Waktu itu, aroma yang menusuk segenap ruang dinikmati seenak-enaknya tanpa memikirkan hal sekeliling. Hujung-hujung tahun ini, waktu-waktu begini harus dinikmati sungguh-sungguh. Bumi sedang basah dek air mata hujan yang sedang turun bermusim. Tiada salahnya langsung pada sang tengkujuh yang datang menjengah bumi, ia satu rahmat yang memberikan satu rasa aman yang lainnya lain macam. Di satu sudut, adanya sesusuk jasad yang melayan perasaan menikmati aroma harumnya hujan asid di tengah-tengah kota penuh kejujuran duniawi. Dengan dunianya sendiri, dia sentiasa positif bahawa bahagia itu ada dan perlu dicambah dengan penuh oleh jiwa sendiri.
Waktu hujan turun, dia masih berteleku dan menyimpul senyuman keseorangan. Obsesi sungguh-sungguh dia dengan kehidupan yang penuh warna ini sehingga tidak sedar ada rasa yang semakin hilang dan membeku. Rasa itu seolah-olah sudah hilang membeku dalam keegoan diri yang semakin menebal. Untuk kali terakhirnya, dia tidak tahu bila ia jatuh memuntahkan segala rasa ego yang ada. Dia hilang segala rasa, hilang segala deria. Dia orangnya sentiasa mahu nampak kuat, sentiasa mahu nampak gagah, sentiasa mahu nampak kacak. Saat ada yang lainnya menangis di perantauan mendengar takbir, dia hanya tersenyum dan yakin diri membantu menenangkan yang lain; 'sabarlah, kita bukan keseorangan di sini kawan'.
Ada rasa yang sedang membeku dan tak cair-cair, dalam figura aku.
40 comments:
hebatnya orang itu... tapi setakat mana kereguhannya itu?
mengisi hari2 indah d sini ~chehhhhh
bukan kita sahaja yang merasa nikmat musim tengkujuh ni :)
rasa itu sudah lali dan sebati mungkin..
mcm mane boleh tak cair kak? aku konpius
hujan... terlalu banyak kenangan bersamanya...
hujan... memberi sejuta satu rasa dek tempiasannya...
^__^
suka sangat main hujan!!
Masihkah kau ingat kita berlari-lari
Di kaki langit mencari pelangi
Lalu hujan turun kita basah bersama
Masihkah kau ingat
Masihkah kau ingat
aku suke lagu ni.. kau suke lagu ni tak hana?
waaahh.,
dia gila ke senyum sorang-sorang ?
LALALALALALALA
rahmat ALLAH itu kadangkala menenangkan jiwa yg gundahh,..=)
hujan memberti ketenangan..
hujan menyuburkan tanaman..
orang tu, mesti manusia hebat. :D hujan, salah satu nikmat yg allah bagi, bersyukurlah :)
saya dan gaddafi mengucapkan selamat berkorban.
siapa org tu?
ramai lagi yang kena keja di hari raya
slamat ary raye ;D
Kuat orang itu :')
ha siapa orang ini?
hana, kuatkan hati :)
ramai kawan setiasa bersama kamu. jauh dan dekat
dill.
huhu hana di perantauan ke ?
selebat hujan yg turun mencurah membasahi bumi...tidak selebat hujan didalam jiwaku....
selebat mana ujan..kami masih dapat memerhatikanmu...hanya kita yang merasa idOp keseorangan kerna egO sendri..huhu..
*btw..salam aidiladha...ct xphm sgt sbnrnyer sbb ct thu ayt kamu memang selalu tinggi2. ct cuba merangkak untuk memahami ..peace yaw..i lebiu :D
adakalanya hujan itu rahmat dan adakalanya hujan itu meranapkan...
sapekah tu?
siapakah itu?
manis setiap ayat tuu
hujan itu rahmat..siapakah org tersebut.?=)
ah,dia memang selalu macam tuh.sanggup menyimpan egonya seiring dengan rasa maunya pada sesuatu.
waktu hujan itu satu memori yang indah..=)
Amie : aku pun tertanya-tanya sampai bila.
NURUL ASHIKIN : hidup sememangnya indah jika dinikmati penuh jiwa.
yen : tapi ada yang terkesan buruk akan musim ini. sama-sama kita tolak ansur. :)
APi : aku pun rasa begitu. :)
Wadi AR : dah keras umpama batu. berlekuk tapi masih belum cair dik. :)
Cik Aqilah Wardah : aku suka aroma bau hujan. :)
Qaseh : suka juga! penuh maksud.
semutsengal : dia gila dengan dunianya sendiri barangkali. :)
zieyzain : semua yang diturunkan Allah menenangkan jiwa sebenarnya.
kai : ya, benar tu. :)
MS : bukan hebat, dia cuma menghayati kehidupan dengan selayaknya.
Kepala Manchis : alhamdulillah, nikmatnya bekorban. :)
noraauliyya : di akhir ayat, sudah ku katakan siapa orangnya.
delarocha : perkara biasa bukan? :)
Fara E's : selamat hari raya Qurban dik. :)
dobot : dalam hati tak siapa tahu. :)
Juno : aku sudah berikan jawapan di akhir ayat dalam kisah ini dik. :)
dill : aku kuat dill, pagi raya tu aku bangun dengan senyuman tapi kawan aku dengar takbir beserta tangisan. hue hue hue
sis92 : barangkali. :)
Waqheh : jiwa kacau nampak?
ctk : salam eidul adha ct. ada gambar lemang, ketupat, rendang dan sup daging? hehe.
Daddylicious : aku sentiasa positif bahawa hujan itu sememangnya rahmat. :)
bloghok & aril : aku sudah menjawabnya dalam entry ini. di akhir kata. :)
Bella Roast Almond : semanis almond kamu? :)
aiNa yaZiD : jawapannya sudah terjawab di akhir ayat aku itu. :)
ghost writer : kau memahaminya sangat-sangat kan? egonya memang tinggi melangit. dia kan kacak dan gagah. :)
reenapple : sangat meninggalkan kesan.
Masa hujan lebih baik tidur yang nyenyak, daripada fikir masalah dunia lebih baik terus saja dibuai mimpi indah. Oh nikmatnya. :)
kadang menangis itu perlu untuk luah semua rasa . macam juga hujan, perlu turun sekali sekala untuk imbang dunia.
dah lama rasanya aku tak mandi hujan. teringin plak
hujan... ramai yg suka namun ada yg membenci...
suka hujan :D
belum cair nanti terhakis sedikit demi sdikit, jangan risau
aku suka hujan. kerana bagi aku hujan itu rahmat dan mmbawa rezeki kepada aku.
hujan sangat best :)
Oh hujan
Di antara airmataku
Menitis laju
Bersama pilu pilu..
Nikmatnya air hujan.. Terasa segar :)
ct xder semua tu yunkkkkk...uwaaaa..rye biase2 je..huhu
Post a Comment