Ini sudah masuknya Disember. Masih awal bulan. Untuk hari-hari yang bakal dilewati, ia bakal menginjak ke penghujung Disember dan deras sekali kita akan kembali ke awal tahunnya di Januari. Sudah hampir beralih kalendar setahun dan berkalih pula pada permulaan setahun yang baru
Apa perkara terbaik yang kau lakukan sepanjang dua ribu sebelas ini ?
Lidah kelu. Hati menimbang tara akan beberapa hal; mengingati segala memori yang telah dilewati semusim yang lalu.
Apa sahaja perkara terbaik yang boleh dijadikan mozek agung untuk masa depan?
Masih kelu. Hati tersentap. Akal berselirat. Emosi tidak keruan.
Tiada?
Terus kelu.
Ada hal yang perlu diukur dan ditimbang tara. Jika setahunnya itu langsung tidak membuah apa-apa; bermakna aku adalah orang yang berada dalam kelompok merugikan. Hidup masih kekal begini. Tersangkut dek kepincangan emosi yang berpanjangan. Menyedihkan.
Disember, mohon panjangkan usia untuk aku lakukan sesuatu yang membahagiakan?
Jangan kau nak bermimpi dalam mimpi.
23 comments:
Mimpi adalah permulaan kecil impian, tapi kita yang malas nak gerakkan.
Bagi saya lah.
azam tinggal azam.
aku rasa aku rugi..esok masih ada
2011 aku cukup teruk . tahun yang gagal , aku kira .
sisa2 hari yg ada , biarlah . =)
*Aku nampak kau di Frinjan , kalau betul itu kau lah . lincah jugak budak nya . keh3x~
2011 aku agak warna wani dengan perkara tak dirancang..
untuk tak digelar rugi ada yang mereka reka kejayaan.
aku berjaya goreng telur tahun ni,
aku dah berjaya mencecah page 13
dlm buku novel inggeris tahun ni,
lagi rugi
hana sayang, terus berusaha!
saye doakan hana tenang sentiasa :)
dill.
tahun 2011 tahun refleksi buat aku..~ ^^
pasti akan ada yg membahagiakan buat kamu Hana,aku doakan itu~ =)
takder halangan untuk terus cuba....keep it up...SILVER LINING...
gelap seluasnya alam tahun 2011 buat aku...
2011 tak bawak banyak erti pada aku. tahun hanya nombor. << boo, juno takde wawasannnnn!
sayang nak tinggalkan 2011.
Ass. Patut untuk merenung, apa yg sdh kita perbuat selama setahun....
Posting menarik. TQ
tahun hadapan masih terlalu jauh..
penghujung bulan ini juga agak jauh..
kerna kita tak dapat nak mengiyakan atau menidakkan apa yang bakal terjadi..
aku rasa la..
ada yg terlunas dengan indah dari sudut yg aku rencanakan... namun di sebaliknya aku berhadapan dengan satu perkara yg aku kira akan berganjak ke tahun hadapan dan tetap tiada penghujungnya...
ps: tahun depan aku mahu sedikit seimbang...
mimpi tu sebahagian daripda impian hari-hari esok,kot? :D
ikhlas aku katakan, hujung tahun kebelakangan ini, aku rasa hidup aku kosong...
Bulan Disember?
2011 pasti pergi
tahun ni, bnyk perkara yg berlaku dlm hidup aku..yg manis, yg pahit, aku rasa sama bnyk..
cuma aku harap, 2012 akan berlaku sesuatu yg indah buat diri aku..cinta, mungkin? =)
tak kira berakhirnya tahun,perjuangan hidup sentiasa menuntut kita lebih waras dalam meneruskannya.
sekejap masa berlalu..
Lucifer : tanpa mimpi, kita tak celik cita-cita. tapi selalunya aku lebih banyak berangan dari bermimpi.
delarocha : heh. moga dapat dilahirkan yang baru untuk tahun depannya ya. ;)
Fauzan Zain : ya, esok sentiasa ada untuk kita-kita yang sering kelupaan ini.
HEROICzero : aku pun sama rasa teruk. hey, lain kali tegur aku ya.
pembaris : kau bertuah.
Pocket : haha. takkan goreng telur pun kau tahu?
dill : ameen dill! kau kawan yang baik, sentiasa doa yang baik2 buat aku. aku harap kau sentiasa dilindungi Tuhan sebaiknya.
SaL IjOu : kau juga sama Sal. aku doa yang baik2 juga untuk kau ameen.
EL MARIACHI : ya, aku sedang mencuba. tapi masa yang terbuang itu yang aku kesalkan.
Republic : terus kuat bro. kau mampu, aku tahu.
Juno : heh, ada sebenarnya kan. kau je yang sengaja buang. ;)
cik azeya : hidup perlu realistik. ;)
Harun Ar : wslm. sama-sama untuk diri sendiri juga sebenarnya.
APi : kita merancang, dan Tuhan maha berkuasa untuk tentukan.
Bidadari syurga : syukur buat kamu. moga2 ia seimbang seperti yang diidamkan.
MS : tanpa usaha pun mimpi tak bermakna.
cEro : kau rasa, sebab kau melayan kekosongan yang ada. cuba kau isi. tengok apa jadi. ;)
tieykah : itu sudah semestinya.
cik ciput : aku doakan buat kau. ameen.
ghost writer : hidup memang takkan pernah habis ghost. cuma waktu saja yang habis terbiar.
pondok usang : sekejap sangat kan. :)
Post a Comment