Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Sunday, December 11, 2011

Rasa yang paling celaka.


Seperti yang pernah aku muntahkan di sini dahulu, aku ini orangnya paling sukar untuk jatuh percaya pada setiap kata ataupun perlakuan sesiapa pun. Walau segigih mana pun aku diyakinkan, hati aku paling tidak pun hanya mampu terusik sedikit, dan selebihnya lebih pada jatuh rasa ragu-ragu. Dan pabila saatnya aku terjatuh percaya lewat baru-baru ini, ia hampir memecahkan tembok keegoan sendiri dan memahat kepercayaan dek rasa yang sedang diyakini. Namun sayangnya, ia sebenarnya meninggalkan satu rasa yang sehingga saat ini mahu saja aku bunuh dan tanam dalam-dalam segala ingatan yang sedang mewah di fikiran. Tahukah kau kawan, ia adalah rasa yang paling celaka dan menyebalkan. Saat ini, aku dengar ada ketawa mengiringi kebebalan aku.

30 comments:

APi said...

ketawa mereka hanya sementara..
percayalah

hani said...

ya
aku tahu
mungkin kita panggil saja yang kali ini sebagai pengalaman.
boleh kan? :)

ami manaf said...

pernah melaluinya...
dan ya, anggaplah ia satu pengalaman...

reenapple said...

aku faham situasi itu... =)

pemuzik jalanan said...

Ada manusia yang lagi puaka?

Hah, baik jugak sy nih sebenarnya kan. Syukur awk jumpa sy kan.

Lai Qma said...

knpe tu..
apep0n,sabar yaa

tieykah said...

nape babe?

Pembunuh Tanpa Bayang said...

saat rasa percaya itu mati,rasa hati tidak dapat diyakini dengan sepastinya.

kepercayaan yang sudah mati.

dan aku takut untuk terus meletakkan kepercayaan pada sesiapa yang berada di sekeliling aku,kerana aku sendiri pernah dikhianati di tikam sampai mati.dan ianya terlalu sakit untuk di tanggung.

dan sekarang,aku memilih untuk tidak terus meletakkan kepercayaan pada orang tanpa aku benar benar berasa yakin.

sahabat,
kamu baik baik saja kan?
senyum untuk kamu... =)

Liyana Zahim said...

Bunuhla mrk2 itu..
Moral: No on shud b trusted..

P/S: Mse festival krgkrf tu aku xde pon.. :D

Boneka Tak Sakit said...

biasala kot.. xyh la over blaming diri sndiri

~SaL IjOu~ said...

bila terjadi perkara sebegini pada aku..mungkin pada awalnya aku rasa bebal..tp kemudian aku bangkit & ketawakan si dia..x semudah itu utk dia buat aku tewas..malahan aku akan bangkit lebih gagah~

aku harap kau pun begitu,Hana..=)

Alkisah said...

menyebal tu apa?

dill said...

hana, moga rasa celaka tu cepat kejauhan dari kamu.

dill.

∫êℳå ℋiℳå₩åℛï said...

sabar erk..

dayah said...

mmg susah.. nk carik kawan masa susah.
hati2 k

delarocha said...

makin sukar untuk percaya nampaknya

EL MARIACHI said...

...so just berlakon aje suka dengan mereka...

Rain said...

dibunuh rasa percaya.
terasa mahu tikam mereka yang dusta

amy syahirah said...

kenapa smua org sedih niee ;(

wan hamizi said...

mungkin rasa itu mencucuk pedih dlm2 hati kamu dan bisa rosak jiwanya..sabar itu ubtnya..itu juga percikkan semangat utk kamu bangun melawan semua..lebih2 lagi si pengkhianat itu..musuh durjana!!

Wadi AR said...

:) sabar ye kak

dayya said...

semoga si pencelaka terasa celaka baca rintihan kamu. Sayang, tabah! :)

♥ MS ♥ said...

aku cuba faham. dan sekarang aku dah faham. well, biasalah hidup kan :|

Yellow LEOpard said...

aku rasa mcm kau dah luahkan apa yg aku rasa. mungkin.

say to easy=) said...

saya faham situasi itu..sabar yah.

intan.maisarah said...

hana, saya sedang mengalami keadaan yang sama.

Bidadari Syurga said...

jatuh cinta... aku kira mati sudah... untuk satu rasapun payah...

ps: barangkali... masamu belum tiba... ego pd gaya yg betul... sebenarnya menyerlahkn seksi kamu di situ... :p

hanaahmad said...

APi : aku dah berhentikan ketawa itu.

hani : heh. boleh tapi aku dah serik sebenarnya.

ami manaf : serik.

reenapple : terima kasih kawan. ;)

pemuzik jalanan : awak puaka, dia celaka. sayang awak! ;)

Lai Qma : sedang bersabar.

tieykah : patah hati babe. ;)

Pembunuh Tanpa Bayang : aku baik-baik sahaja. sebenarnya ia tak sakit sangat pun. cuma aku kecewa dengan golongan yang satu ni.

Liyana Zahim : dah lama aku susah nak percaya kat orang, kali ni bila dah jatuh percaya, sekali lagi aku ditipu hidup-hidup.

Boneka Tak Sakit : biasalah aku. ;)

SaL IjOu : kau kuat, dan aku pun sebenarnya mampu. terima kasih kawan!

Alkisah : kata dasarnya bebal. ;)

dill : sudah semakin jauh. terima kasih dill. :)

IeMa Himawari : sedang. ;)

dayah : erk. hehe. terima kasih dayah. ;)

delarocha : kau sudah pun memahaminya. ;)

EL MARIACHI : Dah jatuh suka, tapi aku ditipu dengan kata-kata manis.

hanaahmad said...

Rain : sangat menginginkannya.

amy syahirah : semua orang ada musimnya kan. ;)

wan hamizi : heh. kalaulah ia mudah. moga ada yang mengerti.

Wadi AR : sedang sabar dik. ;)

dayya : aku rasa dia sudah pun membacanya tapi langsung tidak memahami. Ya, aku sedang sayang!

MS : ya, inilah kehidupan.

Yellow LEOpard : hampir semua aku hamburkan.

say to easy : sentiasa. terima kasih. :)

intan.maisarah : ouch. ianya sakit kan? aku harap kau dapat bertahan.

Bidadari Syurga : sebenarnya aku dah serik. aku tak tahu apa silapnya. terima kasih kawan. ;)

Wilayah Sepet Kuku said...

Rasa yang paling celaka, itu kelak akn buat kau rasa itulah yang paling enak...nikmatilah ia sebaik mungkin..kita org2 terpilih utk merasa itu..ayoh!