Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Wednesday, September 7, 2011

Tagih

Hatinya penuh kecamuk. Memikirkan hal yang tidak-tidak. Gundah gulana itu sudah menjadi sahabat sejati yang langsung tidak mahu beranjak dari pangkal kecil hatinya. Sejak terbitnya cebisan kekecewaan sepurnama yang lalu, hatinya nekad untuk menolak pada sebuah rasa yang baru bercambah. Maka, terjadilah sebuah prosa kekejaman yang memungkinkah terbitnya kebencian. Tiada pilihan lain. Masih berpegang pada prinsip yang sentiasa utuh, jangan bermain lalang pada rasa keinginan hati yang hakiki. Dan kini, dia kembali menagih pada secebis kepingan hati yang semakin menjauh setelah menolak sebelumnya tanpa belas.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah. Al Baqarah:216)

Pohon sungguh-sungguh, doa sahaja agar segalanya berjalan lancar. Ameen.

37 comments:

Haikal Blank said...

pastinya akan lancar. pedulikan yang lepas, pandang hadapan dan jangan toleh lagi. :)

hanaahmad said...

haikalblank : iya, doakan. insyaAllah. :)

eLL said...

betul. setuju dengan marhum surah al-baqarah tersebut.

tenang ya hana.

Wadi AR said...

gua sentiasa doa untuk akak hanaaaaaaaaaaaa :)

Waqheh said...

doa dan sabar...senjata paling utuh sebagai seorang mukmin..

semutsengal said...

yaa,


doa je, yang baik semua dtg dari Allh jua =)

~Sal Ismail~ said...

pasti ada jalannya..dulu aku x nampak bagaimana mungkin terbukanya lain2 pintu bila tertutup yg satu itu..tp kuasa Allah itu hebat sekali~ tersusun indah perancangannya..~
terus berdoa ..dan percaya~

ORLANDO AHMAD said...

gua suka ayat ni... ubat kepada rasa putus asa...

belog|amiyo said...

apa2 pon yang baik hanya dari Allah...

pisau belati said...

Pembunuh Tanpa Bayang :

keraskan hati ubati rasa kecewa lalu.

Unknown said...

aku doakan yg tbaik utk kau (:

Pocket said...

kekejaman yang timbul tu pastinya dipahami sidia...
kalau dia tahu cerita kamu,
tp kalau tak...
kamu simply kejam.. hanya kejam.

sila usahakan yang terbaik ya :D

ghost said...

ameennn!

ghost said...

hidup bukanlah kejam sangat.

penolakan satu-satunya yang orang takutkan,tapi masih boleh terima.

Hello Hello said...

jgn tengok side miror..kifkifkif

inna_risna said...

dlm maksud tersuratnya..apa2,bykkan bdoa..insyaAllah,apa yg tjadi itu ada hikmah disebaliknya..^^

ewanthology said...

Jika dia untuk kamu, minta padaNya agar dipermudahkan segalanya.

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

banyakkan berdoa ye .

Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita :)

dill said...

awak, sabar banyak2 ya

dill.

hanaahmad said...

eLL : ya, insyaAllah. :)

Wadi AR : kau adalah adik yang termanis. tQ. :)

Waqheh : ya, itu sebaiknya.

muhamad hanif : insyaAllah. :)

SaL IjOu : aku mula mempercayainya.

ORLANDO AHMAD : aku juga menyukainya. ubat untuk menerima apa saja kehidupan dengan redha berpaksikan Tuhan yang satu.

belog|amiyo : semua dariNYA.

pisau belati : sudah terlalu keras ini hati.

Fara E's : ya, terima kasih. :)

Pocket : susah untuk memberikan kefahaman kepada si dia. sehingga kini lidah masih terkunci atas segala rasa yang cuba aku luahkan.

gw : aku harap masih ada yang sudi menerimanya.

bloghok : untuk?

miss inna : ameen. :)

delarocha : sentiasa dititipkan doa, mohon diperkenankan. ameen.

choki : ya, insyaAllah. :)

hanaahmad said...

dill : ya, sedang terus bersabar. :)

HEROICzero said...

Selagi kau percaya , kau akan beroleh .


InsyaAllah . =)

ghost said...

pernah dengar pembukaan inggeris dalam permainan catur?

mulakan dengan itu.

pasti ada yang memberi perhatian.

ftrhd said...

membaca dengan penuh tanda tanya...

pembaris said...

kena ada azimat ni..

JelinaJoli said...

kadang2 bermain semalu jugak boleh terluka..

Anonymous said...

dulu dan sekarang surah tu selalu jadi pujukan..

snf said...

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah. Al Baqarah:216)

nice entry akak.
Allah itu Maha Mengetahui. :-)

Unknown said...

follow hana...

ade2mama said...

amin2:)
usaha lgy k heeh

Akulah Pak Lan said...

Kita kekadang taksub mencari yang terbaik dalam hidup kita hingga membutakan mata kita untuk melihat pilihan yangtersedia di depan kita

Liyana Zahim said...

Sukma dan fikrah harus seiring dalam menyukai dan membenci.. Namun jika boleh benci itu tidak harus kerana ia amat menyakitkan diri sndiri..

shandye. said...

usai berdoa dan berharap. yang tinggal hanya berserah.

bertahan, ya?

=)

Penyu said...

sentiasa yang terbaik untuk kamu Hana. Amin..

Gayahspears said...

Sabar yunk...
orang yg bersabar sentiasa disayangi Allah...
kuatkan semangat ya...

Umie Nadhirah said...

moga semua nya dipermudahkan amin.

hanaahmad said...

HEROICzero : ya, aku percaya.

GW : moga-moga.

Fitrihadi : itu bagus buat kamu. :D

pembaris : azimat yang perlu disemat dalam-dalam.

JelinaJoli : tajamnya menusuk juga.

maCy : pujukan buat hati yang gundah gulana barangkali.

snf : DIA memang mengetahui segalanya.

Myboiler : terima kasih. :)

ade2mama : ya, insyaAllah.

PakLan : kau memahami apa yang aku cuba sampaikan.

Liyana Zahim : kadang-kadang kita benci dalam menyukai. sukar untuk dimengertikan permainan hati.

shandye : ya, masih gigih bertahan.

Penyu : amin. :)

Gayahspears : moga-moga. terima kasih. :)

Umir Artoqiemie : amin. :)