Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Saturday, September 24, 2011

Percubaan

Setiap hal di dunia memerlukan percubaan untuk terus hidup, sama ada gagal atau berjaya ia tetap dimulakan dengan percubaan.

Sinetron You’re Hired yang dipertontonkan lewat petang itu menggambarkan bahwa, segala-gala yang dipentaskan di dunia ini memerlukan percubaan. Bermula dari sebuah perhubungan sehingga kepada ikatan komitmen yang segalanya perlu disertai dengan kata kerja ‘cuba’. Dalam sinetron itu digambarkan hati si gadis menjadi kecil akibat keputusan sang pria yang mahu mencuba segalanya. Dari mahu mencuba untuk berkawan, sehingga mencuba memikat seterusnya mencuba untuk bercinta, dan ia akhirnya berakhir dengan cubaan untuk berpisah. Lantaran paparan cubaan untuk berpisah itu, gadisnya berkecil hati merasanya sang pria seorang yang hanya mahu mencuba dan langsung tidak yakin akan kemampuan hati untuk memiliki. Atas paparan itu, menyebabkan aku berfikir, ya barangkali benar...setiap hal dalam dunia ini memerlukan setiap percubaan. Sedangkan hakikatnya sudah kita ketahui bahwa cubaan hidup pun sudah menggunakan kata kerja cuba, apatah lagi dalam mengharungi setiap percubaan. Pernah aku dileteri seorang sahabat yang menyarankan aku agar mencuba sebelum membuat keputusan terburu-buru. Aku dengan angkuh membidas bahwa aku tidak mahu mencuba jika akhirnya aku kalah dan menjadi mangsa yang sakitnya menjadi kudis. Tidak mampu. Dan, sahabat itu barangkali sudah kalah dan langsung tidak berminat untuk meleteri aku lagi. Sehinggalah setelah aku tersedar dari segala keangkuhan yang tidak berkesan, aku sememangnya penakut dalam hal berkaitan komitmen dan ikatan hati. Waktu ini, aku sedang belajar mencoba.

27 comments:

Akulah Pak Lan said...

easier said than done. walaupun kita nak cuba tetap akan ada rasa takut yg menyebababkan kita sering berundur

semutsengal said...

perghh ayat!

Waqheh said...

kata kerja...gua suka ayat ni..

~Kenanga Suchi~ said...

'cuba' itu perlu dalam meneruskan hidup...
jika sekali sudah gagal...
perlu terus mencuba...
agar jaya digenggam..


=)

Pocket said...

cuba,
bahaya woo kata kerja ni,
kamu coba kawin ngan pocket tengok,
siksa ker tak?... siksa dik, sure siksa.
so nak coba ker tak?
baik tak yah.
(Walaupun pocket yang gatal ni
akan kater'apa salahnya! ...
diam lah pocket!!)

Coba baik baik dulu okeh,
nanti kalau rasa hampir selari,
jangan lompat lagi, sampai sure
baru lompat.

(Bukan ngan pocket!!
ngan sesapa sajalah yg
kamu maksudkan tuu)

intan.maisarah said...

currently reading this with a "sigh"

dill said...

cuba jaya.

:)

dill.

Unknown said...

kita sama.

takut pada komitmen.
:) *dan aku masih belum berani membuka peluang dan ruang.*

kadang2 rasa diri sendiri ni sadis juga.
huhuhu.

Wadi AR said...

akakk miau miau. *tak tahu nak komen ape

JelinaJoli said...

jangan takut komitmen sebab komitmen bukan orang

~Sal Ismail~ said...

aku cuba..selalunya x berjaya~
tp aku xpernah putus asa~

Terus mencuba ya Hana chan!~

Cobalah Coba~ ^^

ewanthology said...

sebelum mencuba perlu ada research dulu kot. cuba membabi buta confirm la gagal jawabnya.

♥ Nana BamBam ♥ said...

komitmen ni bukan susah nak dilakukan....kalau kita dah sedia ia bukan 1 beban dah bg kita kan...

Liyana Zahim said...

Percubaan itu membuahkan pengalaman dan pengalaman itu medewasakan.. :)

Pondok Usang said...

cant stop the heart inside... when love n hate collide...

Aween Md Zahir said...

try an error :)
you never try you never know ~!

percubaan itu kadang2 besh..
kalo hampeh lak,,tp bila dikenang still we think that is the memorable moment that could ever happen in our life :)

Anonymous said...

suka kata2 akhir kamu itu,aku sedang belajar mencoba :)

aibat said...

cobaan...:)

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

jangan mengalah sebelom mencuba :)

yusenze said...

Bermakna betul la susunan kata-kata, "Orang yang tidak pernah gagal adalah orang yang tidak pernah menCUBA". hahha.. Cuma kata kerja "cuba" ni terlalu sukar untuk laksanakan secara transitif mahupun intransitif.. hahha..

Anonymous said...

yang aku tahu sinetron itu panjang....

dayah said...

sinetron tu aku baru nk google, hmm aku baik2 je, beraya sakan tahun ni..meredah jalan sesat 2kali ikut jalan yang sama, aku drive org kasi guide kita sesat,
mmg teringat kan kau..dan minta ampun sebab pernah menyusahkan kau dulu hantar kan aku balik sampai ampang,

takde apa yang berubah slagi kita tak mencuba berubah kan, pastu tawakal pendek ek

Elie Lily said...

peh! ni entry hebat ni! :)

APi said...

tak salah mencuba..
masa masih ada.. =]

ghost said...

aku mencuba untuk memahami.

hanaahmad said...

Akulan Pak Lan : berkata memang senang kan PakLan? :)

muhamad hanif : kenapa?

Waqheh : gua juga suka. :)

Kenanga Suchi : cuba jaya usaha jaya. aku adalah orang yang suka mencuba tapi masih punya rasa takut.

Pocket : kahwin itu perlukan istikarah. aku belum berani mencuba.

intan.maisarah : :)

dill : ya, insyaAllah.

dayya : pathetic kan? :)

Wadi AR : miau miau adik. :)

JelinaJoli : betul juga tu. :)

SaLIjOu : insyaAllah. aku akan cuba!

delarocha : ya, barangkali.

Nana : komitmen > tanggungjawab. bebanan buat aku.

Liyana Zahim : ya, itu pasti.

Iwanski : semua tak boleh dipaksa.

hanaahmad said...

Nur Aizureen Md Zahir : orang yang suka mencuba adalah orang yang berani. :)

miratun madihah : terima kasih kerna suka. :)

aibat : P Ramlee! :)

choki : ya, aku coba tidak mengalah.

yusenze : ada juga yang berjaya tanpa sebarang percubaan dan cubaan. jadi bila sekali dia jatuh, dia terus terbeban kerna tidak pernah merasai apa itu gagal.

Khry Hnry : ya, boleh juga disebut drama.

hidayahjamal : sekurang-kurangnya aku mencuba menghantar kau pulang ke rumah dengan selamat kan Dayah? :)

Elie Lily : biasa-biasa aja.

Api : ya, selagi punya masa.:)

ghost writer : aku juga.