Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Sunday, December 25, 2011

Mereka adalah juara nombor satu di hati.

25 Disember.
Ayah; dia hero yang sentiasa risau jika anak gadis tunggalnya ini sering kehabisan uwang walaupun aku kini sudahpun punya kerjaya sendiri. Pesanan klisenya; pandu mobilmu elok-elok dan setiap kali aku pulang ke semula ke kota ini; dia akan menelefon hanya semata-mata mahu tahu sama ada aku selamat atau tidak sebelum mematikan panggilan telefonnya tanpa pamitan.  Sudah lali.

Emak; dia ini orang yang tidak pernah jemu-jemu aku kucup pipi dan dahinya; ini cara aku bermanja. Kecil dahulu, aku sudah lali jika dibelasah dengan payung dan dicubit oleh jari keramatnya hanya kerana aku yang degil; atau kerana dia yang sering tidak stabil emosinya. Di saat aku jatuh sakit dan hampir berada di hujung nafas waktu dahulu, dia tidak putus-putus berusaha untuk aku terus hidup; atas kerja Tuhan. Dia ini terlalu prihatin dan bukan sekadar emak, malah teman terbaik buat seumur hidup aku.  

Buat kedua mereka; selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-30 tahun. Ini masanya buat anak kecilmu ini memeluk kuat-kuat demi segala pengorbanan dan lelah yang dihabiskan sejak dahulu.  Aku harap, ada sesuatu yang dapat aku lakukan selain dari yang ini. Terima kasih dan mohon maaf untuk segala-gala.

31 comments:

uncle gedek said...

apa ni conteng2 muka, ni...?

Afiq Ah said...

sweet. 30 tahun. salam ulang cinta pada dia.

Zehan Ilyana said...

happy annivesary to ur parents...so sweet both of themm..:)

p/s: ayah awak agak familiar la...hmm..:)

Misya Mialen said...

selamat ulang tahun utk mak dan ayah hana, moga mereka sllu murah rezeki, pnjg umur dan hidup bahagia bersama anak sebaik kamu, hana;D

semutsengal said...

aiyaakk,


anak gadis yang dah besar pnjang ni,

bact. said...

sebijik macam status fesbuk rakan fesbuk aku ja.

monologtinism said...

comeinya anak pakcik makcik ni ye

Pocket said...

er, siyesly rasa
takut sikit ngan smiley face tu:D
heheh

amira faqihah said...

ahha xdpt tgok muke akk :)

reenapple said...

happy anniversary..=)

reenapple said...

happy anniversary..=)

♥ Nana BamBam ♥ said...

30 tahun mereka bersama..alhamdulillah...semoga berkekalan hingga akhir hayat mereka.. Selamat ulangtahun yang ke 30 tahun untuk mereka tau..kim slam sekali kat dorang..hehehehhe :P

Anonymous said...

: selamat ulang tahun pak cik dan makcik. moga panjang umur, murah rezki dan diperkenankan segala hajat hati. amin.

untung kamu masih punya mereka. membaca ini, membuat aku rindu, dan dengki.

iem said...

hepy anniversary

comey hana
hihi

HEROICzero said...

ayah: part matikan telefon sebelum tamat bicara, itu sama. kadang2 sentap jugekk. tapi sudah biasa kan.

=)

Faizal Sulaiman said...

eh samalah tarikh mak ngan ayah aku kahwin:)hehehe

dec25th jugak

~Sal Ismail~ said...

30 tahun..satu jangka masa yg agak lama..semoga kalian berbahagia sentiasa hendaknya~ =)

dill said...

selamat ulang tahun pakcik, makcik!

:)

dill.

Unknown said...

ske tutup muka..hehe..btw sy dh kembali ke dunia blog!haha

Pondok Usang said...

semoga berkekalan..

Rain said...

tunggal kan?

sebesar mana pun kita, setua mana pun usia kita, setinggi mana pun kita, serendah mana pun kita, dimata ibu dan ayah kita sentiasa anak kecil yang sentiasa perlu dinasihati..

kita akan lebih memahami bila kita menjadi ibu dan ayah.

::itu kata-kata mereka yang sudah punya anak

Waqheh said...

kecik2 mesti suka conteng dinding rumah ni...dinding tadika pun sekali la

Aleen Aiden said...

ini ini ini terbaek! :)

Mek Onie said...

tak aci oh conteng muka,ekekekkee

.drakula. said...

siapa la punya keje buat onar dimuka kamu tu...keh3

ewanthology said...

congratulation to them.

Muhibbuddin said...

Untung dan bersyukur :)

Nurul Iman Rosman said...

alaa, nape conteng muke sndiri?
kan tak nampak dah.

widiea azira said...

sy lebih manja dgn ayh..mak garang..xmo xmo xmo...

hanaahmad said...

gedek! : malu. ;)

Afiq Ah : terima kasih kawan!

Teenager Housemaid : erm..pernah jumpa ke?

misya mialen : ameen. terima kasih.

semutsengal : usia perkahwinan mereka sahaja yang 30 tahun tetapi aku masih muda 5 tahun daripada usia itu.

bact : ramai ibu bapa yang ultah perkahwinan mereka bulan Disember.

monologtism : heh. ketawa aku baca. ;)

Pocket : memang itu tujuannya. :)

twinkle twinkle : kalau mata tajam, boleh tengok betul-betul.

reenapple : terima kasih!

nana : terima kasih untuk doa yang dibuat.semoga Tuhan merahmati kamu.

epilesosis : jangan begitu, tiap dari kita punya untung yang tersendiri. terim kasih ya.

HEROICzero : lali. ;)

FaizalSulaiman : ramai yang pilih tarikh tu. hari minggu barangkali.

SaL IjOu : moga-moga. ameen.

dill : terima kasih!

hanaahmad said...

ekmal : muka tak comel.

Pondok Usang : terima kasih!

Rain : tunggal perempuan. terkesan. aku tak sabar mahu punya anak sendiri.

Waqheh : kecil-kecil suka mewarna. ;p

aleen aiden : terima kasih.

onie : aci kat gopeng banyak. ;p

Republic : kerja diri sendiri.

delarocha : thank you.

Muhibbuddin : alhamdulillah.

Nurul Iman Rosman : memang taknak bagi nampak. ;)

widea azira : saya dengan dua-dua. hee.