Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Saturday, February 18, 2012

IFall.

Walau berkali-kali aku jatuh, maka lebih berkali-kali aku akan bangun untuk terus hidup.

Ketika ditawar untuk menjadi sebahagian daripada mereka, aku sedikit teruja dan gembira; sementelah mimpi-mimpi kecil untuk membukukan penulisan yang hanya picisan ini aku fikir barangkali hanya satu angan-angan usang yang telah lama dibiarkan sepi. Jujur kata, aku sedikit tertekan bagi menyudahkan dua kisah yang berpaksikan pada satu rasa ini. Ketepikan sahaja segala rintangan remeh yang aku lalui, syukur ia selesai dengan sedikit keringat.
Buku yang diberi judul IFall ini menghimpunkan 21 pengkongsi rasa terdiri daripada mereka; april, KHRLHYSM, Amiey White, nasyrun, Gajah Putih (Abu Abbas), Rifa Johan, Qiez Medusa AR, Isaac Ismael, KarlAzman, M. Faiz Syahmi, Azreen Yusof, Hanif Boey, Zoul Yazix, Ghost Writer, CassiaSiamea (Penjuru Kosong), Niya Adriane, Martini Muaz, Izza, Fza Ibrahim, Lucifer dan Hana Ahmad.
Difahamkan IFall; mozek pertama untuk IRise : The Chronologies ini bakal panas di pasaran awal Mac ini. Maka, untuk kalian yang mahu sama-sama merasai kejatuhan dari sisi manis, pahit ataupun segala macam rasa yang ada; terus langsung ke https://www.facebook.com/IRiseTheChronologies. Aku yakin IFall bakal jadi santapan enak untuk dihadamkan kenyang-kenyang. Moga-moga.

49 comments:

Jerr said...

Urmmm. Tajuk die nice IFalls ?

Drop by :)

Karma Harries said...
This comment has been removed by the author.
delarocha said...

moga moga

Khry Hnry said...

nice compilation

semutsengal said...

semoga berjaya yaaww.

Aween Md Zahir said...

sis ! tahniah,,konpem meletopsss..huhu :)

pasti aku mahu 1 copy !

syafiqakarim said...

akan dapat kannnnnnnn.

~SaL IjOu~ said...

aku pasti akan dptknnya~ ^^

H.J said...

mesti meletop..

Telor Power said...

ifall eh.... di MH bookstore ada x?

casablander said...

wah! mesti beli! hehe

Pocket said...

mcm ipad gak:D
kejap!
apa bezanya ngan baca blog?

Akulah Pak Lan said...

Aku jarang baca novel or buku. dan sememangnya aku malas

monologtinism said...

bila jatuh, susahnya la nak bangun balik.
bes ni. selamat membaca..

APi said...

konform kena beli ni.. =)

Elie Lily said...

selamat berjuang! :)

Wadi AR said...

bagi free boleh tak kakak? hihi

Teenager Housemaid said...

nanti, dah ada bajet nak beli! yeay!

Ayie Abas said...

skrg ni nak membukukn penulisan..tak lah susah sgt hana. ada byk kemudahan telah tersedia.

wahhh...best buku tu..tahniah hana berjaya jadi sebahagian team tu.

ghost writer said...

wadi tak habis2 dengan freenya.hahaha..

aniswany said...

wahhh.hana hebat.thumbs up ;')

Juno said...

Lahh ini ke jatuh yang kau maksudkan?

cis aku fikir kau nak terjun dari jambatan pulau pinang.
anti klimaks betul.

Juliet_iRa~" said...

wahhh...

buku y menghimpunkan rmai penkarya..:)

sgt bermanfaat dlm 1 buku..

semutsengal said...

ni mesti tengah sibuk bertweet, blog diabaikan.



HAHAHAHAHAHAHAHAHAH

beautiful_rose said...

aku tunggu buku ini!

