Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Friday, October 7, 2011

Pathetic

Kadang-kala aku cukup kagum dengan kegigihan usaha sang kumbang yang boleh dikategorikan sebagai terdesak dalam menjual minyak pada sang bunga. Bertambah kagum pabila kelihatannya mereka bijak mencari mangsa sama yang kayaknya istimewa umpama sebiji bola yang direbut-rebut sebelasan pemain. Bedanya di sini, sebiji bola itu direbut dengan cara halus bersulam sedikit manisan yang kadangkala mendatangkan penyakit yang menyakitkan. Namun, aku jatuh kasihan apabila minyak dijual sang kumbang tidak laku-laku. Ia menimbulkan sedikit bebal pada diri mereka. Lalu, minyak dijaja kepada sang bunga lainnya yang tetap dalam spesies sama namun putaran alam kekal berputar tanpa penghujungnya. Rutin jualan tetap sama sehingga menimbulkan kejelikan seisi alam. Selain sibuk menjual minyak, mereka lupa untuk menjalin hubungan sosial dengan yang lain. Sang kumbang yang terdesak ini mengamalkan hukum sosial yang jelik; terlalu memilih dalam mencari pasangan dan ruang sosial mereka hanyalah buat sang bunga yang ditagihkan. Jika hanya bunga tahi ayam, jangan berharap menerima kedatangan si penjual minyak spesis ini. Bukan sekadar jualan minyak, malah sedikit senyuman sebagai rakan sebumbung pun belum tentu dapat diterima dengan ikhlas melainkan sang bunga tahi ayam yang dihukum kejam ini punya kepentingan tersendiri buat sang kumbang terdesak. Dari rasa kagum ke kasihan, aku jatuh jelik. Menyedihkan betul si kumbang.

26 comments:

jeBateja said...

Hik..hik...nasib baik den ni mentadak....kalau kumbang...malang sungguh.....ahakz

APi said...

haha..
sian beliau terdesak..
kasi ajar sikit la bagi dia "pandai" sikit..

JelinaJoli said...

selalu sang kumbang tengok luaran bunga sahaja. lupa menghidu apakah sebusuk tahi ayam ataupon sewangi mawar

Akulah Pak Lan said...

spesis kumbang yg bebal.
yeah sweet word are nice to hear but that doesnt means it is real

Niena Muhammad said...

siapakah sang kmbang tu

beautiful_rose said...

terdesak teruja barangkai sampai terlupa nak menilai keharumannya.

Haikal Blank said...

jual sana sini. tapi ada satu tahap dia memberi, takdak juai2 lagi dah. hehehe

intan.maisarah said...

kumbang. cukup cukup lah menabur manisan.
kumbang
cukup cukup lah menghirup manisan dari si bunga

Waqheh said...

Kumbang merana...

HEROICzero said...

sudah lah minyak tak laku , memilih lagi . keh3x~


*intan.maisarah , mana mungkin berhenti menghirup manisan yang ditabur murah segala rata untuk si kumbang ?

Unknown said...

sgt kesian bunga tahi ayam tuh

noraauliyya said...

huhu pk2 lek , cian kumbg
(jnis jual minyak) . kui3 .

Unknown said...

kumbang dgn bunga..dua2 sama je..

♥ Nana BamBam ♥ said...

kumbang oh kumbang..hahahha :P

yen(toka ziizokukuto) said...

uwh,,biasa la,,zaman skrang an,,benda benda ni biasa sangat terjadi,,hurmm

ewanthology said...

nasib ko la kumbanggg

pemuzik jalanan said...

kasi ajar ini kumbang -.- desperate sangat ke hapa.

Pondok Usang said...

tiadalah guna kumbang pamer skill layang-layang..andai bunga dah dipetik orang.. bagaimana dengan bunga disini? apakah kestatusannya juga begini? hehe...

~Sal Ismail~ said...

Sebut pasal kumbang..aku teringat satu puisi dlm simpanan:

Tatkala kelopaknya mekar,
Mawar itu sudah berakar di balik jendela ini,
merah adalah nyalaan bahagia,
tanda keberanian ceria membara,
jalinan cantik buat si bunga,
kerana di sebalik sana...
sang kumbang sudah sedia menanti,
utk hadir menyeri madumu,
berwaspadalah wahai si mawar,
kitaran hidup tetap dlm janji-Nya,
bunga dipuja sewaktu kembang berseri,
sesudah layu terbuang sepi~

ade2mama said...

asl susah sgt..gy jew umah org..msti setiap umah ade madu kn heehh

Unknown said...

kasihan kumbang

ghost said...

dia silap jual jenis minyak agaknya..

Kepala Mancis said...

minyak rambut pun kena wangi. kalau busuk dak sedak juge. macam tancho.

hanaahmad said...

jeBateja : untunglah kau mentadak.

APi : nak ajar macam mana, kalau aku bunga tahi ayam.

JelinaJoli : kumbang ni bajet hensem. haha.

Pak Lan : menyedihkan.

Niena : ada spesisnya di opis aku.

beautiful_rose : memilih.

haikalblank : dah tak laku, terpaksa bagi free.

intan.maisarah : kumbang tak ada prinsip hidup.

waqheh : menyedihkan.

HEROICzero : tau takpa.

Fara E's : jangan kasihan, dia beruntung kerna tak tertipu dek kerakusan si kumbang.

noraauliyya : menyedihkan kan? :)

ekmal : ya, boleh sama. :)

nana : haisyhhh... :)

hanaahmad said...

yen : kan...terlalu biasa.

delarocha : nasib badan.

pemuzik jalanan : tak payah ajar, biarkan dengan dunianya.

iwanski : masih mencari. :)

SaL IjOu : habis harum, sepah dibuang.

ade2mama : haha, ni spesis miang keladi.

EZAN IDMA : tak perlu kasihan. haha.

ghost writer : mungkin barangkali.

kepal man : tahu tak pa. :)

Unknown said...

jalan2 sat