Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Wednesday, August 17, 2011

Tidak sengaja

Perbualan lima nyawa itu diiringi dengan tawa bahagia. Mereka berbual apa sahaja umpama dunia ini serba pelangi, indah dan menyamankan. Yang pasti, senda mereka menerbitkan rasa cemburu seisi alam yang menyaksikannya. Namun, langit yang cerah tak semestinya terus cerah. Kelibat awan mendung menyentak kelimanya. Salah satu dari nyawa itu terluah perihal sensitif yang cukup menggamit kenangan pilu. Senyap, dan hampir menyamai sepi. Rasa salah jelas memancar di wajahnya penuh naif. Ungkapan maaf tidak mampu dipujuk. Masih senyap dan sunyi. Sehingga separuh masa, langit kembali cerah. Kelimanya sepakat, hal yang lepas-lepas itu ajaran paling bernilai. Tidak perlu dirajuk, disensitifkan. Maka, seisi alam kembali muncung menzahirkan cemburu.

Susah untuk dikawal perlakuan lidah, walau tidak secara terus, hanya dengan kiasan, ia cukup meninggalkan kesan. Lidah kadang-kala harus diajar agar tidak sering bermain dengan ketidaksengajaan. Dan, aku cuba menghampiri yang itu.


42 comments:

Anonymous said...

cuba memahami...

Waqheh said...

yg sebenarnya betulkah sains punya kajian pelangi ada 7 warna?

eLL said...

hui jaga-jaga, dapat yg memang nipis, terus koyak

safurara said...

ayat mcm dlm novel.tp rara faham maksudnya. jaga lidah.

Pocket said...

negative side about knowing u too much,
is when i cant touch any story that connect to him or else the silence treatment will be painful.

u are a friend, but how i hope i dont know u that much ^^

gitu gitu lah ayat yang tertimbul ditasik minda ini. kenapa agaknya :_)

inna_risna said...

tkadang lidah itu lebih tajam dr mata pedang...

laskar pelangi said...

manusia tidak selalunya sempurna kan.. :)

Unknown said...

lidah ringan kan?

ghost said...

sudah namanya ketidaksengajaan,maka bukan lah ia menjadi suatu yang dimaksudkan.

semutsengal said...

lidah lebih tajam dari mata pisau..


Err,

Unknown said...

sanagt puitis , huhu

.drakula. said...

lidah tidak punya mata dan lidah juga tidak punya perasaan...susah utk di kawal jika hati yg memerintah mengalahkan akal yang berkuasa....

shandye. said...

terkadang sang lidah degil sebab ingkar arahan saraf neuron dari otak.

degil sangat!

ORLANDO AHMAD said...

yg dikontrol tu la yang selalu terlepas

Akulah Pak Lan said...

Bila bercakap kita akan khayal sampai tak ingatkan yang mana harus disimpan dan yang mana harus luahkan..

Azwa Mohamad said...

gambar tu cantekk... heheh

ewanthology said...

kurang cakap, kurang silapnya.

APi said...

walau ketidaksengajaan, ia memberi kesan..

dayah said...

tersirat ye, langit yg cerah xsemestinya nak cerah..agaknya sediakan peluru dan payung sebelum pape jadi...bolela

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

lidah sangat tajam

secara sengaja ataw tidak ia tetap memberi kesan yang mendalam

:)

M.Farid Lee said...

penulisan yg best..love it..dulu paper bm dapat berapa? :)

yup..semua org pun rasanya kadang2 mmg akan terpelas baik perilaku atau lisan..mcm mana pun kita kena sentiasa lah gak usaha mengawal..kan kan..huhu

tieykah said...

kata mak

"Jangan tunjuk pelangi pakai jari,nanti kudung"

aku siap sentuh pelangi tuh.

HAHAHA

JelinaJoli said...

tengahari sangat terik, tiba2 hujan tanpa mendung sempat muncul...

pembaris said...

ucapan sorry patut dibalas i forgive you kan...selalunya dengar its ok

Liyana Zahim said...

Maka tdk perlulah mgunakan lidah, gune shj keyboar.. Tulih2 bes juger.. Hahahah~

ifwat said...

terlajak kereta boleh di undur, terlajak kata dah tak boleh undur2 :D

Unknown said...

lidah senjata kata2, bisa mengguris hati jika tersalah kata

hanaahmad said...

