Wednesday, September 28, 2011
Kejam
Nampaknya aku terlalu kejam menghukum seseorang di sekeliling aku ini saat ini. Setelah apa yang dia lakukan, sungguh-sungguh hati aku menidakkan untuk terus-terusan berlembut. Sudah lama rasanya aku tidak berkongsi rasa marah dengan cara begini. Bertahun rasanya aku kawal cantik-cantik sifat yang paling aku benci namun ini kali ia rosak gara-gara hadirnya si pelaku yang cukup menjelikkan aku. Lantaran itu, aku jatuhkan hukuman mandatori ke atas si perilaku dengan enggan terlalu bermesra apatah lagi bersifat ramah tanda protes bahawa aku jelik dengan sikapnya itu. Heh, aku sedar bahwa tiada manusia yang sempurna tapi aku langsung tidak mengharapkan kesempurnaan darinya. Cuma, aku mahukan rasa hormat dan faham situasi orang lain juga sedikit rasa tanggungjawab atas sesuatu yang kita kongsi bersama. Oh sebelum disalah anggap, aku bukan bermonolog perihal lelaki dan jauh sekali berkaitan hati. Ini perihal orang di sekeliling aku yang kayaknya hidup dengan mengambil mudah dalam segala hal tanpa faham apa itu erti hormati orang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
27 comments:
sabar ya kak . teruk sgt ke apa yg dia buat kat akak ?
bila bercampur gaul ni, memang macam macam jenis orang yang kita boleh jumpa. boleh layan atau tidak... itu kita yang menentukannya.
blog berwajah baru.:D
nape ni babe?
"hang nak kerja dengan company aku? aku boleh ekjas.requiremen -willing to smoke.kalau tak hisap rokok nanti tensen nya boleh menyebabkan amuk.baik isap rokok"
kawan aku ajak aku kerja dengan dia..releven dak dengan cerita hang..
banyak2 kan bersabar :)
manusia ragam memang byk. sejauh mana kita cuba melarikan dirinya, semakin dekat kita dengannya. kerana itu la hakikat kehidupan.
sabar ada hadnya. ni pun tgh bersabar dgn kerenah2 anak2 buah. huhuh
eh tu gigi lu ker? guna ubat gigi darlie ke sparkle?
releks geng... :) Cool. jom lepak pyramid..:D
hukuman mandatori adalah jalan yang terakhir sekali..
jika itu diberikan, tiada lagi jalan pulang..
ingin dihormati,hormati yang lain dulu
ingin dihormati,hormati diri sendiri juga
aku benci manusia parasit!
manusia2 sebegitu semmgnya x tahu malu..x sedar diri..~
hadapi perkara sama . mahu diherdik , orang sekeliling pula . nanti janggal .
entah .
sabar2 bawak bertenang.. tenangkan hati dan fikiran :D
rileks... jumaat2 ni jom layan makan pisang kat mesjid
Walau sepalit mana pun kedukaan yang di hadapi.. hati tetap tersenyum kerana mengerti segalanya adalah ujian ilahi... =) ~Duka Dalam Senyum~
m.a.n.u.s.i.a hana. peratikan ejaan. kompleks.
biasalah tuh kan,,tabahkan je lah diri,,kita sendiri pun ada ragamnya kan,,cuba bukan kita yg menilai :)
sesungguhnya manusia sukar dijangka
chill..jom cool down minum iced milo..umm
sabo ye . manusia nie banyak ragamnye . dan sukar dijangka tindakannya
saya suka imej baru blog ini ;)
yeahh you go tell em girrl. *pasukan sorak*
jangan pendam, nanti bernanah susah. luahkan dalam apa saja cara kau pilih kejelikan yang kau maksudkan. doakan dia, dia dan dia akan boleh berubah ke arah kebaikan. :)
Fara E's : susah nak terang.
delarocha : terpaksa hadapi semua.
tieykah : huhu, adalah someone di sekeliling aku. :D rindu kau babe.
pembaris : kurang bro.
Etong : sedang cuba.
Pak Lan : dan aku sedang menerimanya.
Waqheh : gua takde gigi secantik itu dan gua berkulit gelap.
syahirooAhmad : mari! :D
Api : aku rasa mahu laksanakan hukum hudud pula.
pembunuh tanpa bayang : ada orang tak reti hormati diri sendiri apatah lagi orang lain.
SaL IjOu : memang pelbagai.
HEROICzero : diam saja barangkali.
amranaiman : sedang.
ORLANDO AHMAD : dah lama mengidam pisang.
Iwanski : hadapi dengan senyuman. macam lagu dewa.
kepala manchiss : aku baru menyedarinya.
yen : ya setuju. :)
twinkle : kompleks.
Nana : aku nak coolblog. :)
choki : itulah....
azham : aku pun suka. :)
ungu : terlompat-lompat aku baca.
haikalblank. : aku cuba.
luahan perasaan awak ea?
saya suka susun atur kata-kata ....
hari demi hari insyaallah saya akan terus membaca... mgkin menjadi ilham buat saya..
Post a Comment