Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Wednesday, February 15, 2012

Bakal jatuh.

Manusia yang degil adalah manusia yang tidak takut akan apa yang bakal terjadi pada hari mendatang. Manusia yang degil adalah manusia yang berani menghadapi setiap risiko pada ketentuan yang bakal dihadapkan. Aku, sedang dan masih lagi berdegil untuk mengulang kembali setiap sejarah yang pernah aku kecewakan dulu-dulu. Sedangkan, terang-terangan aku tahu dan jelas mengetahuinya bahwa, aku bakal jatuh tersungkur, berdarah dan merasai kesakitan serta hidup bersama parut yang menyebalkan. Aku bakal mengaduh sakit, terbeban, juga merasai terkilan lantaran parut yang dikesankan. Bakal, dan aku harap parutnya tidak kekal kerna aku bakal berdegil-degil sekali lagi. Masih berdegil. Nampak kuat ya? Sebenar-sebenarnya akulah orang yang paling bodoh dan bebal, yang memilih untuk disakiti oleh mereka-mereka yang kabur matanya pada setiap kejadian yang dilahirkan berbeda-beda. 

Bersiap-siagalah, 
aku bakal jatuh dan harus kuat untuk itu.
 Untuk sekali lagi, dan untuk sekian kalinya.

30 comments:

AA said...

kuatkan diri. jangan terlalu "degil" .

p/s: kalau hana jatuh, saya boleh tolong sambut. ekekekeke.

Aween Md Zahir said...

aja-aja hwaitin !
aku tahu sis kuat :)

Hafizin Jamil said...

kena sediakan backup yang kuat juga..hehe

reenapple said...

bersiap sedia menghadapi risiko dia tas setiap pilihan yang diambiil...

terus kuat ya...=)

inna_risna said...

sediakn backup jika tahu bakal kesannya.

Zehan Ilyana said...

akak, be strong ya?
:)

yongpropaghandi said...

well,manusia yg berjaya adalah manusia yang degil (tak mudah putus asa).Ia bukan kebodohan,tapi kematangan.

semutsengal said...

jika setiap kali jatuh tu mengajarkan sesuatu yang baik, takda kerugian disitu.

.drakula. said...

mereka2 yang seringkali jatuh suatu hari nanti bakal degil berdiri sendiri....insyaallah.

pembaris said...

kita sama.dan sekarang macam berharap ada orang hulur tangan

Wadi AR said...

kakak kuat! kakak kuat!


*mcm pompom girl

Muhammad Rafiq Hasrudin said...

jatuh sekali bukan bermakna jatuh selamanya kan?

ewanthology said...

degil!!!

ghost said...

kau bukan takat degil,tapi kau sangat berani. :)

Telor Power said...

tak salah kalau berdegil utk mencuba lagi

lulu said...

perlu kuat! degil itu penting..

Liyana Zahim said...

Sy tidak degil dan sy tidak mahu ler jatuh tersungkur dan berdarah.. Pakai plaster dan bandage itu tidak bess..

si ngokngek said...

kadang menjadi degil itu sangat sakit..

pemuzik jalanan said...

Biar di mata orang kita nampak kuat kak, biar. Jangan sampai kita dipijak sedang pada dasarnya mmg kita seakan dipijak. Berbelit pulak.

Unknown said...

hmm.

pandai pandailah.

cuma , kalau boleh elakkan jalan atas lantai yang licin.

hani said...

alah bisa tegal biasa. sebab kau sudah terbiasa jatuhlah maka kau tak heran malah serah diri untuk merasai sakitnya sekali lagi

Bidadari Syurga said...

jatuh? siapa tahu kamu jatuh melainkan DIA. make sure kali ini kamu kuat hana. bila dah byk kali lalu perkara yg sama seharusnya kamu gua 'siap-siaga' itu untuk cari landai yg agak2 lembut

Unknown said...

bersiap sedia

~Sal Ismail~ said...

kau cukup kebal,hana~
terus bertahan ya~

Unknown said...

mungkin kita pernah bodoh dan bebal. tapi kita tidak akan lagi jadi bodoh dan bebal.

Koding said...

Koding Berkata:
Kedegilan untuk melaksanakan sesuatu yang baik sehingga berjaya adalah suatu sikap positif...

SYARIFF HAIKAL said...

kau tahu kau akan jatuh tp kau masih mahu teruskan.kau manusia hebat.kau perlu yakin.jatuh itu perlu.sgt perlu.

cik ciput said...

dengan jatuh itu akan buat kau lebih kuat apabila kau jatuh lgi satu hari nnti..

yg penting, belajar dri pengalaman =_

hanaahmad said...

MS : larat nak sambut saya yang berat ni? hehe.

Aween Md Zahir : terima kasih adik!

H.J : sudah ada. terima kasih! '

reenapple : harus berani untuk risiko yang diambil. ;)

miss inna : sudah ada. ;)

Teenager Housemaid : sentiasa untuk itu. ;)

yong : ada benarnya. ;)

semutsengal : mengajar dan memberi pengalaman. berguna. ;)

Republic : moga-moga.

pembaris : aku sangat memerlukan huluran tangan.

Wadi AR : wadi comel dan manis. terima kasih.

rafiq : jatuh lapan kali, dan aku bangkit 10 kali. ;)

delarocha : itu aku. ;)

ghost writer : masih ada sisi penakutnya.

Telor Power : aku tahu tapi nampak tersangat bebal.

hanaahmad said...

casablander : sedang berkuat-kuat!

Liyana Zahim : memang tak best. ;)

si ngokngek : sangat dan meninggalkan kesan.

pemuzik jalanan : dah kenapa dengan awak adik puaka?

Juno : sudah pun tergelincir.

hani : aku sudah putus asa.

Bidadari Syurga : landainya lembut kali ini. syukur. sakitnya tidak menyengat seperti dahulu.

Fara E's : sudah pun melaluinya.

SaL Ijou : sedang untuk itu. ;)

EZAN IDMA : belajar dari kesilapan ya?

Koding : tapi ia sedikit menyakitkan aku.

SYARIFF HAIKAL : tapi aku sakit dan sedikit bebal.

cik ciput : tak mampu untuk mempelajarinya lagi.