Di sebalik langit senja yang memerah itu ada seraut wajahmu merenung aku dalam rindu yang dalam.
Jauh.
Jauh.
Jauh.
Sebelum akhirnya kau hilang dalam kekabutan di penghujung sore yang sepi.
Lalu dalam sayup-sayup kau katakan di angin lalu;
kita punya rasa yang sama tapi tak bisa saling berkongsi.
Sungguh,
cinta tak semestinya saling memiliki.
Kota Anggerik, 7.55pm.
13 comments:
cinta tak semestinya memiliki, kelihatan seperti tidak adil bukan?
jika kedua duanya mempunyai rasa yang sama, tidak mustahil untuk memiliki antara satu sama yang lain.
saling melengkapi itu penting
cinta yang datang,
kemudiannya berlalu bagai angin lalu,
pasti bukan milik kita.
bertabahlah.
tapi masih bisa diusahakan.
cinta itu rasa
memiliki minat atau rasa yang sama saje sudah cukup bahagia kerana membebaskan rasa mencintai itu adalah lebih adil dari mencintai lalu mengekangnya.
Sungguh, situasi yang sama.
Macam dekat sekali kata-kata ini dengan saya. :)
kalau cinta yang tak kesampaian putus dengan aman, pasti kau masih boleh tersenyum melihat si cinta bahagia dengan yang lain.
tapi kalau cinta yang tak kesampaian putus dengan tragedi hitam, pasti tercalit dendam yang tak akan berkesudahan.
aahh, bagi aku cinta x perlu dipersoalkan. penat.
cinta akan terbit bersama benci. bukan??
cinta itu kuasa terbesar dalam kehidupan dan ia masih misteri sehingga hari ini. walaupun cinta itu asas kehidupan, namun tak kurang juga yang berantakan gara-garanya. terkadang, cinta itu suatu pembodohan.
kota anggerik ni mana? shah alam ke?
cinta tak semestinya memiliki, itu pedih
Post a Comment