25 Disember.
Ayah; dia hero yang sentiasa risau jika anak gadis tunggalnya ini sering kehabisan uwang walaupun aku kini sudahpun punya kerjaya sendiri. Pesanan klisenya; pandu mobilmu elok-elok dan setiap kali aku pulang ke semula ke kota ini; dia akan menelefon hanya semata-mata mahu tahu sama ada aku selamat atau tidak sebelum mematikan panggilan telefonnya tanpa pamitan. Sudah lali.
Emak; dia ini orang yang tidak pernah jemu-jemu aku kucup pipi dan dahinya; ini cara aku bermanja. Kecil dahulu, aku sudah lali jika dibelasah dengan payung dan dicubit oleh jari keramatnya hanya kerana aku yang degil; atau kerana dia yang sering tidak stabil emosinya. Di saat aku jatuh sakit dan hampir berada di hujung nafas waktu dahulu, dia tidak putus-putus berusaha untuk aku terus hidup; atas kerja Tuhan. Dia ini terlalu prihatin dan bukan sekadar emak, malah teman terbaik buat seumur hidup aku.
Buat kedua mereka; selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-30 tahun. Ini masanya buat anak kecilmu ini memeluk kuat-kuat demi segala pengorbanan dan lelah yang dihabiskan sejak dahulu. Aku harap, ada sesuatu yang dapat aku lakukan selain dari yang ini. Terima kasih dan mohon maaf untuk segala-gala.
31 comments:
apa ni conteng2 muka, ni...?
sweet. 30 tahun. salam ulang cinta pada dia.
happy annivesary to ur parents...so sweet both of themm..:)
p/s: ayah awak agak familiar la...hmm..:)
selamat ulang tahun utk mak dan ayah hana, moga mereka sllu murah rezeki, pnjg umur dan hidup bahagia bersama anak sebaik kamu, hana;D
aiyaakk,
anak gadis yang dah besar pnjang ni,
sebijik macam status fesbuk rakan fesbuk aku ja.
comeinya anak pakcik makcik ni ye
er, siyesly rasa
takut sikit ngan smiley face tu:D
heheh
ahha xdpt tgok muke akk :)
happy anniversary..=)
happy anniversary..=)
30 tahun mereka bersama..alhamdulillah...semoga berkekalan hingga akhir hayat mereka.. Selamat ulangtahun yang ke 30 tahun untuk mereka tau..kim slam sekali kat dorang..hehehehhe :P
: selamat ulang tahun pak cik dan makcik. moga panjang umur, murah rezki dan diperkenankan segala hajat hati. amin.
untung kamu masih punya mereka. membaca ini, membuat aku rindu, dan dengki.
hepy anniversary
comey hana
hihi
ayah: part matikan telefon sebelum tamat bicara, itu sama. kadang2 sentap jugekk. tapi sudah biasa kan.
=)
eh samalah tarikh mak ngan ayah aku kahwin:)hehehe
dec25th jugak
30 tahun..satu jangka masa yg agak lama..semoga kalian berbahagia sentiasa hendaknya~ =)
selamat ulang tahun pakcik, makcik!
:)
dill.
ske tutup muka..hehe..btw sy dh kembali ke dunia blog!haha
semoga berkekalan..
tunggal kan?
sebesar mana pun kita, setua mana pun usia kita, setinggi mana pun kita, serendah mana pun kita, dimata ibu dan ayah kita sentiasa anak kecil yang sentiasa perlu dinasihati..
kita akan lebih memahami bila kita menjadi ibu dan ayah.
::itu kata-kata mereka yang sudah punya anak
kecik2 mesti suka conteng dinding rumah ni...dinding tadika pun sekali la
ini ini ini terbaek! :)
tak aci oh conteng muka,ekekekkee
siapa la punya keje buat onar dimuka kamu tu...keh3
congratulation to them.
Untung dan bersyukur :)
alaa, nape conteng muke sndiri?
kan tak nampak dah.
sy lebih manja dgn ayh..mak garang..xmo xmo xmo...
gedek! : malu. ;)
Afiq Ah : terima kasih kawan!
Teenager Housemaid : erm..pernah jumpa ke?
misya mialen : ameen. terima kasih.
semutsengal : usia perkahwinan mereka sahaja yang 30 tahun tetapi aku masih muda 5 tahun daripada usia itu.
bact : ramai ibu bapa yang ultah perkahwinan mereka bulan Disember.
monologtism : heh. ketawa aku baca. ;)
Pocket : memang itu tujuannya. :)
twinkle twinkle : kalau mata tajam, boleh tengok betul-betul.
reenapple : terima kasih!
nana : terima kasih untuk doa yang dibuat.semoga Tuhan merahmati kamu.
epilesosis : jangan begitu, tiap dari kita punya untung yang tersendiri. terim kasih ya.
HEROICzero : lali. ;)
FaizalSulaiman : ramai yang pilih tarikh tu. hari minggu barangkali.
SaL IjOu : moga-moga. ameen.
dill : terima kasih!
ekmal : muka tak comel.
Pondok Usang : terima kasih!
Rain : tunggal perempuan. terkesan. aku tak sabar mahu punya anak sendiri.
Waqheh : kecil-kecil suka mewarna. ;p
aleen aiden : terima kasih.
onie : aci kat gopeng banyak. ;p
Republic : kerja diri sendiri.
delarocha : thank you.
Muhibbuddin : alhamdulillah.
Nurul Iman Rosman : memang taknak bagi nampak. ;)
widea azira : saya dengan dua-dua. hee.
Post a Comment