Khry Hnry : dan pasti akan memahami.

Waqheh : oh, aku benci sains.

eLL : hati dah cukup berhati-hati.

rara pinkmafia : iya, kamu nampak penerangannya di situ. tahniah. :)

Pocket : setiap orang punya rasa tersendiri di tasik mindanya. terpulang pada kamu. :)

miss inna : menusuknya boleh buat gaduh.

laskar pelangi : manusia itu memang tiada yang sempurna melainkan Allah.

dayya : terlalu ringan.

ghost writer : tapi sesalnya tidak berkesudahan.

muhamad hanif : ya, gitulah.

Faraa Eiman's : aku terlalu berkhayal dalam berkata-kata barangkali.

RepublicAku : perlakuan lidah juga tidak dapat dikawal jika hati tidak menyedarinya.

shandye : kedegilan itu menerbitkan penyesalan.

ORLANDO AHMAD : itu yang dikesalkan.

Pak Lan : terlalu asyik di situ barangkali.

cEro said...

keterbukaan adalah kunci segala persefahaman..
jika semuanya berfikiran terbuka dan saling menerima, tiada kata digelar duka...

hanaahmad said...

Miz Novexx : Ambil kat google. :)

delarocha : iya, itu terbaik.

APi : kesannya memungkinkan penyesalan.

hidayahjamal : untuk apa ya peluru?

::ini belog saya . cinta hati saya :: : iya, itu menyakitkan.

ahleng ariKen : percaya atau tidak dulu BM aku dapat A2 je time SPM. :)

tieykah : dasyat kau. macam mana boleh sentuh ni?

jelinajoli : menangis kayak gitu.

pembaris : ucapan balas itu bergantung pada tahap keikhlasan kita, bagaimana untuk tahu? tepuk dada tanya hati.

Liyana Zahim : jikalau segalanya menggunakan keyboard, langsung tidak bergunalah kejadian lidah ini ye dok? :)

ifwat : itu memang susah.

ekmal : menyakitkan hati bukan.

hanaahmad said...

cEro : tapi ini halnya sangat sensitif, mengundang duka yang tidak berkesudahan. nasib baik sudah dimaafkan.

Wadi AR said...

aku tak reti bermadah kak =.='

miZz_nizZ said...

lidah itula kdg2 tnpa sedar pun leh wt org terluka.tjam lidah ni.haha.alamak,ayt aku bese2 je.xpekn?=P btw,nice entry=)

Anonymous said...

owh, yang berlalu jangan dikenang, jika tidak meranalah badan...

p/s: ade je mamat orlando ahmad ni...

semutsengal said...

tapitapi,


boleh tumpulkan yea tak ?



AHAHAHHAHAHAH

Haikal Blank said...

aku selalu terlepas kata. sangat - sangat selalu niat bergurau tapi menghiris hati mereka mereka. hemm..
betul lah kata orang lama kurangkan berkata, penuhkan dengan berfikir kerana kata merosakkan, berfikir menghidupkan.

~Sal Ismail~ said...

hanya dengan sepatah kata..bisa merosakkan segala jika disalahtafsirkan..andai bisa dimaafkan,dibiarkan begitu saja..andai sebaliknya, terus berlalu pergi & mungkin tidak menoleh kembali~

shizuka said...

lidah kadang kala terlepas laku.tidak sengaja pun, terasanya tetap sama.

hanaahmad said...

Wadi AR : tidak suruh pun kamu bermadah adik. :)

miZz_nizZ : sangat tajam. trimas.

John Al Buayak : eh? berapa banyak kau nak komen ni ha? keh3

muhamad hanif : boleh, jangan diasah selalu. keh3

haikalblank : perlakuan lidah itu perlu diajar untuk lebih berhati-hati dalam menghormati sensitiviti orang lain. :)

sal IjOu : jika dimaafkan, itu sudah memadai, tapi jika terkesan di hati? susah nak ubati. :)

Far8 budak baik said...

ape yg lidah lidah ni..
pic pelangi cite pasal lidah..
ayat awal cam sastera
aku tak pahammm
hahahahahaha =p

hanaahmad said...

Far8 : cakap jela kau tak faham ye dok? ekeke

Liyana Zahim said...

Ye dop? Haaa amat tepat.. Jd isytiharlah dri anda sbgai bisu utk bulan ramadhan.. Erkk~