Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Friday, June 10, 2011

Bimbo


Dia : Untunglah dia cantik kan. Aku cemburu.
Aku : Apa perlunya cemburu? Kau, aku, dia, semua sahaja. Punya kecantikan individu.
Dia : Tak. Dia cantik lain. Cantik betul. Tak macam aku. Alangkah indah jika aku jua cantik sepertinya.
Aku : Kenapa kau mahu cantik?
Dia : Pasti aku jadi rebutan. Pasti aku tidak dijelikkan lelaki kacak di luar sana.
Aku : Itu sebabnya? Kau tahu, ada sebab kenapa Dia lindungi kau dari segala kecantikan yang tidak menguntungkan ini.
Dia : Maksud kau?
____________________

Si cantik : Weh, ada mamat ni usha aku. Siap kirim salam lagi. Bangganya aku.
Aku : Iye?
Si cantik : Iye weh. Dia cakap aku cantik. Malu aku tau.
Aku : Untunglah kau cantik. Sebab tu pakwe kau sayang lebih.
Si cantik : Yela, memang dia sayang lebih. Sebab tu asyik cemburu je sebab aku cantik. Hehe (gelak gedik)
Aku : Kau pun kena kasi otak kau tu cantik sikit la gitu.
Si cantik : Eleh, kau cemburu bukan? Aku pun rasa, sejak dua menjak ni aku makin cantik.

____________________

Aku : Sebab tu kau kena bersyukur sebab Dia dah lindungi kau dari segala keriakan yang memusnahkan.
Dia : Ye, betul jugak.
Aku : Jadi, kau mahu jadi sebegitu? Riak dan takbur atas kecantikan pemusnah itu?
Dia : Tak mahulah.
Aku : Jadi, jangan merungut. Kali keduanya aku cakap, bersyukurlah. Perbetulkan niat. Bercantik itu perlu tapi untuk siapa? Dan, aku lebih suka kau cantik di akal, bukan cantik di wajah sahaja. Ingatlah, kau beruntung jika punya suami yang mencintai kau seadanya. Jika kau cantik, dia hanya mencintai kecantikan kau dan bukan akal. Satu kerugian di situ. Dan mungkin menjadi satu jawapan bodoh jika dia menyukai kau kerana sikap sedangkan sedari awal dia memikat atas satu paksi, kecantikan yang dimiliki.

Kita terlalu disogokkan dengan segala macam benda yang serba cantik dan kacak. Dari penyanyi, pelakon dan selebriti dunia, yang mana, jika cantik atau kacak itu adalah perkara wajib. Akal dididik hanya untuk menerima yang cantik-cantik sahaja sehingga kita buta menilai perkara yang sebenarnya. Mata mula pandai memilih santapan indah dan membuang yang buruk-buruk. Kejamkan kita?


32 comments:

Raihana Izzati said...

:)

Headshot! The best!






P/S:Awak the best.kikiki <-- gelak gedik

ghost said...

kita masih percaya kalau kecantikkan yang dipilih itu lebih membuatkan kita lebih sempurna..

tapi kita juga percaya kalau rasa riak itu memusnahkan kecantikan kita.

diulang sekali lagi,cemburu itu bagus.

hanaahmad said...

raihana : awak juga the best!

gw : salah. pertama kali aku tidak bersetuju dengan kau. siapa kata cantik itu sempurna. betullah, akal kita sudah ditanam dengan segala kecantikan sehingga kita lupa pada yang tidak. ah, aku juga cemburu tapi pada tempatnya.

feyza said...

kamu otak cantik kerana memikirkan ini..

^.~

hanaahmad said...

pijah : terima kasih. kamu juga cantik. ini realiti. benar-benar terjadi.

Bunga Api said...

bimbo!

hanaahmad said...

bunga api : untuk siapakah bimbo itu?

nanad said...

betul..cantik di akal itu adalah yang tercantik ;D
like ini entry.

hanaahmad said...

nanad : terima kasih. :)

Unknown said...

btol tu hana, kecantikan bukn segalanya. apa yg penting kita bersyukur seadanya atas pemberiannya. setiap org ada kelebihan tersndiri :)

ewanthology said...

cantik itu subjektif,

hanaahmad said...

ezan : yup. bersyukur saja. semua dari kita itu dilahirkan cantik.

delarocha : cliche. bila cakap cantik itu subjektif akhirnya cantik fizikal juga dicari. haha

Akulah Pak Lan said...

