Berdiam adalah jalan yang sering aku dekati lewat kebelakangan ini.
Wednesday, December 14, 2011
Ada bezanya.
Dia lahir dalam lingkungan keluarga besar yang hidupnya terpencil di ceruk sana. Sepanjang setahun dua aku mengenalinya, ada beberapa hal mengenai hidupnya yang aku ketahui secara tidak langsung melalui lingkungan persahabatan yang sedang terbina. Dia punya hati yang baik, jika kita benar-benar berbuat baik dengannya. Pada sisi lain dalam hidupnya, dia seorang yang sangat prejudis dan sering naif dalam hal yang sepatutnya bagi aku sudah menjadi kebiasaan yang harus dia ketahui. Sepanjang usia perkenalan kami, ada beberapa hal yang aku terkilankan dan berharap agar dia dapat menyedari bahawa perilaku dia itu langsung tidak menyenangkan, malah menjengkelkan. Namun, aku bukan kalangan orang yang kuat untuk menegur, kerana aku sering kalah dalam berlawan kata-kata dengannya. Lebih menyakitkan lagi, dia ini orangnya tidak dapat membedakan antara meminta pertolongan dan memberi arahan. Itulah antara jenis kawan yang aku miliki dalam lingkungan keberadaan aku sekarang.
Labels:
aku.cinta.sahabat,
kecamuk,
kejelikan,
merapu meraban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
39 comments:
diam itu jawapan yang terbaik.. =)
Senyum selalu tandanya pemurah..apa yg berlaku mesti ade yg sebaliknya
Aku pernah mengambil risiko menegur kawan atas dasar kawan..kerana perilakunya yg menjengkelkan..antara dua:samaada dia terus membenci aku, atau dia menerimanya dgn matang..& aku menarik nafas lega bila dia dpt menerimanya dgn tenang..malahan berterima kasih pada aku kerana berterus terang~ =)
tp ya, semuanya ikut keadaan..diam itu juga salah satu cabang pilihan..~ =)
akak jangan sedih sedih. miau miau
ada satu risiko yang kita kena bersedia hadapi bila punya kawan yang begini...
risiko yang kita akan kehilangan dia..
jadi jangan risau kerana dah pasti dia juga sudah sedia maklum tentang risiko yang dia juga akan hadapi..
dari sikap dia tu kita boleh tahu sama ada kita ini bagi dia penting atau tidak.
bagi aku tak kira bagaimana teruk @ naif seseorang manusia tu, tapi kalau kena cara tegurannya, pasti dia dapat menerimanya,. sekeras2 batu, pasti bisa dilembutkan walau dgn titisan2 air yang kecil,.
nasib baek la hana ni penyabar
kalau iema lama dah bagi kaki
manusia itu berbeza-beza.. kita kena bijak mengatasinya......
jgn biar org mgawal kita..
betul! aku pon lately suka diam as the best solution..
bukan taknak pertahankan, tp takde kesudahan akhirnya..
tentang ini,
mengingatkan aku kpd akak admin aku
yg dah agak senior
minta tlg dia fotokopi surat,
dia jawab, 'buatlah sendiri'
padahal xyah suruh pun patutnya.
itu kan kerja dia?
...
rasa tercabar apabila kita yg muda memberi arahan. ya. ia beda. arahan dan minta tolong.
:)
reenapple : aku malas nak panjangkan cerita sebenarnya. ;)
dayah : er? hehe. dayah oh dayah. ;)
SaL IjOu : aku nak tegur, tapi atas dasar lebih muda, aku ambil pendekatan diamkan saja.
Wadi AR : tak sedih pun adik. :)
diana : itulah aku, paling lemah nak ambil risiko. ;)
bella luna : hmm..nanti aku cuba.
iema himawari : sabar pun ada had sebenarnya. malas nak panjangkan cerita.
Alieza Dayasari : benar, tapi aku jenisnya lain. jenis berdiam.
cimOt : itu benar, memang takkan ada kesudahan.
