Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Thursday, September 22, 2011

Pelangi

Hati aku sememangnya seolah-olah diadun untuk berasa menyedihkan dan sunyi dari kecil. Selain rasa tersiat dek kekejaman mereka yang digelar kawan, aku juga percaya bahawa rasa sunyi yang aku rasa ini adalah normal untuk orang-orang yang sibuk membina profesi tanpa sebarang ikatan komitmen pada jambatan perhubungan. Hidup ini sememangnya mengkagumkan bilamana, saat bermulanya setiap tahun, aku dilimpahkan dengan bermacam jenis manusia di sekeliling. Mereka-mereka di sekeliling ini aku angkatkan mereka tinggi-tinggi sebagai seorang kenalan dan untuk semalam; aku rasa terharu sungguh-sungguh dengan Iwanski lantaran warkah yang dititipkan. Berbekal warkah penuh manisan tanpa madu itu, aku tidur lena bersama senyuman dan jujurnya untuk aku; tidur tanpa mimpi itu lebih menyamankan dari mainan tidur yang merosakkan segala. Malam semalam, aku tersedar bahwa; aku tidak pernah keseorangan kerna kamu-kamu yang sedang membaca saat ini ada di kiri dan kananku dengan senyuman yang aku kira termanis di dunia ini. Terima kasih kalian. Hari ini, langit aku cerah dan segar dengan adanya pelangi manis seperti kamu-kamu. Ya, kamu.

Benarlah seperti yang dikatakan Tieykah; kenalan di sini (baca : alam maya) lebih memahami apa yang kita rasa berbanding rakan di realiti. Aku angguk tanda setuju.

31 comments:

pembaris said...

cuba waktu kerja macam saya..pukul 8 pagi tu lunch break..amacam?siapa yang nak paham..

rafiq said...

benar katamu. kami disini ada untuk kamu.

HEROICzero said...

*dongak kepala*

pelangi indah , pasti ada yang menunggu .

hanaahmad said...

pembaris : ok gak tu, lunch break aku jam 5 petang. keh3.

rafiq : ya, terima kasih. :)

hanaahmad said...

HEROICzero : ya, moga-moga. :)

amie said...

alam maya memang jauh lebih indah dari alam realiti, kerana maya lebih kepada imaginasi... namun saya akui saya juga senang dengan rakan maya....

JelinaJoli said...

tidur mimpi hantu yang buat gua rasa malas nak tidur...

~SaL IjOu~ said...

*Aku petik kembali apa yg aku luahkan di comment mukabuku kapten atok*

Aku setuju dgn Hana chan!~ bg aku pula,
bila kita meluahkan sesuatu idea, atau sedih tentang sesuatu isu..kita akan luahkan di blog..& kala itu kwn2 alam maya muncul memberi
idea, memberi pandangan & cadangan, memberi sokongan atau kritikan..walaupun mereka sebenarnya tidakla betul2 mengenali siapa kita..tp bila kita baca luahan personal..kita rasa lebih dekat dgn seseorang tu..kwn realiti pula, x semua tahu apa yg kita rasa..hanya pada mereka yg kita luahkan saja..itupun cuma sebilangan cuma..mcmna dengan yg lain2 pula..mereka hanya nampak kita gembira saja..
~ sekadar pandangan & apa yg aku rasa~
kalau x setuju..ya, tiap org punya pandangan berbeza..tiada salahnya~ =)

misya mialen said...

maka, saya pun setuju dengan kamu.kawan maya seperti sangat memahami kita bila mana dia membaca dan memberi komen. alhamdulillah. teruskan saja meluah rasa, selagi mata masih boleh membaca selagi itulah saya membaca dan cuba memahami erti monolog kamu;D

delarocha said...

ada bezanya menilai seorang rakan di alam maya dan di alam realiti.

alam maya - dinilai melalui penulisan

alam realiti - dinilai melalui perangai

hanaahmad said...

amie : setuju. tapi apa-apa berpijaklah pada dunia yang realiti kan. :)

JelinaJoli : gua paling nyampah kalau mimpi mati. huh.

