Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Tuesday, August 16, 2011

Rahmat

Apabila mereka-mereka di sekeliling kamu bercakapkan perihal yang baik-baik mengenai kamu, maka balaslah ia dengan seribu kali lebih baik mengenainya. Tapi jika sebaliknya, berikan senyuman manismu dan ucapkan terima kasih setinggi langit berserta doa agar mereka-mereka itu dirahmati Tuhan sepanjang usia.

37 comments:

muhamad hanif said...

yang ingatilah kebaikan orang pada kita,

keranan itu lebih baik =)

Akulah Pak Lan said...

senyum itu satu sedekah dan juga tanda perli...sekian..

APi said...

biarlah rahmat Tuhan itu menjadi azimat untuk pembalasan yang lebih nikmat kelak.. =)

tieykah said...

melakukan kebaikan itu satu kemuliaan,jangan sesekali melakukan kejahatn

Waqheh said...

memang itu yg digalakkan...bior kite buek baik pd org wlupun org buek jahat pada kita. cer renung kisah Nabi saw bg makan wanita yahudi tua yg buta hari2, padahal wanita tu dok kutuk maki hamun nabi..akhlak yg mulia terpuji nabi wanita tu peluk islam

shandye. said...

komplimen itu seperti pisau bermuka dua. boleh jadi ikhlas, boleh jadi sinikal.

RepublicAku said...

simple but nice....!

ekmal said...

masalahnya org skarang ni kalau nk cte keburukan pn cte blakang2, tu yg x best tu..x gentle..pastu buruk2 kn kt..kt pn xtaw..huhu

dill said...

kerana kebaikan itu lebih indah.

dill.

ORLANDO AHMAD said...

itu la sebaiknya, bila orang puji kite ucap alhamdulillah sebab segala puji hanya untuk Allah, bila orang keji pon ucap gak alhamdulillah pasal berganda2 Allah bagi pahala orang tu kat kita, bile kite redha dan sabar lagi Allah tambah berlipat kali ganda, bila kita doakan mereka lagi tinggi martabat kite Allah naikkan...

nak buat baik ni mudah, cuma ramai yang ambil mudah dan tak kisah...

ïêmå å¢klê§ said...

xyah layan sangat dengan manusia2 yang suka mengutuk ni...

amir aizat said...

saya suke senyum,hehe

wachak said...

nice qoute

Miz Novexx said...

kalau orang kutuk rasa nak balas balik je, mungkin darah muda.... cepat melenting, huhu

laskar pelangi said...

terbaiklah:) luahan kasih dan kutukan kawan pada kita, akan kasi kita lebih bersemangat.walaupun kadang2 kutukan yang kita dapat..

eLL said...

yah, kena lapang dada walaupun sedar semuanya itu adalah payah.

Niena Pengembara Ilahi said...

:D

nice

bujal X said...

tapi saya tak pandai memuji dipuji~~camna? keh keh~~

ghost writer said...

aku cuba melakukan sebegitu setiap hari yang aku lalui.

hanaahmad said...

muhamad hanif : sebaiknya.

pak lan : double meaning barang kalich.

api : biar Allah yang balas, kita tiada hak.

tieykah : susah untuk tidak melakukan kejahatan walau sesekali, manusia tidak lari itu. cuma akan cuba untuk tidak melakukannya.

waqheh : itu teladan yang harus dicontohi. :)

shandye : sarkastik sebenarnya.

republicaku : ya, harap-harap menusuk.

ekmal : itu masalah besar.

dill : indah, tapi keburukan juga yang manusia sukakan.

orlando ahmad : manusia, memang suka yang mudah-mudah.

iema ackles : tak layan tapi kadang-kadang terpalit juga.

amir aizat : pasti manis seperti gula-gula lolipop. :)

wachak : tQ!

miz novexx : menahan kesabaran itu lebih baik.

laskar pelangi : lebih kepada memujuk diri agar lebih bersabar dan tidak mempedulikan kata-kata mereka.

eLL : membuka seluas-luasnya dada dan menerima dengan hati terbuka itu payah, tapi ia sebaik-baiknya.

niena : :)

bujal X : buat tidak tahu sahajalah jika begitu.

ghost writer : bagus, bermakna kamu cuba. itu sudah memadai. :)

unieMARKS :) said...

terima apa yg dikata orang seadanya. meskipun kadang kadang apa yg dikata melampaui. tapi kadang kadang kata kata mereka adalah sebagai semangat untuk membina diri kepada yang lebih baik.

oshinz said...

ye betul tu.. nanti mesti orang tu malu sendiri.

belog|amiyo said...

kadang-kadang manusia perlu kutuk diri sendiri utk sedar kelemahan diri. bukan nya kutuk orang lain.

*lamanya aku tak bw. haha.

hiro said...

fuhh..setuju sgt

Faraa Eiman's said...

nice one (:

ifwat said...

rahmat bahgia, tuhan kurniakan :)

delarocha said...

entry suci murni :-)

cEro said...

namun hakikat manusia...
baik seribu kali tak diingat...
buruk hanya sekali di canang penuh keringat...

EZAN IDMA said...

that is :)

Pocket said...

BelogLis pocket menggagalkan pocket lagi.

'...mereka di sekeliling kamu bercakapkan perihal yang baik-baik mengenai kamu...'

mereka tipu...
ada makna...
ada tujuan...

dayya said...

doa yang dititip dalam belon itu mudah pecah. tidak sempat ke atas doa itu dibawa.

ganti diri dalam tulisan. itu masalahnya. kadang-kadang tulis untuk diri sendiri, tapi tak mahu kedengaran terlalu personal.

pandangkedepan said...

senyum...x perlu kata apa2...:P

hanaahmad said...

unieMARKS : ya, setuju. itu boleh jadi pendesak kita untuk buktikan sesuatu.

oshinz : harap-harap begitu.

belog|amiyo : tapi itu yang mereka tak sedarkan.

hiro : fuh, hiro komen sini la.. :)

Faraa Eiman's : trimas. :)

ifwat : Negaraku.

delarocha : cuba berhati suci murni.

cEro : itulah manusia.

ezan idma : :)

Pocket : boleh jadi juga begitu. tapi tak salah kan kita bersangka baik? :)

dayya : ya, itu masalahnya. :)

hanaahmad said...

pandangkedepan : pasti senyuman itu manis sekali bukan? :)

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

betoi tu sangat sokong kamu

senyumm seindah suria

:)

hanaahmad said...

terima kasih ini belog saya . cinta hati saya. :)

haikalblank said...

tips utama untuk hari yang indah : mulakan dengan senyuman.

ya, tetap senyum walau dibalas luka kerana kadangnya menipu diri sendiri itu perlu bagi aku. tapi ada risiko bernanah dalam hati. entahlah.

buat baik sentiasa itu adalah yang terbaik! :)