Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Tuesday, October 4, 2011

Tanggapan

Selayaknya aku bukanlah manusia-manusia di bawah lindungan Kaabah yang bisa membanggakan dunia. Aku hanyalah insan kerdil, yang segala pertuturannya adalah isi kosong selain sisi hidupnya tidak lain tidak bukan dipandang dengan sedikit senyuman sinis. Hidup aku hanyalah seperti orang kebiasaan lain yang sisanya hanya semata-mata mengejar profesi dan bersosial bersama rakan-rakan di sekeliling. Namun, aku bukanlah jahil untuk lupa tanggungjawab besar yang harus aku lakukan lima kali sehari (walau kadang-kadang tidak sempurna). Itu pasti, aku cuba menyempurnakannya sehabis baik dari dahulu.

Dalam figura ini, terkepungnya sifat azali yang menenggelamkan segala sisi keayuan yang seharusnya ada dalam tiap wanita. Dengan lagak hero dan sedikit perasaan menjadi pria macho, akulah manusia yang pabila bercakap perihal baik-baik; segala yang diucapkan itu susah untuk memberi rasa jatuhnya percaya dari orang lain. Ditambah dengan wajah angkuh dan langsung tidak memikat hati sang pria, ya mengertilah kawan, segala perbuatan baik-baik dari sisi aku tetap akan dipandang buruk oleh mereka-mereka yang merasakan yang cantik-cantik itu adalah dari kalangan orang baik-baik. Inilah tanggapan aku saat ini, perbetulkan jika ia salah. Aku mahukan jawapan yang kekal memberikan kepuasan.

26 comments:

jeBateja said...

errr....susah betul den nak faham ayat2 hang ni....sungguh berbunga....apa maksudnya erk...adakah setiap hang ucap yg baik atau betul org tak percaya...sebab muka hang tak de menunjukkan hang org baik...?

Mcm tu erk...ahakz....sorry le..org keja kilang ni...lombab sikit...tapi kalau mcm den fahami ni lah....den abaikan saja pendapat org lain....ahakz

hanaahmad said...

jeBateja : ya, betullah apa yang kau faham. :)

dill said...

yang baik jadikan teladan, yang tidak baik jadikan sempadan. just be yourself, hanna :)

kerna itu lebih baik.

dill.

jeBateja said...

jadi...kenapa hang ni nilai lagu tu.....? ada sejarah lampau ke....or hang di nilai dari tingkah laku or pakaian......ahakz

pemuzik jalanan said...

Muka hensem cam kita ni mmg org sukati je nak judge kita. Takpala kita je tau kita cemana. Eh emo lak haha. Lek luu kak, tutti frutti kan ada hee

APi said...

aku selalu beranggapan bahawa biarlah apa orang nak cakap..
tak percaya pergi mampus..
satu hari nanti mana yang betul itu akan terbuka jua..

Iwanski said...

Tanggapan........tangga harapan..

yen(toka ziizokukuto) said...

pening kepala,,memang tak boleh nak baca ayat2 macam ni,,,memang akan terfikir macam macam,,,terima kasih,,,kerana membuka minda saya,,

ORLANDO AHMAD said...

jadi macho ek?

okeii gak tu

rindu I tak yayang?

keh3

Akulah Pak Lan said...

let them talk about bad things.
talk about bad things wont make them a good person

Juno said...

stereotaip itu adat.

ghost writer said...

aku rasa kamu masih memiliki sifat feminin dan aku sendiri mengakuinya.tidak angkuh dan baik hati.kalau ada sebahagiannya menganggap suatu yang buruk tentang kamu,pasti sebahagaian yang lain tidak begitu.

~SaL IjOu~ said...

bg aku..setiap org adalah baik pada pandangan sesetengah org..& buruk pula pada sesetengah yg lainnya~ & aku percaya setiap seorang yg hidup di muka bumi ini ada dark side-nya sendiri..hanya Allah yg selayaknya menilai di tahap mana kita berada~ usah gusar dengan pandangan sinis & tanggapan insan di sekitar kamu..~ =)

Lynda Arof said...

puitis betul kata-kata :)

Niena Pengembara Ilahi said...

xperlu hiraukan tanggapan org lain pda kta

delarocha said...

kalau org dah tak suka..buat mcm mane pun... di cari juga silapnya.

rafiq said...

tapi sy tahu.. kamu seorang yang mulia..hehe

bukudiarysofea said...

Kau tk rugi ape kalau dorg tk percaye. Siapa kenal kau btl2 je tahu kau camne. Tabah yea.

miratun madihah said...

persepsi orang lain,berbeza.

kita buat taktau je persepsi orang pada kita.masing-masing ada persepsi sendiri

Muhibbuddin said...

inisiatif diri sendiri :)

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

ayat sangat mendalam :)

buat tataw je ape yg orang ckp . kita hanya menjadi diri kita :)

EpoLღKekunangpelangi said...

Kadang orang tak nampak yang ada di 'dalam' kita. kan? :)

hanaahmad said...

dill : cuba menjadi diri sendiri, tapi tetap dipandang serong.

jeBateja : sebab perwatakan barangkali.

pemuzik jalanan : tau takpa kan dik. ada ja orang tak berkenan ye dok.

APi : aku terlalu memikirkan persepsi orang, susah nak ubah.

Iwanski : jauh beda tu. :)

yen : jika dibaca betul-betul, kau akan fahami. :)

ORLANDO AHMAD : rindu gila!!!

Pak Lan : tapi bila aku bercakap perihal yang baik-baik, aku tetap disangka buruk.

Juno : ini bukan perihal sterotaip.

ghost writer : aku harap.

SaL IjOu : aku setuju dengan kau. itu yang aku perkatakan, tapi tetap diperlekehkan.

Lynda Arof : biasa-biasa saja. :)

Niena : aku cuba, tapi susah.

delarocha : itulah masalahnya.

hanaahmad said...

rafiq : bagaimana kamu tahu?

bukudiarysofea : ya, moga-moga ada yang percaya.

miratun madihah : itulah persepsi. semua orang punya persepsi.

muhibbuddin : dah cuba, tapi masih sama. bagaimana?

choki : sentiasa menjadi diri sendiri, tapi orang tak percaya.

Epol : tak ramai yang benar-benar kenal.

Penghuni 60 said...

jikalau ingin mendapat tanggapan baik dari orang lain, harus bisa bersikap baik.
pemikiran mereka memang tak sama dengan pemikiran kita.
yang penting percaya diri saja. biarkan yang menilai itu adalah Yang Di atas Sana.

jom singgah diblog saya...

Muhibbuddin said...

Mungkin perlu kawan bergendong :)