EZAN IDMA said...

sy harap sy akan kenyang lepas mndptkan ifall. selama ni mkn tak pernah kenyang hikhik

Bie'z said...

iFall in luv :XD

cimöt said...

wahhhh menarik ni..agak2 boleh x kasi ifall as hadiah besday? ekekeke

.::syifa::. said...

hebat :)

hai~

hani said...

oh.. aku jadi sangaaat teringiiin..
:)

blog-tips-kurus said...

weeeeeeeee... barisan cendekiawan!

ABU said...

wah cam best jak.. aku ada stu lagi buku undergo tengah nak habiskan huhuhu

jeBateja said...

Uikk...buku ke ni...bahsa omputeh ke...aduhaiii....

Eein Azryn said...

nak baca!! ^^

tieykah said...

Dah dapat?

Cikgu Ma said...

nak juga..

SYARIFF HAIKAL said...

selain dari mampu memberi kekenyangan ianya mampu membantu mendapatkan badan yg sasa x hana?.oh penjuru kosong.rakan ku.mana mau cari?

Fara E's said...

macam best

Juliet_iRa~" said...

hana..tahniah sbb karya hana ada dlm buku tu..:)

psss : oke hana..nt kalo ada gathering br ira btau ea..shah alam dkt je la..heee

semutsengal said...

.....................................................................

Syf serabai. said...

wow,kau pun terlibat sama? salut!

cik ciput said...

buku baru? nice.. =)

Alieza Dayasari said...

macam terpengaruh jer dgn i fall ni.....
beli ker tak..... ermmmmm

Kepala Manchis said...

yeah!!

ifall bunyinya ada iras iwan falls

Hanim Irsyad said...

selamat berjuang!! yeah! :)

hanaahmad said...

Jerr : Yup, IFall. ;)

delarocha : insyaAllah.

Khry Hnry : moga-moga. ;)

semutsengal : terima kasih yaw~

Aween Md Zahir : mohon beli ya nanti. ;)

syafiqakarim : harus. ;)

SaL IjOu : istimewa untuk kau, tunggu ya. ;)

H.J : moga-moga.

Telor Power : Ia hanya dijual atas talian atau di pesta-pesta kesenian.

casablander : silakan.

Pocket : ini buku boleh simpan, lagi sedap nak hadam. ;)

PakLan : tak menyokong langsung.

hanaahmad said...

monologtism : belum publish lagi. bakal keluar Mac ini. mohon beli ya. :)

APi : wajib untuk kau. ;)

Elie Lily : terima kasih!

Wadi AR : er? haha. beli lah dik!

Teenager Housemaid : simpan RM1 mulai sekarang dan bila cukup 20 hari sudah boleh dapatkan ini buku! ;)

Ayie Abas : syukur. ;)

ghost : dengan kau pun dia mintak? haha.

aniswany : syukur. sekadar picisan. ;)

Juno : tiada kena mengena yang jatuh dahulu dengan yang ini pun. ;)

Juliet Ira : moga ia memberi manfaat. ;)

semutsengal : dengki.

beautiful_rose : mohon beli. ;)

EZAN IDMA : haha. kau ni ezan. takut aku buku ni pula dikunyahnya. ;p

Bie'z : ;)

hanaahmad said...

cimot : haha. bila ulang tahun kelahiran kamu?

syifa : masih kecil. hai kembali. ;)

hani : mohon beli. ;)

blog-tips-kurus : belum sampai tahap itu. ;)

ABU : habiskan yang itu, dan beli yang ini. ;)

jeBateja : campur-campur. :)

Eein Azryn : sila beli. ;)

tieykah : belum keluar lagi. Mac nanti. :)

Cikgu Ma : beli ya nanti?

SYARIFF HAIKAL : haha. badan yang sasa harus ke gym kawan. akan dikeluarkan Mac ini. Boleh beli atas talian atau di pekan frinjan mesti ada jual.

Fara E's : aku rasa best. ;D

Juliet Ira : okay Ira. :)

syf serabai : iya, ada aku. ;)

cik ciput : ya, bakal dikeluarkan Mac ini. ;)

Alieza Dayasari : silalah beli. :)

Kepala Manchis : boleh juga tu. ;)

Hanim Irsyad : terima kasih! :)

Wan Faris said...

macam best je buku nie..
boleh beli nie..