Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Friday, August 26, 2011

Untuk kedua kalinya

Untuk sekian kalinya, dengan hati kecil penuh jiwa yang serendah-rendahnya aku ucap syukur. Untuk kedua kalinya, hidup aku tetap terus bernyawa walau belum sesempurna yang ditagih. Ini tahun kedua untuk segala-galanya. Aku adalah anak kecil yang baru kenal erti tatih dan acah. Namun harapannya, mahu saja aku cepat belajar segala. Tapi, terburu-buru itu bukan resipi hidup di atas. Harapan juga aku agar tidak telat untuk belajar hidup sebenar-benarnya. Lebih paling ditakuti, keriakan yang bisa mengjengkelkan mereka-mereka di sekeliling. Paling malu pabila mulai riak dengan Yang Atas. Mohon serendah-rendahnya aku dijauhi yang itu.
Kelihatan ada yang cemburu atas apa yang sedang aku usahakan kini. Masih tidak terfikir; orang seperti aku yang tidak punya apa-apa ini boleh menjadi si cemburu duniawai. Ketika aku jatuh, aku juga dicemuh dan keperihatian diberi atas rasa senang melihat aku berada di bawah. Kini, masih tidak berada di atas, namun syukur aku punya ruang selesa untuk terus hidup dengan kaki sendiri. Untuk si cemburu, aku tidak punya apa untuk disakit, mari belajar untuk menghargai ruang sendiri. Hidup ini tidak selama berada di puncak, belum tentu senang untuk gapai segalanya. Ajaran paling berguna buat kita semua, jangan pernah sekali berasa megah, sedangkan hakikatnya kita sudah tahu bahwa, segala perkaitan dengan hidup itu bulat; boleh jadi di atas, boleh jadi di bawah. Untuk kedua kalinya, aku harap dia belajar sesuatu tentang ini.


21 comments:

semutsengal said...

"syukur aku masih disini" altimet =)

tieykah said...

untuk kedua kali aku beraya pakai baju cotton yang sama

hanaahmad said...

muhamad hanif : aku suka lagu itu. :)

tieykah : tidak mengapa, yang penting kau tetap beraya. :)

Aween Md Zahir said...

hana : besh ~!
moga kita semua jauh dari sifat riak / megah
moga kita sedar dari mana asalnya kita..

selamat hari raya hana :)

Pocket said...

pencemburu,
ada saja alasan mereka,
biarpun bagi kamu tiada apa yang patut di cemburukan, tapi bagi dia segalanya.
ambik sebagai positif,

motivasi bagaikan karbohidrat untuk kamu
terus dan terus keatas,
sambil berhati hati meniti ranting jangan patah.
jangan bagi peluang untuk sang pencemburu tersenyum.

Azwa Mohamad said...

semoga kita semua sentiasa merasa rendah diri dan takut akan kekuasaanNya... :)

Encik Psychopath said...

Untung ada yang cemburu.

Sy? Sy bukan siapa siapa utk dicemburu.

Unknown said...

tak ramai yg sedar tak semestinya kita kat atas (:

ORLANDO AHMAD said...

syukur ade yg cemburu, itu tanda laling hebat :)

cEro said...

'syukur' seringkali org lupa nak ucapkannya...
syukurlah kau tak lupa...

Liyana Zahim said...

Sekali jgn lupe mendongak ke langit, langit yg menurunkan hujan memakmurkan bumi gersang dan sesekali tunduklah melihat pada tanah, tanah yang mberi rezeki~

dill said...

tahun kedua berpuasa di perantauan dlm alam pekerjaan.

dill.

APi said...

manusia hana..
tk pernah puas..

ewanthology said...

penyakit hati.

PuanPepel said...

tahun kedua sebagai seorang cikgu.
ngee~

Haikal Blank said...

orang sering mengata segalanya fitrah. tapi entahla, benda tu boleh diubah kan cuma manusia je taknak ubah.

mungkin kalau roda menjadi ukuran, lebih baik duduk di tengah2. tiada di atas, tiada di bawah. kita duduk di pusat putaran segalanya. tetap mengikut jalanNYA.

Waqheh said...

jadi sesekali jadi seperti burung merak..

~Sal Ismail~ said...

jika mereka begitu dengan kita..mereka juga akan melalui perkara yg sama..suatu hari nnt..dan bila tiba saat itu, baru mereka akan sedar tinggi rendahnya dunia..~

say to easy=) said...

ayuh bangkit!

Unknown said...

nice.. ^^

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

syukur .

seharusnya kita bersyukur dengan apa yang kita ada . jangan terlalu riak

:)