Ayin : ada yang tidak memahaminya dan ambil mudah.
rambut sama hitam. hati lain- lain. sabar la menghadap perangai manusia yang berbeza- beza ni :)
rasa yang berbeda..
mungkin ku salah..
sepertinya luka..
silent. hear. and smile
aku juga tak mampu untuk luahkan apa yang aku rasa pada seorang sahabat yg aku ada :|
ada banyak lagi jenis sikap yang belum kau lihat lagi diluar sana.
diam sajalah jawapannya.
secara zahir, aku lebih suka berdiam. tp diam bkn selamanya. ia seolah bom jangka.
em. saye pun bukan jenis tegur2 sangat. diam je
dill.
untuk sekali dua mungin saja boleh sabarkan hati dan berdiam diri saja.tapi jika ianya sentiasa berlaku berulang kali tanpa dia sedar akan ada hati hati yang tidak senang dengan sikapnya,adalah lebih baik kau menegurnya.
mungkin faktor usia membuatkan kau memilih untuk diam,tapi pendekatan secara kiasan atau sindiran halus aku kira itu juga baik untuk menegurnya secara tidak langsung.
ah,aku ini sekadar memberi pendapat saja,kerana aku juga pernah berada di dalam situasi yang sama.
aku beri kau nama yg kawan aku pernah berikan pada aku atas sikap yg suka senyum dan berdiam ini: SABARIAH.
haha.. mula2 mcm kelakar dia panggil aku macam tu, tp bila fikir balik, mungkin dia betul menamakan aku seperti itu. :)
menegur dlm diam adalah selemah-lemah iman..
tapi, entah..
aiyokkkk...kena lawan balik ni....nanti dia ingat dia best sokmo....den nyampah org mcm tu....
Luahkan saja kata. Biar dia tahu
kalau kita sayang dia.better kita tegur agar nanti xda org laen yg benci dia =)
stiap kali bce entry ko tulis sal frenship, aku rasa sume kne lah ngan aku.. sbb tu smpai skrg aku plh tanak bkwn.. aku rasa idup cani lbh bergayalah..
diam lebih baik jika bercakap menyakitkan hati dia..tp kalo da melampau sgt...memang patut ditegur..
:D
terlalu banyak bercakap kadang2 mendedahkan kelemahan diri kita
diam itu tanda redha, kadang2 membantu kadang2 tidak
diam itu agung sebenarnya...:)
you should do your responsibility as a friend if you gotta see him/her be happy and be good all the time :')
oh, aku yang rasa nak buang dia ke laut. tapi psiko dia dulu dengan ayat2 dramatis. kalau tak kesan mmg dalam diam diam humban dia kelaut
meminta pertolongan dan memberi arahan adalah dua perkara yg bbeza. tp bgantung kpd setiap individu utk mentafsirkan maksud sebenarnya...
diam sudeh...
entahlah. orang sebegitu ramaia ku rasa di sekeliling kita. haish, nak elak tak boleh pulak.
mungkin ada masa dan ketika yang boleh menyedarkan kesalahannya?
terkesan pada aku sebagai orang yang dalam lingkungan kerja lebih banyak mengarah dan membuat sesuatu hanya atas keperluan.
oo mcmtu pulak?dia salah pada 1st impression agaknya.dia ada masalah membaca air muka mengarah dan meminta pertolongan.hmm egokah dia?
jangan sampai kau makan hati seorang diri sudah cik hana.. =)
Bella Bell : sentiasa bersabar, dan dah letih sebenarnya.
APi : ;)
Nana : simple.
MS : payah kan.
Afiq Ah : memang banyak dan aku tak sanggup lagi nak menerimanya.
chirpy chummy : harap aku mampu untuk mengawalnya.
dill : bergantung pada situasi juga kan. :)
pisau belati : aku tak mahu wujudkan sengketa, itu sahaja.
hani : aku dah penat menahan sabar sebenarnya ni. Hai Sabariah. ;)
jeBateja : hmmm..susah bro.
EZAN IDMA : aku tak mahu jadi lebih keruh.
aniswany : hmmmm...beratnya aku rasa.
LZ's Novel : heh. hidup perlukan berkawan.
Juliet_iRa : aku mahu tengok sampai sejauh mana.
FaizalSulaiman : itu sangat betul.
ORLANDO AHMAD : lebih baik aku diamkan saja kan.
Daddylicious : juga penakut.
Rtp Farra Arisha : it's hard to me.
Rain : sabar2. haha.
miss inna : ada yang tak faham tafsir. ;)
cikpepel : sudahpun melakukannya.
ghost writer : bagi aku, jika ia dalam lingkungan kerja dan memang selayaknya jika kita punya pangkat untuk memberi arahan, tidak mengapa. tapi jadi lain jika sebaliknya.
afzalsukasuki : kau salah faham ni. dia jenis yang suka meminta tolong dalam cara mengarah.
cik ciput : senyum. ;)
Diam itu bukan bisu. Bisu itu kadangkalanya bising
Post a Comment