Pelajaran hari ini, sepertimana kita tidak suka dikeji orang lain; seperti itulah juga orang tidak suka dirinya dikeji. Jadi, putihkan hati yang telah hitam. Jangan mudah berprasangka buruk dan merasakan semua orang itu adalah salah kerna setiap dari kita itu unik; punya sikap tersendiri yang sifatnya tidak sempurna melainkan Dia yang Esa.
Aku cukup sebal jika terdengar ada suara-suara sumbang bercerita perihal buruk-buruk tentang aku. Dan aku cukup yakin, manusia-manusia kerdil seperti kita ini juga pasti sebal jika diri sendiri disampah-sarapkan orang lain. Satu hal yang aku cuba kawal adalah dari bercerita hal buruk-buruk perihal orang lain. Dari berprasangka buruk, lebih baik jikanya aku cuma diam dan menanam anggapan bahwa manusia ini berjenis. Terima mereka seadanya umpama kita menerima takdir keberadaan kita di dunia ini. Ada orang cukup melenting pabila dirinya dikisahkan orang lain dengan cerita yang kurang enak. Padahal, dia sendiri adalah orang yang cukup suka bercerita perihal yang buruk-buruk tentang orang lain. Kadang-kala orang yang menjadi kisahnya itu langsung tidak punya apa-apa masalah dengannya apatah lagi menjentik sedikit kulit badannya. Menyedihkan. Dia beranggapan dia adalah yang terbaik dan orang lain itu adalah salah. Dengan orang sebegini, jika ditarbiahkan pun barangkali, susah hendak diputihkan hati hitamnya. Tapi cuba sahajalah. Lelah. Selepas ditegur, pasti selepas itu kita menjadi mangsa kejian dia yang berikutnya. Apa jenis agaknya orang yang sebegini?
39 comments:
siapa yg suka jika diri diaibkan...
doakan smoga mereka2 berubah
hana.....bagus laa sikap awak ni tak suka bercakap aib org...ayie pun begitu. bukan setakat tak suka bercakap keburukan org nak mendengarnya pun tak suka.
ayie suka entry hana antara sebabnya setiap entry di hiasi dgn gambar2 yg menarik sesuai sgt dgn jiwa ayie...^__^
pada gua ekonomi sekarang terlalu keji utk difikirkan..dengan nilai duit yg semakin kecik bertambah lagi kekejian itu..
baru datand di mari lagi :")
apa kabar???
sesiapa pom tidak suka dirinya dikeji dan diaibkan :)
diam itu lebih baik aku rasa..
namun dalam diam itu punya beribu perkatan terluah..
mungkin lebih
selalunya aku jauhi saja org2 mcm ni. soalan last tu hanya dia sendiri yg boleh jawab
Yang penting kita, bukan mereka, dalam melaraskan individualistik dalam diri.
dengar, diam tanpa bersuara. tanpa melukakan hati sesiapa.
antara musuh utama, hasad. tapi itulah dugaan kehidupan yang kita kena hadapi!
:D
memang menyakitkan hati. tapi abaikan saja. mereka seperti kepingan wafer basi jatuh ke bumi
dill.
ditempat saya bekerja ada org sebegini.
ciri cirinya :
makcik makcik senior.
tak boleh ditegur kerana mereka lebih tua dan lebih lama bekerja.
manusia ada pelbagai sifat.. biar kn org yg cetek akal ni.. org kata, klu kita xsuka org bcerita/m'burukkn kita, mcm tu juga la org xsuka kita bcerita/mburukkn org. tepuk dada tnya iman.. =)
Niena : moga-moga.
AYIE ABAS : Hana cuba sehabis baik, walau kadang kala buat khilaf juga. terima kasih ayie. :)
Waqheh : itu aku sangat setuju.
Koskakiungu : alhamdulillah sihat.
choki : ya, samalah kita.
APi : ya, mungkin lebih.
PakLan : susah nak jauh. kawan2 sendiri jugak.
Lucifer : tapi kecewa sebab ada di antara rakan2 kita.
Nana : diam lebih baik.
haikalblank : terpaksa.
dill : susah nak abai. haisyh..
delarocha : tempat kerja aku kebanyakkannya kakak-kakak. juga senior. ditegur, melenting.
AnakRusa : ya, itulah kisahnya. :)
aku pulak ralat. sebab seadanya memang tak ada kena mengena, tak memasal makan maki. huhu. oh, itu kalau aku lah.
*berdasarkan pengalaman pengkomen*
sebal tu bahasa negeri mana ek? ke bahasa tinggi cik hana..?hehe
jdy diri sndri ..jgn ikut org taw3....
biarkan sahaja dia...mudah
orang macam nih tak patut dibalas dengan kejian jugak.tapi mungkin perlu diberi pujian.
dorg bercakap seperti mereka tu suda perfect..ct percaya xder yg perfect...dorg xcermin diri dorg dulu kot..
biarkn saja..
positive terlalu sangat membuatkan kita tension kadang2 sebab orang keliling especially yg kita percaya bercerita buruk2
kau tahu,diam itu kadang kalanya membunuh.
dan aku memilih untuk berdiam.
tengok berapa lama dia mampu bertahan untuk terus mengeji aku.
husnuzzhon !!!!
biarkan . dalam sakit2 hati kita , jangan letak diri setaraf dengan mereka .
biarkan .
=)
jenis iblis.
cun kartun tu, buat jadi makwe angkat best gak ni hhahaa
macam2 cabaran dalam hidup inikan
mak selalu cakap....bukan semua orang sama cam kita
it's nice to be nice :)
itu olang jenis busuk punya olang~ lala
people change...
the ability to tune off one's ears is a must for everybody.
not everybody can tolerate criticism, make it positive or negative.
thus, what one can do is to tune of the ears or walk away.
but then again its much easier said than done.
Chill lah ;-)
mmg payah kalo wujud manusia mcm ni..tp kewujudan mereka mencorakkan perjalanan hidup kita~
busuknya mulut manusia itu, dia tak gosok gigi kah ?
dayya : itupun pernah terjadi. ntah hape-hape.
rafiq : bahasa Melayu dik. :)
ade2mama : ya, insyaAllah.
RepublicAku : susah nak biarkan.
ghost writer : iya, itu lebih bagus. tapi masih tak ngerti.
ctk : orang macam ni memang sentiasa rasa diri mereka bagus.
TAIKO OTAK : susah.
FaizalSulaiman : setuju. susah.
beautiful_rose : aku rasa diam adalah jalan lebih selamat.
noraauliyya : er???
HEROICzero : itu memang aku mintak jauhkan.
Kepal Man : bolej jadi.
ORLANDO AHMAD : kartun tu ai la. :p
NURUL ASHIKIN : sangat macam-macam
cikgu nadia : ya, orang itu ada macam jenis.
sis92 : ya, benar.
syahirooAhmad : jenis tak mandi? haha.
Iwanski : sendiri yang ubahkannya.
shandye : bukan senang.
aLepfugazi : sedang. :)
SaL IjOu : ragam manusia.
muhamad hanif : boleh jadi?
senang cerita, kalo taknak diri dikeji, jgn mengeji org lain. mudah sebenrnya. tp manusia bermacm jenis bak kata kamu
Post a Comment