Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Sunday, July 8, 2012

Hidup dengan kejatuhan.


Aku adalah orang yang sering menghiasi hidup dengan angan-angan yang sememangnya indah bila disulamkan. Dari angan-angan, ada impian yang aku pasakkan tinggi-tinggi yang seeloknya ia dibiar mewah di lingkungan kerahsiaan diri sendiri. Menjadi orang yang sering merasai kesunyian dalam sebilangan masa yang ada dalam hidup kadang-kala bikin hidup seakan-akan kosong dan menyedihkan.
Dalam relung masa beberapa purnama lewat masa ini, kurang-kurangnya aku sudah mulai mampu hidup dalam senyuman dan tawa tanpa memikirkan perihal angan, juga berkaitan hati yang sering menempangkan hidup aku menjadi seorang yang sentiasa tampak lesu dan lemah. Saat ini, mungkin aku perlu jadi lebih kebal dalam setiap permainan yang diatur Tuhan, yang menguji aku menjadi manusia semanusianya manusia. Yang mematangkan fikiran aku untuk percaya, kita perlu hidup dengan kejatuhan sebelum bangkit menggapai impian.


Bersabarlah impian, kelak kau akan disambut oleh kenyataan. - AdiWafi.

22 comments:

Alieza Dayasari said...

sungguh saya menanti entri terbaharu.
akhirnya berkunjung jua.

Camy Alya said...

InsyaAllah

pepol said...

saat kita jatuh itu,kita akan berazam untuk tidak berada si situ lagi satu hari nanti

iqa said...

jatuh dan bangun lumrah kehidupan
moga kak hana terus kuat utk gapai impian

fierul said...

aku taktau sampai bila aku boleh kebalkan diri dan hati aku .

APi said...

chill la dok..
gua ada.. =)

Cik Aqilah Wardah said...

manusia takkan bangun selagi tak jatuh... :)

Ayyza May said...

Kalau kau takda angan-angan, kau dah macam takda apa. Biar angan-angan itu, beri dia peluang berlegar sebelum dia mati. satu hari dia akan bukan angan-angan lagi :)

Wadi AR said...

ingat adiwadi tadi. kihkih

ana said...

jika kau berani bermimpi..harusnya kau juga berani disakiti.

impian itu indah jika penyambutnya ialah kenyataan:)

cEro said...

Seperti kau, aku yakin hidup perlu maju.
Tapi melaksana tak semudah kata-kata, namun bukan bermakna tidak berusaha.

ghost writer said...

setinggi mana kita jatuh, lagi tinggi itu kita akan daki. aku suka ayat ni.

CassiaSiamea said...

kalau takut dilambung ombak, jgn berumah di tepi pantai

itu hanya utk org penakut

cik ciput said...

dan aku juga sedang perlahan-lahan mengejar impian sendiri..

harap2, impian kita jadi kenyataan ya cik hana =)

the malay male said...

selalunya, memang kena jatuh dulu

MISS IMAKASIHDANI said...

amin :)

Misya Mialen said...

Ah.ah hana. Klu x jatuh, kt sllu lupa diri kita.;)

Sca Ndx said...

terasa macam aku yang cakap2 ni

Outbound Malang said...

salam sukses gan, bagi2 motivasi .,
Hargailah hari kemarin,mimpikanlah hari esok, tetapi hiduplah untuk hari ini.,
ditunggu kunjungan baliknya gan .,.

Outbound Malang said...

salam sukses gan, bagi2 motivasi .,
Hargailah hari kemarin,mimpikanlah hari esok, tetapi hiduplah untuk hari ini.,
ditunggu kunjungan baliknya gan .,.

kay_are said...

betul2.. kadang2 bile jatuh baru r kite akan lebih semnagat untuk bangun dan usaha lagi banyak dari sebelum ni..

Syf serabai. said...

ya.angan -angan dan kehidupan.