<---hensem..tapi tak riak...

Gayahspears said...

setiap ciptaaNya sangat cantik termasuk kamu...

Unknown said...

ramai jer pompauncantik yang aku kenal. aku jadi tiba2 hilang minat bila mereka kurang cerdik.

ghost said...

ada lebih perkataan yang bagus dan lengkap mengambarkan seseorang selain cantik?

tidak cantik tetap tidak cantik...cantik itu penglihatan,bukan pada apa yang dirasa.

syafiqa said...

cantik itu subjektif.
luaran yg cantik x semesti mencermin kan dalaman yg
bersih dan cantik.susa nak jumpa ;)
tp kecantikan terserlah jika punyai otak yg cantik
dan pandai dlm segala apa di lakukan.serta cantik
budi bahasa. ;)

Encik Psychopath said...

untung kita tak cantik. haih.

hanaahmad said...

akulah pak lan : sbb hang hensem la ramai awek terpikat no...

gayah : iya, itu pasti.

ries lee : aku juga jelik jadinya.

hanaahmad said...

gw : haha, iyalah. ambillah kamu menang. :)

syafiqa : semua nak kata subjektif. tapi akhirnya cntik fizikal juga jadi pilihan. hehe.

encik psychopath : untungla badan. haha

asip محمد said...

tapi masih.. kalau gua mahu mencari isteri.. gua cari yang cantik.. sebab gua lelaki.. sehodoh mana perngai dan akal perempuan itu.. gua akan cuba cantikkan dia.. selama mana dan sekuat mana yg gua mampu.. kerana cantik itu sesuatu yg tidak boleh diubah secara fizikal.. tetapi boleh secara mental..



jgn terasa kepada perempuan2 yaa... gua cuma jujur dengan apa yg gua rasa.. dan gua tak pernah merasakan sesiapa pun hodoh.. melainkan dia bodoh..

hanaahmad said...

asip : tahniah anda berani menjujurkan diri. sebab lelaki sekarang cakap banyak tak jujur. haha.letih jugak la nak mencantikkan akal perempuan ni. kui3

Muhammad Rafiq Hasrudin said...

likeee..
memang ramai orang nak yang cantik2 aje.
tapi tak semestinya yg cantik itu sempurna..
biar tak cantik janji berhati mulia.
kalau cantik tu bonus lah.

Si KuCar KaciR said...

cantik bukan segalanya. ^^

Unknown said...

zaman skrg yg bimbo mata duitan. klu dl masa jd student sikit pon xpndg ngerta. bila dah keja memandai nk kawen nk rumah, keta. Bila aku xde dia ckp aku masih blom bersedia. ape yg dorg nk sebenarnya...

hanaahmad said...

rafiq : bonus besar kan. :)

kucar kacir : tapi zaman sekarang itulah segalanya.

eon-ejan : bagi aku, bimbo itu cantik tanpa akal. slow2 la. takkan nak terus ada rumah. awal2 kenala bina rumah tangga. bermakna kena daki tangga dulu. sabar jela k. :)

ghost said...

tak best tul lar bagi saya menang.. :(

Unknown said...

hana - kecik dowh ati bila org bg alasan cam tu, len kali aku nk bg di jawab A= nak atau B= xnak, xyah bg alasan buat sakit jiwa jer dengo. direct to the point. ckp jer aku mmg xde ati kt ngko...simple jer..dan aku boley teruskan hidup dgn aman damai

hanaahmad said...

phan : hehe. malas nak gaduh. :)

eon ejan : erk? jawapan kat mana ni? hehe

hans0 said...

untunglah cantik kan.. tapi lagi untung cantik iman.. ye dak?

~Kenanga Suchi~ said...

semua kita punya cantiknya... penting itu cantiknya dalam...

Nur_Shekyn said...

semua ciptaan Allah itu indah..ngee^^ tapi semua pom nak cantik..dan semua owg nak menda cantek..nggee^^