Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Tuesday, September 13, 2011

Keliru

Jika diberi pilihan, rela sahaja aku menghadam Sulalatus Salatin seumur hidup tanpa jemu dari digelumang kisah sejarah yang akhirnya ditokok tambah umpama kisah dongengan. Kecewa sungguh-sungguh. Betapa perit hidup menghadam segala fakta yang ditanam mentah-mentah sejak kecil, namun kini apa yang dikatakan sejarah didongengkan hidup-hidup. Jika ditahu sedari awal, sedia sahaja hidup bergelumang dengan segala kisah mitos dari diputar belitkan segala kisah yang diomong kosongkan. Sesungguhnya aku keliru di sini.

Jika diubah fakta sejarah, ia akan menjadi cerita dongeng sahaja bukannya sejarah. 
- Tun Dr Mahathir Mohamad

28 comments:

Wadi AR said...

sejarah memang dongeng kak

Hello Hello said...

mahathir 7 dipihak anda..kahkahkah

Unknown said...

aku pun keliru =='

APi said...

memang dah ditanam awal2 dalam pemikiran untuk satu tujuan..

*pemikiran tahap tinggi ni

Hafizin Jamil said...

hhhoho..hangat skang ni..profesor2 yang bercakap

Anonymous said...

sejarah yang dipalsukan demi kepentingan individu dan politik seseorang...huhu

Akulah Pak Lan said...

cerita = 1 fact + 9 lies

Waqheh said...

hana,
gua bukan saja keliru. tapi bengong tahap sabu bukan syabu. gua yakin dgn sejarah yg gua pelajari..yg tokok tambah putar belit ni jenis demi peribadi. politik semata..

dayah said...

sedih..sptutnya jgn di reka atau mereka sejarah fakta sebb sejarah tula peristiwa penting perlu diingat kan..

Pondok Usang said...
This comment has been removed by the author.
Pondok Usang said...

Sejarah Mungkin Berulang - NewBoy

Adam Idris said...

makin pening bila baca komen, hehe

ORLANDO AHMAD said...

setuju ngan dr.M.. sejarah tak boleh diubah, dipinda boley?

ade2mama said...

jgn cye sgt eheheh

pembaris said...

Minggu lepas aku beraya kat rumah Tun.rumah dia setingkat saja.sungguh hero.

hyz said...

tanpa sejarah, siapalah kita

ewanthology said...

apa sahaja boleh terjadi jika berpolitik.

dill said...

saye setuju dengan Dr. M.

'tanpa sejarah, tiada masa kini.' - dill.

dill.

Muhammad Rafiq Hasrudin said...

lusa tun mahathir nak datang ump. boleh dengar dia live...

Niena Muhammad said...

keliru xtahu yg mana satu

Bie'z said...

itulah kannn?konpius :D

Pembunuh Tanpa Bayang said...

jadinya,selama ini apa yang kita pelajari adalah palsu?
semua fakta yang telah di hafal ingat selama bertahun-tahun tidak ada gunanya.ibarat buang masa saja.jadi perlu diambil peperiksaan semula? belajar sejarah baru.
bagaimana pula nasib pelajar-pelajar yang akan mengambil peperiksaan hujung tahun ini? PMR,SPM,STPM keliru.....

sejarah bagaikan permainan hidup?

tieykah said...

Selamat Hari Malaysia

Babe,rindu gilak!

Aku busy gila weh

:(

Arai Lekir said...

sejarah barangkali juga diolah untuk dijadikan fakta... macam2 versi sejarah dpt dilihat pada hari ini

JelinaJoli said...

kesian cikgu sejarah...

hanaahmad said...

Wadi AR : yang aku tahu sastera je ada dongeng2 ni dik. :)

bloghok : boleh jadi.

Fara E's : sama la kita. :)

APi : konspirasi semata-mata.

H.J : susah nak kata.

A-Chik : Boleh jadi juga tu. :)

Akulah Pak Lan : tiada apa yang boleh dipercayai sekarang ni.

Waqheh : setuju. aku berpihak pada kau.

hidayahjamal : tapi jadi keliru bila ada yang cuba diputarbelitkan.

iwanski : suka lagu tu dulu-dulu. :)

Adam Idris : jangan baca. :)

ORLANDO AHMAD : dipinda lagi laaaaa....

ade2mama : susah....

pembaris : dia sangat hero.

hyz : hidup memang tak boleh lari dari sejarah

hanaahmad said...

delarocha : politik di mana-mana.

dill : setuju juga dengan dill. :)

rafiq : tolong dengarkan untuk aku sekali. :)

Niena Pengembara Ilahi : sama juga.

Bie'z : sangat...

Pembunuh Tanpa Bayang : boleh jadi juga tu. kasihan anak-anak seperti kita. umpama dipermainkan.

tieykah : wey, rindu gila hang....its ok. aku faham. :)

Arai Lekir : sejarah itu termaktub. tapi kalau cakap-cakap orang itu ???

JelinaJoli : kasihan sangat.

Pondok Usang said...

E eh... cik Hana pun sudi jenguk2 blog kite yg ntah ape2 ni.. tq cik hana. monolog tahap tragis cik Hana mmg yg terbaik...