Tuesday, November 1, 2011
Khilaf
Untuk sebuah persahabatan, aku bukanlah yang sempurna dan terbaik untuk dibanggakan. Selama masa-masa yang aku ada di sini, aku masih tidak punya masa untuk berlibur bersama-sama rakan-rakan yang berada dekat dengan lingkungan geografi keberadaan aku. Aku tahu, ada yang hatinya mengecil disebabkan sikap ketidakpekaan aku terhadap waktu bersama yang harus manis di samping teman-teman. Jika awalnya dulu, masa yang ada, banyak juga aku habiskan berlibur bersama di antara mereka, namun semakin harinya, waktu itu semakin tandus dek kekangan masa kerjaan yang menggila. Jauh dalam hati, aku terasa sebal yang teramat sangat. Seharusnya aku perlu bijak untuk mengawal hal ini sebelum aku enak dilabel sebagai orang yang bersahabat pabila memerlukan. Lebih sakit, jika aku ini orangnya dikatakan lupa akan kenalan lama. Mohon maaf dalam-dalam. Sejujurnya ia bukan aku. Aku cuba lakukan sehabis baik kerna sebagai manusia kebiasaan, melakukan kekhilafan itu adalah hal yang sering kali terjadi. Iya, sangat sering.
Labels:
aku.cinta.sahabat,
aku.dan.duniawi.,
emosi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
36 comments:
peruntukkan satu hari untuk teman teman. dalam 7 hari seminggu pasti ada 1 hari untuk ditinggalkan kerja kerja tersebut.
tetapi di hati selalu ada , itu sudah mencukupi.
delarocha : yang menjadi masalahnya ialah waktu kerjaan dan cuti aku tidak sama dengan mereka, susah hendak membuat aturan.
SAIFUDDIN AZMAN : ya, aku harap ia mencukupi. :)
aku pun. kekangan masa. ah, lagi lagi masa. *sedih*
hug hug. jangan sedih2.
manusia dan insan adalah sama. banyak buat silap
dayya : sesal sungguh-sungguh aku kali ini. hug.
Wadi AR : biasa. tapi aku rasa teruk.
Umpama emosi berkecamuk. Kentalkan jiwa sikit, nak harung yang kat depan2 sana tu nanti :)
kadang kita sudah cuba sedaya upaya . kalau mereka benar teman , mereka juga akan faham .
apa yang kita buat,,pasti ada hasil kan???
teman yg sejati sure faham keadaan kt :)
susah kita nak puaskan hati semua. :) kuat ye awak.
namun terdapat komitmen yang lagi penting, kan?
insha Allah, mereka memahami :)
tapi akhirnya kau sedar akan kekhilafan itu bukan.justru,masih punya masa untuk perbetulkannya.
kesibukkan itu suatu yang nyata.
bukan senang nak puaskan hati orang . kite cuba yg terbaik . semoga mereka memahami
aku pun sama..jadi serba salah bila dah banyak jemputan kawan-kawan untuk lepak bersama aku tolak..bukan tak mahu, cuma masa tak mengizinkan..
kalau betul kawan,kawan faham masalah kawan.
kalau belum pernah berselisih faham bukankah kawan namanya. normal tu.
dobot : sangat berkecamuk. :)
HEROICzero : aku harap mereka faham. tapi nampaknya mereka seperti seakan menjauh.
yen : ia, itu pasti.
ekmal : moga-moga.
Cik Jannah : sangat susah. terima kasih. :)
APi : ya, tapi kawan juga penting buat aku.
Addin : aku harap, insyaAllah.
choki : harap-harap.
cik ciput : tulah, payah kan.
bujal X : aku harap mereka benar-benar faham.
afanil : gitulah. :)
semoga mereka memahami keadaan dan kekangan yang di alami..
Cuba hargai apa yang ada di sekeliling. oke? :D
sama.
ada kawan kawan yang tak mengerti.
last-last, biarlah dorang nak cakap pe ye dak...
bila kamu cakap begini, cukup menggambarkan kamu seorang sahabat yang baik.
tapi apakan daya, masa dan takdir yang menentukan semuanya..yg penting, kk jangan sesekali lupa akan sahabat2 seperjuangan!
memang rse sedih bila dorg pikir gitu kan...tapi nk buat mcm mne...bz menghalang untuk kita kerap bertanyakan khabar. tp cukuplah sekadar mereka tahu bahawa mereka masih dihati..semOga mereka paham :)
kalau aku,
aku akan pastikan diri aku faham dengan keadaanmu, hana.
dill.
kau masih punya masa untuk itu,Hana.
masa tu ada, cuma kita nak atau tak je.
Taknak seribu dalih kan.
Errr.
cun hot setaf dalam gambor tu, kalo gua sapu dua2 superb gak
(pesen komen tak kena tempat)
ssy pernah melukakan perasaan seorang sahabat yg paling setia... lembut, ikhlas... menyesal sesgt, tpi bnda tu dh berlalu... sy trpaksa tggalkan dia sbb xnk dia ditipu lagi.. :'(
tiada manusia sempurna namun belajarlah menjadi sempurna :)
jaga diri. kalau kawan tinggal kita, kita masih ada family dan DIA.
kadang kadang saya pun lupa kawan :( tapi tak sengajaa. Hee, sama la sep!
noraauliyya : aku juga berharap begitu.
Epol : sedang mencuba.
Juno : aku sedih.
eLL : hmmm. payah bagi aku.
rafiq : belum cukup baik. ada yang sebal.
Rtp Farra Arisha : iya, itu pasti takkan aku lupakan.
ctk : aku ingat, cuma aku sukar nak mencuri masa.
dill : kau memang sahabat yang baik dill. :)
semutsengal : memang ada, tapi susah nak bagi sama.
ORLANDO AHMAD : kau memang.
Niena : moga kau bahagia dengan apa yang kau lakukan itu Niena. aku doakan.
sis92 : cuba.
Cik Jannah : ya, benar tu.
pemuzik jalanan : ceh. harap-harap awak tak lupakan saya. :)
andainya dapat kuulang semula.. suatu zaman yg bernama remaja...
Post a Comment