat nyata
:D
kalau nangis tu boleh jadi ubat, maka jangan tahan air mata
klau ego kau pilih mmg kau menang tp kau sakit..dan air mata bkan bermaksud jatuh..
hidup ini mmg mencabar kesabaran..demi kesabaran..hidup perlukan sabar..:))
ya,aku mmg egois.nmun air mata aku trsa murah pbla aku sndri.
kalau mnangis boleh melegakan hati , just let it go
tegarlah hadapi semua ini.
ya. kisah hidupku juga perit.
tapi biar saja manusia sekeliling melihat senyumanmu. bukan airmata.
kau kuat, Hana. aku yakin.
:)
Hidup di dunia ni kadang2 dekat atas kadang2 dekat bawah. Kalau rasa perlu menangis, menangis lah. Pastu hidup kena diteruskan dengan keazaman yang tinggi. :D
kadangkala, memang seringkali kita membiarkan ego kita menang.
kerana ego, kerana maruah.
namun, kita juga yang terluka kan?
:)
nak nanes?tengok Ombak Rindu le...
nanges itu kadang besh,,lega gila
puas tak terhingga.
kita perempuan, tak lari hati dari terasa & menangis.
stay cool sis !
Dengan tuhan pun kita boleh menangis inikan pula dengan manusia
air mata = sahabat ;)
adakala kita menangis tanpa kita tahu sebabnya..
adakala air mata mengalir krn sesuatu yg terlalu mudah.
bedasarkan drama korea 49 days, air mata ada beberapa jenis...
yang manakah air mata tulen....
kita sendiri tidak tahu.
dunia ni luas untuk kite terokai,tp alngkah rugi nye kalo kite sempitkan dan hanya menhambakan diri pade insan yg bernama LELAKI..
kalau semuanya tak susah dan perit..suidah tentu semua ahli politik dapat jadi perdana menteri
menangis bila sampai masanya...
assalamu'alaikum apa kabar hana?
don't be sad sist, keep ur smile ^^
kebelakangan ini,air mata inna begitu mudahnya jatuh mengalir. hati ini sakit. sakit dgn permainan yg tidak adil bg inna...
Orang yang tinggi egonya, memang mahal air matanya..
jgn berhenti berdoa
dill pun perlukan tiupan semangat, hana :(
tiada airmata bisa kelak mamahkan jiwa kamu sayang...
dengan airmata juga tampak kekalahan walaupun ada kalanya menang...
ps: aarghhhh... mungkin sahaja bila nanti kamu menangis setelah punya cahaya mata... ;p
ooooooo; aku yakin hati kamu something sejak akhir2 ini... arghhh kenapa aku rasa kamu something....
Semua orang ada untuk awak nih :) awak hilang dia tapi ada kami kak. Jangan menyerah kak. Kita minah hensem kan kak. Takkan pernah kalah pada spisis mereka kak!
Manusia cuma tahu meratap bila dalam kesukaran, tak bersyukur semasa masih ada. kan kan? :)
APi : sentiasa bersabar.
Wadi Ar : terima kasih adik. ;)
W.e.a.y.I.e.s : sentiasa manis. :)
TAIKO : sukar untuk aku melakukannya.
tieykah : hakikatnya lebih memeritkan.
ORLANDO AHMAD : aku tak rasa begitu.
si ngokngek : aku tak tahu kenapa ia payah buat aku.
capt. keon alhan : jika ia menenangkan kau, tak salah.
Fara E's : bukan sesuatu yang mudah buat aku.
BonekadalamChermin : aku pun yakin, aku pasti kuat. terima kasih ayin. :)
sarah mohamad : aku sentiasa hidup walau tanpa setitis air mata pun. pasti boleh. ;)
Teenager Housemaid : dalam hati tak siapa tahu.
EL MARIACHI : aku tengok cerita tu aku ketawa adalah.
Aween Md Zahir : tapi aku susah untuk menangis, bukan menahan.
Pak Lan : dengan Tuhan kita patut menangis.
aniswany : :)
Alieza Dayasari : ya, aku juga percaya air mata ada beberapa jenis. dan jenisnya aku di sini ialah aku tak punya takungan air mata yang banyak barangkali.
widiea azira : indeed. terima kasih atas pesanan kawan. Tapi segalanya perihal hati yang sering aku luahkan di sini bukanlah hanya kerana lelaki semata-mata. Ianya merangkumi seluruh kehidupan yang sedang aku alami. Boleh jadi perihal kawan, kerjaan ataupun mati. Dan aku bukanlah orang yang sering mensia-siakan hidup hanya kerana lelaki. Mungkin kita boleh berkenal-kenal dengan lebih rapat lagi. ;)
pembaris : mendalam maksud kau tu.
Lelakisemalam : bakal tiba.
Koskakiungu : waalaikummussalam. alhamdulillah sihat. ;)
miss inna : keluarkan ia habis-habisan jika ia melegakan kamu inna.
keding : macam aku.
delarocha : doakan sekali untuk aku.
dill : fuhhh!!! nah tiupan semangat buat dill. kuat ya!
Bidadari Syurga : something? hmmm. mungkin. ;)
pemuzik jalanan : iya-iyalah adik puaka. kita memang hensem macam anuar zain kan. ;)
KekupuLangit : iya benar. :)
Aku pula terlalu murah air mata bila diduga..kalau yg tidak mengenali aku mungkin nampak aku lemah x berdaya..tp sbnrnya dari situ aku bangkit lebih bertenaga..~
tiap org punya kelebihan sendiri utk menangani mehnah dunia..apa yg penting,kita jgn pernah lupa DIA~ =)
sama..sy pun ego..klu tumpah juga..maknanya dh x terbendung dh lg...
menangis tanpa sebab adalah sia sia..air mata sekarang mahal dari bil2 air yang tertunggak.
Assalam...
Hey! Kawan...
Walau nilai airmata itu tidak murah, tapi mengeluarkannya secara ikhlas juga tinggi harganya.
Kuat seperti sauh okes! :-)
Sal IjOu : betul tu Sal. menangis tak bermakna kita lemah. cumanya aku ini hatinya sudah keras batu. sebab tu egois air mata.
Hidaya Sarbini : kalau tumpah pun barangkali yang melibatkan keluarga.
Nana : indeed.
Wilayah Sepet Kuku : waalaikummussalam. kuat seperti sauh. aku senyum dan semakin bersemangat. terima kasih! :)
jangan nanges. tuhan ada, aku pon ada kak
Post a Comment