Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Friday, December 2, 2011

Ada hari-harinya.

Kadang-kadang, ada hari-harinya kita perlu simpan suara dan bersimpuh diam-diam di hujung-hujung ceruk sudut. Ada yang perlu disimpan dan tak semua harus diluah menjadi bahan kongsian bersama. Kita punya sifat ingin tahu yang kukuh namun belum tentu punya sifat kefahaman yang tinggi. Ada yang katanya; dia cukup memahami tentang segala hal yang diluahkan tapi sebenarnya dia hanya mampu menyedapkan rasa hati untuk kita ini bertenang. Syukur untuk itu. Tidak perlukan pelukan penenang namun kata-kata pembangkit semangat sudah cukup menyimpulkan sedikit senyuman. Bukan payah untuk berkongsi rasa, tapi ada hari-harinya; kita perlukan masa untuk diam dan bersendirian tanpa teman. Aku cuma perlukan orang yang lebih memahami sekiranya aku katakan; tiada apa yang perlu dikongsikan dari dipaksa meluah apa yang sedang terbuku. Sebagai kawan, aku hormati kamu jika permintaanku dihormati. Bukan tidak menghargai, tapi mengertilah; ada hari-harinya, hidup perlu juga berseorangan.

Betullah, aku ini jenis pendam rasa.

31 comments:

BERMASALAH said...

teringat apokalips M Nasir.

"ada masanya aku suka berteman, ada masanya aku suka bersendiri"

:)

APi said...

aku sedang mengerti dan memahami walaupun aku sendiri tak pasti..
mungkin ayat terakhir itu lebih sesuai untuk aku, aku rasa la..

Anonymous said...

bukan selalunya kita kene buas

ghost said...

ehem.

rasanya itu yang sepatutnya untuk kamu.

bagi aku,lebih senang mengiyakannya saja. :)

reenapple said...

setuju..kadang-kdang bersendirian itu lagi baik dari berteman... =)

MalizaMah said...

kadang2 kita bukan pendam rasa.. cuma malas dh nak layan rasa.. makin sakit dibuatnya...

benar.. "kata-kata pembangkit semangat sudah cukup menyimpulkan sedikit senyuman" ....

bkn mudah org nk faham...

Pocket said...

lebih baik mendiamkan diri,
dari terlebih cerita...
yang akhirnya merosakkan diri.
tu yg tak nak tuu..

dayah said...

betul, memang la ada benda kita boleh kongsikan dan tak so hati-hati ok:)

"Sometimes quiet people really do have a lot to say...they're just being careful about who they open up to."

~Sal Ismail~ said...

nak berkongsi cerita..bg aku perlu dengan org yg tepat..jika tersalah cerita..makin haru jadinya..jika ada yg memahami, sekurang2nya dia akan memberikan kata2 semangat yg relevant dengan apa yg kita hadapi..tp ya, ada masanya kita perlu masa utk sendiri..sendiri memendam rasa di hati..tp kdg2 sendirian itu lebih menenangkan utk kita reflek diri..~

eLL said...

meh nangis kat bahu aku neh

Unknown said...

hey gadis tabah, aku senyum untuk kau, jadi ubat buang sedikit gundah. setuju? hehe.

Sofea said...

kamu juga seorang pendiam..

dill said...

ada masanya lebih selesa simpan sendiri dari meluah segala.

dill.

Akulah Pak Lan said...

Jom p tgk teater

Misya Mialen said...

Berpadah-padah bila berkata-kata itu lebih baik dari semuanya mahu didedah-didedah.;D

Unknown said...

tak semua benda kita boleh kongsi :)

abang bro EL said...

mengapa tak pecahkan saja kacanya biar ramai...

Liyana Zahim said...

Sy mahu hari2 tdk berkongsi rasa dgn sesiapa.. Lone ranger itu terbaik.. Da more u talk to ppl da more presure u'l receive..

ღKekunangpelangiღ said...

Kadang hendak diluah, tiada yang faham.
Sementara ada, pendam itu lebih baik. Kan? :)

tieykah said...

Jangan pendam

Muntahkan saja

.drakula. said...

pendam rasa sama seperti berduka lara...

Haikal Blank said...

luahan itu perlukan keikhlasan dan keinginan. tiada luah jika dalam desakan.

nahh, aku suka memendam dalam tawa. :D

ewanthology said...

sampai bila mahu pendam?
rasa itu takkan hilang jika sekadar duduk diam.
cari kawan, pergi berhibur.

olen said...

kadang-kadang kita perlu seseorang untuk meluahkan apa yang kita rasa. saya rasa, ibu teman terbaik. jangan pendam. makan dalam, sakit hati yang kita dapat.

Sophie Al-Yahya said...

kadang2 aku pun lebih suka berdiam. =)

syafiqa said...

iqa banyak pendam dr luah kot.tp
kalau tak puas hati,luah mmg seluahnya.haha
dan apa yg tjadi iqa byk cerita dlm blog tp dengan penyampaian yg mtg.
tak cerita nama si polan polan polan.
err.berdiam itu perlu sebenarnya

Cik tikah said...

pendam perasaan memang bagus tpi kadang2 kena luahkan supaya diri x terseksa :)

Bidadari Syurga said...

tak tahu nak kata apa... semuanya dalam entry ini jelas untuk kamu...

ps: kalau aku... diam dan terus diam... lalu pergi... dan diam... salah atau tidak... rugi atau sebaliknya... aku serahkan pada Dia... payah nak minta hati sedap sendiri... kerana sedikit sebanyak... kata-kata luar perlu untuk ampu buat pembakar semangat....

hanaahmad said...

PENCONTENG : aku juga begitu.

APi : mungkin juga.

Khry Hnry : ya, betul tu. ada harinya perlu juga menjadi jinak kan.

ghost writer : ada hari-harinya Phan.

reenapple : ada kalanya juga.

Alieza Dayasari : sangat. bukan mudah orang nak faham.

Pocket : tahu takpa.

Dayah : sedang berhati-hati. terima kasih dayah. ;)

SaL IjOu : ada hari-harinya dan ada masalah yang boleh dikongsi.

eLL : meh sini bahu kau. hehe.

dayya : senyuman kau manis sekali dayya. trimas. ;)

Alkisah : sebenarnya, dan tak ramai yang tahu.

dill : sama macam aku.

Pak Lan : jom, kau belanja.

misya mialen : indeed.

EZAN IDMA : memang sepatutnya begitu kan.

EL MARIACHI : biar mengaduh sampai gaduh begitu? ;)

hanaahmad said...

Liyana Zahim : kalau hari-hari tak berkongsi payah juga cik novelis. ;)

EpoL : ada baik dan buruknya.

tieykah : aku muntah dekat kau boleh sayang? ;)

Republic : itu lebih baik dari tiada siapa yang sudi faham. sekurang-kurangnya hati duka melayan.

haikalblank : ya, aku juga suka begitu sebenarnya.

delarocha : tak semua perlu diluah pada kawan. tak semua suka dengar. hmm.

zureen : hmm..belum kuat untuk berkongsi rasa.

sophie : ada ramai yang suka sebenarnya. ;)

syafiqa karim : ada masa kita perlu juga luahkan. ada masa, diamkan sahaja kan. ;)

cik tikah : susah sebenarnya.

Bidadari Syurga : hmm..aku pun tak memahami diri sendiri sebenarnya.

Pan. said...

aku memahami.hmm