~SaL IjOu~ : ya, tiada bangkangan di situ. lagi satu mungkin aku jenis pendam dengan kawan-kawan realiti berbanding dengan kawan alam maya. :)

misya mialen : terima kasih. :)

hanaahmad said...

delarocha : ya, itu aku setuju sangat-sangat. dan aku rasa aku dapat menilai seseorang melalui penulisannya. bila di realiti melalui perangai dan respons secara fizikal. ada beda di situ. :)

hidayahjamal said...

terima kasih hana sbb menghargai kwn alam maya, smg senyum selalu

dayya said...

aku pun, jujur setuju.

hanaahmad said...

hidayahjamal : ya, sama-sama. :)

dayya : terima kasih! :)

Liyana Zahim said...

Bila di alam maya kte berbicara dari hati ke hati bukan mulut ke mulut yg lg lantang berkata2 menyakit hati dan perasaan.. Jd, ayuhlah kite berkawan dlm blog shj.. Herherher.. :)

Iwanski said...

Wahh...namaku telah di mentioned kan.. Ku gembira kerana buatkan dirimmu ceria.. ibarat seperti dibingkis bunga sekuntum buatkan dirimu tersenyum.. =)

ORLANDO AHMAD said...

setuju ngan laling...

lalalala

Waqheh said...

gua pelangi yg warna mana satu beb? pelangi ada 7 kaler..kat cni byk kaler ada ni...adakah gua kaler yg baru ditonakan..dari warna asas dgn warna skunder..

~Nana 귀여운~ said...

pelangi itu indah, pelbagai warna membuat hati kita terusik kegembiraan..seperti kawan memberi kita kegembiraan itu. kita tidak pernah keseorangan kan kerana kawan kita ada bersama kita :)

Khry Hnry said...

tabahlah mengharunginya....

Pocket said...

dan juga,
dalam alam maya,
tiada bias gaji,
or bias keja besh,
hanya kamu yang tulus ikhlas kamu sahaja.

(Icon yang comel memang tetap membantu)

muhamad hanif said...

untunglah jadi pelangi. gua harap gua boleh jadi awan.

awan nano pun ok...



lalalalalalala..

Bie'z said...

hoho rindu utk membaca monologmu itu!
hoho owesome!
hoho maya karin pun ok! wahaha...
hoho setuju!!!

Akulah Pak Lan said...

friend in virtual world sometimes can be good, but somtimes not

bloghok said...

wahh sungguh dalam

Elie Lily said...

di alam maya, macam2 adaaa..

shandye. said...

And then, in the blowing clouds, she saw a band of faint iridescence of coloring in faint shadows, portion of the hill. And forgetting, startled, she looked for the hovering color and saw a rainbow forming itself. In one place it gleamed fiercely, and, her heart anguished with hope, she sought the shadow of iris where the bow should be. Steadily the color gathered, mysteriously, from nowhere, it took presence upon itself, there was a faint, vast rainbow.

(D.H. Laurence, The Rainbow, chapter 16)

miratun madihah said...

tersenyum lalu berkata dalam hat,eh betul juga cakap awak ni :)

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

memang mendalam . choki pom hangguk tanda setuju . :)

hanaahmad said...

Liyana Zahim : aku takde masalah nak berkawan di luar sekali. ngee. :)

Iwanski : aku suka menggembirakan orang lain seperti mana orang lain cuba menggembirakan aku. :)

ORLANDO AHMAD : rindu kat abam lando. :)

Waqheh : mana-mana yang kau suka, aku tidak kisah. :)

Nana : tapi aku selalu jumpa kawan yang menyakitkan hati.

khry hnry : mencuba.

pocket : apakah icon yang comel itu?

muhamad hanif : ya, silakan jadi awan nano. :)

Bie'z : maya karin??

Pak Lan : depends.

bloghok : masih tak menjangkau dalaman hati aku.

Elie Lily : itu aku setuju. 100%.

shandye : dasyat kau. keh3

miratun madihah : ada juga yang salahnya. :)

choki : :)