Lewat kebelakangan ini, hidup aku seolah-olah dilitupi sesuatu yang berlegar-legar di udara keberadaan aku tanpa rela yang memasung aku menjadi orang paling lemah dan terjelupuk pada rasa ketakutan yang maksima. Makin lama, ada sesuatu yang makin kelam dan hilang. Yang lebih melelahkan, aku makin lumpuh kata-kata, yang menjadikan aku bisu dan pekak; malah tuli untuk menggerakkan satu hal yang harus aku sudahkan. Untuk sekarang, aku mahu lekas sembuh dan kembali terbang bebas di udara tanpa ditempangkan apa-apa.
Dan untuk itu, sama ada aku perlukan ruang yang lebih luas,
atau terus mati bersama emosi yang kian terkubur.
20 comments:
Mohon kak Hana dengar Mati Hidup Kembali-Butterfingers :]
itu lagi okey dari buta terus. kemon kak, marilah bangkit kembali
aku tunggu saat itu, cepat bingkas bangun hana
kau tak lebih dari sekujur bangkai yang diawet beku jika kau matikan emosi lebih awal dari waktunya.
jangan bagi ia mati..:)
lekas sembuh hana..
minta lah sayap sekali. baru terbangmu lancar.
dah belajar isap rokok ka?
kian aktif....ermmmm tahniah.
Cubalah berlapang dada, sekali-sekala bernafas di dalam ruang sempit, inilah masanya menghirup udara segar diluar.
Mana tahu, lebih bahagia. :)
perlu cuti yg panjang rasanya
Pernah Dan sebenarnya masih berkabung. Cuba hidup Dan terbang lagi dalam dunia kata-kata tapi biasanya gagal. Sayap aku rupanya sayap halimunan, tak bermampu nak tampung berat aku di dunia sini.
Sila Jangan biarkan serupa itu pada kamu.
*hugs*
sama saranan ghost,
pakaikan sayap
terbang tinggi
langit masih luas
mendoakan yg baik baik buat mu
kak hana
kemon, kau kan ketua kultus!
perlu ruang. pergi bercuti :)
hana,
harus kita yang pergi cari ruang itu, atau tunggu aja bumi merekah dan telan kita ke perutnya?
tell me.
moga segera bangkit
woowwooow
Nampak ketarakah dilema di blogku,
Di luarnya tenang tapi Tuhan saja tahu.
bangun dan peluk aku..wahaha
kau perlukan teman sebenarnya. :)
Post a Comment